Accessibility Tools

Skip to main content

Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam
Negeri Perak

| Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 Bahagian X Pendidikan Agama Islam

Seksyen 107. (1) Majlis hendaklah melantik suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam, yang hendaklah terdiri daripada:-

(a) Mufti sebagai Pengerusi; dan
(b) tidak kurang daripada tiga orang dan tidak lebih daripada tujuh orang yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sesuai.

(2) Majlis hendaklah bertanggungjawab bagi melaksanakan keputusan-keputusan Jawatankuasa itu.

(3) Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam hendaklah mempunyai kuasa untuk memberikan tauliah bagi maksud pengajaran agama Islam atau apa-apa perkara tentang agama Islam dan untuk menarik balik tauliah itu.

Adakah ruang menunggu di kaunter selesa, kemas dan bersih?
Perak State Mufti Department Level 5, Darul Ridzuan Islamic Complex, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak. Phone : 05-2545332 | 05-2419694 Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
White Text Links
Kembali ke Atas