Accessibility Tools

Skip to main content

Jawatankuasa Kajian dan Penyelidikan Fatwa
Negeri Perak

Jawatankuasa Kajian dan Penyelidikan Fatwa

Pendahuluan

1.1 Jawatankuasa ini berperanan sepenuhnya dalam urusan kajian dan penyelidikan berkenaan sebarang isu yang memerlukan penjelasan hukum sebelum ia dibentang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa.

1.2 Punca kuasa bagi penubuhan Jawatankuasa Kajian dan Penyelidikan Fatwa ini adalah merujuk Seksyen 37 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004.

1.3 Tempoh lantikan ahli jawatankuasa yang dilantik adalah selama dua (2) tahun.

Peranan dan Tanggungjawab

  1. Menjalankan kajian dan penyelidikan mendalam terhadap isu-isu hukum syarak yang dirujuk bagi tujuan penjelasan hukum secara kolektif dan berhemah;
  2. Mengumpul, menganalisis dan menilai sumber-sumber rujukan syariah termasuk al-Quran, al-Sunnah, ijmak, qiyas serta pandangan ulama muktabar;
  3. Menyediakan kertas kajian, laporan penyelidikan dan syor hukum sebagai asas pertimbangan Jawatankuasa Fatwa Negeri;
  4. Menyediakan garis panduan dan kertas kajian fatwa terhadap isu-isu semasa yang selaras dengan kaedah dan prinsip penetapan fatwa yang diterima;
  5. Menghadiri mesyuarat jawatankuasa sebanyak tiga (3) kali setahun serta terlibat secara aktif dalam perbincangan dan proses membuat keputusan;
  6. Melaksanakan tugas-tugas lain yang dicadangkan oleh Pengerusi atau Jawatankuasa Fatwa dari semasa ke semasa.

Keanggotaan

Seorang ahli dilantik sebagai Pengerusi dalam kalangan Pegawai Tertinggi Jabatan Mufti Negeri Perak, empat (4) orang ahli dilantik bukan dalam kalangan anggota atau kakitangan Jabatan Mufti Negeri Perak, serta urus setia daripada bahagian atau unit yang berkaitan.

Adakah ruang menunggu di kaunter selesa, kemas dan bersih?
Perak State Mufti Department Level 5, Darul Ridzuan Islamic Complex, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak. Phone : 05-2545332 | 05-2419694 Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
White Text Links
Kembali ke Atas