Soal Jawab
Bab Akhlak dan Adab
Islam melarang mempamerkan seorang perempuan kepada pandangan lelaki begitu juga mempamerkan seorang lelaki kepada pandangan perempuan. Perbuatan itu adalah haram hukumnya. Perbuatan persandingan adalah perbuatan mempamerkan seorang lelaki dan perempuan kepada pandangan ramai. Perbuatan itu dilarang oleh Islam di samping itu perbuatan itu akan mendedahkan orang ramai kepada satu lagi dosa iaitu dosa Ghibbah iaitu mengumpat.
Dakwah bererti mengajak seseorang kepada kebenaran mengerjakan perintah dan menjauhi larangan agar memperolehi kebahagiaan di masa sekarang dan akan datang. Dengan perkataan lain seruan ke jalan Allah. Tujuan dakwah memenuhi perintah Allah.
Oleh itu, tiada nas atau keterangan yang mewajibkan seseorang keluar berdakwah 3 hari seminggu, seminggu dalam sebulan, 40 hari setahun dan 40 bulan seumur hidup. Orang Islam diwajibkan berdakwah bila-bila masa mengikut kemampuan dan peluang yang diperolehi. Berdakwah tidak memestikan keluar rumah bahkan lebih utama kepada anak, isteri dan keluarga. Penentuan hari dan kadar masa adalah rekaan semata-mata.
Harus memberi nama anak dengan nama syurga atau nama malaikat
Bab Sejarah Islam
Selain daripada Al-Quran dan peristiwa Israk Mikraj banyak lagi mukjizat yang berlaku ke atas Nabi Muhammad SAW diantaranya yang tersebut di dalam Al-Quran seperti Allah menurunkan Malaikat bagi membantu orang Mukmin di dalam peperangan Badar, hujan turun memberi minuman kepada orang Mukmin tetapi tidak kepada kaum Musyrikin dalam peperangan yang sama dan perasaan mengantuk menguasai orang Kafir pada malam peperangan Ahzab.
Di dalam hadis juga banyak menyebutkan mengenai mukjizat Rasulullah SAW, antaranya yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim seperti air yang keluar daripada jari Rasulullah SAW untuk diminum oleh para sahabat, membanyakkan makanan yang sedikit serta bulan terbelah dua yang dapat dilihat dengan jelas oleh para sahabat dan orang-orang Musyrikin yang berlaku lima tahun sebelum hijrah Rasulullah SAW.
Bab Tauhid
Jika telah sahih orang kafir itu mengucap dua kalimah Syahadah maka pada zahirnya ia mati sebagai seorang Muslim maka wajiblah diperlakukan sebagai mayat seorang Muslim iaitu memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan menanamnya di perkuburan orang Islam.
Oleh itu, mayat itu perlu diuruskan sebagai seorang Muslim sekiranya tidak dilakukan maka akan berdosa semua orang Islam di sekitar tempat itu.
Mimpi adalah pengalaman seseorang semasa dalam tidur. Mimpi kadang-kadang disebabkan oleh ingatan seseorang terhadap sesuatu perkara yang telah berlaku dan ada juga mimpi sesuatu yang diperlihatkan oleh Allah dan ada mimpi yang berupa godaan syaitan atau usikan.
Oleh kerana mimpi itu bukannya sesuatu yang pasti maka seseorang itu tidaklah terikat untuk mempercayainya. Sabda Rasulullah SAW:-
الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ مِنَ اللَّهِ وَالْحُلُمُ مِنَ الشَّيْطَانِ فَإِذَا حَلَمَ أَحَدُكُمْ حُلُمًا يَخَافُهُ فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا فَإِنَّهَا لَا تَضُرُّهُ
“Mimpi yang baik datangnya dari Allah dan mimpi yang buruk datangnya dari syaitan. Apabila bermimpi seorang kamu akan mimpi yang kamu benci maka meludahlah ketika bangun ke sebelah kirinya dan berlindunglah dengan Allah daripada kejahatannya maka bahawasanya mimpi itu tidak akan berjaya dengan-Ku”. Riwayat Bukhari (3049)
Bab Al-Quran dan Tafsir
Membuat kenduri khatam Al-Quran tidak termasuk dalam syarat belajar Al-Quran dan tidak ada nas yang menyuruh berbuat demikian dan tidak benar pendapat yang mengatakan jika tidak membuat kenduri khatam Al-Quran tidaklah mendapat pahala belajar.
Melangkah Al-Quran hukumnya haram kerana perbuatan itu satu penghinaan terhadap Al-Quran sedang kita diwajibkan memuliakannya.
Tinggal di rumah pangsa tidak menjadi kesalahan bagi orang yang tinggal di tingkat atas. Tidak dianggap melangkah Al-Quran sekiranya di tingkat bawahnya ada disimpan Al-Quran kerana ia sudah dianggap tempat yang berasingan.
Bab Kemasyarakatan
Apabila suami seseorang wanita telah meninggal dunia, maka berakhirlah hubungan suami isteri antara mereka. Keduanya berpisah disebabkan kematian dan wajib si isteri tersebut beriddah selama empat 4 bulan 10 hari. Justeru, harus bagi wanita tersebut bernikah dengan mana-mana lelaki yang dibenarkan oleh syarak setelah tamat iddahnya. Apabila tiada lagi kehidupan kelamin antara si isteri dan al marhum suaminya, maka, tindakan meletakkan air mani suami yang telah meninggal dunia dan mensenyawakannya adalah dilarang seperti meletakkan sesuatu benih atau air mani (asing) dalam rahim seseorang wanita. Penggunaan air mani suami yang telah meninggal dunia untuk digunakan dalam proses IVF juga adalah HARAM kerana itu bukan lagi mani suaminya.
Hukum menindik hidung adalah haram kerana mengikut budaya orang kafir yang tidak berakhlak terutama sekali di hidung atau pusat kerana tidak bersandarkan kepada syarak.
Sesungguhnya setiap lembaran yang ditulis padanya ayat-ayat al-Quran untuk pelajaran atau bacaan adalah dihukum sebagai al-Quran. Membakar al-Quran dengan sengaja hukumnya makruh. Kecuali dengan tujuan untuk memeliharanya daripada disia-siakan atau terhina seperti dipijak oleh orang yang lalu-lalang, dimain oleh kanak-kanak yang belum mumaiyiz atau dibuat pembungkus makanan dan sebagainya.
i) Untuk makluman tuan, sesuatu pertandingan itu dianggap selamat dari unsur perjudian sekiranya tiada terdapat sebarang unsur pertaruhan. Sila rujuk ‘Garis Panduan Peraduan Berasaskan Hadiah’ yang telah disediakan oleh pihak JAKIM melalui pautan ini: http://www.islam.gov.my/images/garis-panduan/garis_panduan_peraduan_berasaskan_hadiah.pdf
ii) Dalam kes ini, hadiah cabutan bertuah tidak boleh melibatkan wang yang dibayar oleh peserta sebagai yuran penyertaan atau apa-apa bayaran yang dikenakan. Hadiah hendaklah disertakan oleh pihak yang ketiga dengan menggunakan sumber yang lain.
iii) Segala perbelanjaan bagi pertandingan tersebut termasuk keuntungan yang diterima hendaklah dimasukkan ke dalam peruntukan baitulmal.
iv) Hukum menyertai pertandingan berkenaan bergantung kepada syarat-syarat atau terma-terma yang telah ditetapkan. Sekiranya bebas dari sebarang unsur perjudian, maka harus menyertainya begitu juga jika sebaliknya. Sejajar dengan sabda Rasulullah SAW:
وَالْمُسْلِمُوْنَ عَلَى شُرُوْطِهِمْ إِلَّا شَرْطًا حَرَّمَ حَلَالًا أَوْ أَحَلَّ حَرَامًا
Maksudnya: “Orang-orang Islam itu tergantung kepada syarat-syarat mereka kecuali syarat yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram.” (Riwayat al-Tirmizi)
Saya berpandangan bahawa sekiranya mayat tersebut diyakini telah busuk dan hancur, ia tidak perlu digali semula. Namun, jika ia baru sahaja dikebumikan maka hendaklah digali semula serta dikebumikannya di perkuburan Islam. Hal ini bersandarkan nas yang terdapat di dalam kitab al-Majmu‘ jilid ke lima pada muka surat 248: اتَّفَقَ أَصْحَابُنَا رَحِمَهُمُ اللهُ عَلَى أَنَّهُ لَا يُدْفِنُ مُسْلِمَ فِيْ مَقْبَرَةِ كُفَّارٍ ، وَلَا كَافِرَ فِيْ مَقْبَرَةِ مُسْلِمِيْنَ Maksudnya: “Telah bersepakat ulama Syafi‘eyyah bahawasanya seseorang Muslim tidak boleh dikebumikan di perkuburan Kafir dan seorang Kafir tidak boleh dikebumikan di perkuburan Muslimin.
Orang Islam adalah dilarang menghadiri sebarang majlis yang mengandungi unsur maksiat seperti majlis yang dihidangkan arak. Sabda Rasulullah SAW: مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلَا يَقْعُدْ عَلَى مَائِدَةٍ يُشْرَبُ عَلَيْهَا الْخَمْرُ Maksudnya: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, janganlah dia berada dalam hidangan yang tersedia arak di dalamnya.” (Riwayat Imam Ahmad)
Hukum melihat wayang di pawagam perlu diteliti dalam beberapa perkara. Pertama, sekiranya tayangan di pawagam itu berkisarkan cerita-cerita yang bermanfaat dan mempunyai pengajaran yang berguna maka hukumnya harus untuk menontonnya. Namun, sekiranya cerita-cerita yang ditayangkan menjurus ke aras unsur-unsur kemaksiatan atau keganasan maka haram ditonton. Kedua, sekiranya suasana di pawagam berkenaan dilihat berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan ajnabi maka hukumnya haram berada di tempat berkenaan.
Saya berpandangan bahawa budaya ini seharusnya tidak diteruskan pengamalannya kerana ia menjurus kepada perbuatan haram, percampuran antara lelaki dan perempuan, mendekatkan diri kepada perbuatan maksiat serta melalaikan dan terdapat unsure penghinaan sesama manusia. Oleh kerana itu, Rasulullah SAW telah bersabda: لَا طَاعَةَ لِمَخْلُوْقٍ فِيْ مَعْصِيَةِ الْخَالِقِ Maksudnya: “Tiada ketaatan kepada makhluk dalam melakukan maksiat kepada Allah SWT.” (Riwayat al-Tabrani)
Harus hukumnya. Tiada nas yang melarangnya.
Haram menceroboh tanah Kerajaan tanpa kebenaran pihak yang berkenaan.
Menerima upah dan bayaran hasil dari kemahiran merawat air kumbahan dan najis khinzir adalah diharuskan atas tujuan menyekat dari pencemaran udara di sebabkan air kumbahan tersebut dan menjaga kesejahteraan masyarakat setempat.
Harus menggunakan perkarangan surau diri Jumaat bagi kehadiran peronda Rukun Tetangga terbabit. Al-Imam al-Nawawi dalam Kitab Syarah Sahih Muslim dalam jilid 12 halaman 87 telah menghuraikan:
وَفِيْ هَذَا جَوَازٌ رِبْطًا لِأَسِيْرِ وَحَبْسِهِ وَجَوَازٌ إِدْخَالِ الْمَسْجِدِ الْكَافِرَ وَمَذْهَبُ الشَّافِعِيُّ جَوَازُهُ بِإِذْنِ مُسْلِمٍ سَوَاءٌ كَانَ الْكَافِرُ كِتَابِيًّا أَوْ غَيْرُهُ وَقَالَ عُمَرِ بْنِ عَبْدِ الْعَزِيْزِ وَقَتَادَةٌ وَمَالِكٍ لَا يَجُوْزُ
Maksudnya: “Melihat kepada hadis ini, harus hukumnya mengikat tawanan dan menahannya serta harus juga seorang yang bukan Islam untuk memasuki masjid. Dalam huraian tersebut telah menyatakan pendapat Mazhab Syafie menyatakan keharusan dengan syarat terdapat keizinan dari umat Islam sama ada kafir itu dalam kalangan ahli Kitab atau selainnya. Namun khalifah Umar Abdul Aziz, Qatadah dan Imam Malik tidak mengharuskan.”
Mendedahkan keaiban seseorang adalah dilarang dalam Islam berdasarkan hadith Nabi SAW: Maksud: “Dari Anas, bahawasanya aku melakui suatu kaum yang mempunyai kuku panjang dari tembaga, kemudian mereka mencakar dada dan wajah mereka sendiri. Tanyaku: “Wahai Jibri, siapakah kaum itu?”. Jawab Jibril: “Mereka adalah orang-orang yang sentiasa memburuk-burukkan orang lain dan menodai kehormatan mereka”. (HR abu Dawud) Maksud: Dari Said ibni Zaid, bahwasanya Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya antara dosa riba yang paling besar adalah seorang yang sentiasa memburuk-burukkan seorang Muslim tanpa alasan yang benar. (HR Abu Dawud, Al-Baihaqi dalam Syi’bul Iman)
Mendedahkan keaiban itu bermaksud dari segi perkataan atau perbuatan. Bagi tujuan penyiasatan, saya bersetuju dengan syor yang dibuat oleh Suruhanjaya Bebas iaitu balai-balai polis diseluruh Negara dipasang alat pengimbas untuk memeriksa tubuh tahanan. Pemeriksaan fizikal melibatkan bahagian sulit baddan hendaklah dilakukan oleh doktor, pembantu perubatan atau jururawat bertauliah sama jantinanya dengan tahanan.
Dosa derhaka kepada bapa termasuk dosa besar yang paling besar. Rasulullah mengingatkan agar tidak melakukan sesuatu yang menyakiti mereka dengan sabdanya:
Maksud: “Perlukah aku beritahu kamu tiga perkara dosa besar yang paling besar? Kami (para sahabat) menjawab: ‘Tentu, ya Rasulullah.’ Maka beliau berkata: ‘Menyekutukan Allah dan menderhaka kepada ibu bapa.’ Pada mulanya Rasul bersandar lalu beliau duduk untuk melanjutkan percakapan. ‘Begitu juga dengan pembohongan dan penyaksian palsu.’ Beliau terus mengulang-ulangnya sehingga kami ingin beliau berhenti.”
Seorang bapa hendaklah bersabar dan berdoa semoga allah memberi hidayah kepada anak-anak. Sabda Rasulullah SAW:
Maksud: “Keredhaan Allah ada kaitannya dengan keredahaan kedua ibu bapa dan kemurkaanNya bergantung kepada kemaraham ibu bapa.”
Wajib hukumnya anak-anak menjaga kebajikan ibunya. Haram menderhaka padanya dan wajib bersabar di atas segala kerenahnya khusus apabila umurnya semakin lanjut. Firman Allah SWT:
وَمَن نُّعَمِّرْهُ نُنَكِّسْهُ فِي الْخَلْقِ ۖ أَفَلَا يَعْقِلُونَ ﴿٦٨﴾
(Maksud: “Dan barangsiapa yang Kami panjangkan umurnya, nescaya Kami kembalikan dia kepada kejadiannya (kembali menjadi lemah dan kurang akal) maka adakah mereka tidak memikirkannya.” Surah Yasin: 68
Haram menderma seluruh badan bagi tujuan perubatan dan penyelidikan. Namun yang dibenarkan hanyalah anggota tertentu seperti kornia mata, buah pinggang, jantung dan hati.
Berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-30 bertarikh 22 Ogos 1992:
- Al-Quran yang telah rosak, koyak, tidak lagi boleh dibaca dan bukan resam Uthmani hendaklah dilupuskan.
- Kaedah pemabakaran adalah dibakar di tempat yang dikawal dan ditanam di tempat yang dikawal.
- Kerja-kerja pelupusan hendaklah dipertanggungjawabkan kepada Urus Setia atau Majlis dan Jabatan Agama islam Negeri-Negeri. Ia dilakukan dengan cara tersembunyi demi mengelakkan salah faham orang ramai.
KFC kini dimiliki oleh Perbadanan Negeri Johor dan diakui halal manakala buku “Panduan Halal Haram” adalah hasil kajian secara umum Persatuan Pengguna Pulau Pinang.
Pihak doktor boleh menyarankan mereka supaya berkahwin dengan segera jika kandungan mereka masih awal bagi tujuan menjaga nasab dan mengelak kecelaruan batasan aurat. Bayi yang lahir kurang dari tempoh 6 bulan 2 lahzah (detik) tidak akan disabitkan anak tersebut kepada suami. Hal ini telah termaktub dalam kitab Fiqh & Perundangan Islam oleh Dr. Wahbah al-Zuhaili pada muka surat 855 jilid VII sebagaimana berikut: “Jika anak itu dilahirkan kurang dari tempoh minimum masa mengandung iaitu enam bulan dua lahzah, maka ulama’ bersependapat tidak sabit nasab daripada si suami dan ia merupakan bukti bahawa kehamilan itu berlaku sebelum aqad perkahwinan, kecuali sekiranya suami mendakwa anak itu adalah anaknya, kerana dakwaan itu di andaikan bahawa perempuan adalah hamil dengannya sebelum aqad perkahwinan sama ada aqad lain, aqad yang fasid ataupun berlaku persetubuhan shubhah” .
Hukumnya adalah harus selama mana di dalam atau di luar kenderaan tersebut tidak menggambarkan atau menyerupai unsur agama lain.
Bab Masjid & Kubur
Imam an Nawawi pernah ditanya mengenai orang yang mengambil ruang masjid untuk meletakkan barang peribadinya. Maka Imam an-Nawawi menjawab:
“Imam Al Ghazali berkata di dalam fatwanya : Jika diletakkan di dalam masjid suatu barangan atau lainnya, maka lazimlah ia membayar sewaan kepada masjid terhadap ruang tersebut. Manakala jika ditutup pintu masjid, lazimlah atas pemilik barang tersebut membayar sewaan seluruh masjid. Sebagaimana jika diletakkan di rumah bahagian halaman dalaman dan ditutup pintu, ia wajib membayar sewaan seluruh rumah. Sebagaimana ia membayar ganti rugi bahagian-bahagian masjid dengan sebab kerosakan, ia menanggung ganti rugi manfaatnya jika dirosakkan seperti manfaat milikan-milikannya”.
Kata Imam an Nawawi lagi:
“Ini adalah pandangan yang sahih dan muktabar, jika ia mengambil satu ruang dari masjid dengan barangan dan ia tidak menutup (pintunya) lazimlah ia membayar sewaan kawasan yang digunakannya sahaja. Sewaan itu pula hendaklah dibelanjakan bagi manfaat dan kemaslahatan masjid”.
Berkenaan persoalan tersebut disarankan agar pejabat dan galeri yang ditempatkan di ruangan tambahan (Rahbah) tersebut dipindahkan ke lokasi yang bersesuaian. Hal ini bagi memelihara kesucian masjid daripada perkara yang tidak bersesuaian dengan kehormatan masjid.
Barang-barang lama yang boleh digunakan hendaklah digunakan dan sekiranya tidak diperlukan hendaklah ditawarkan kepada masjid-masjid atau surau-surau yang memerlukan sebelum dijual dan hasil jualan dimasukkan ke tabung pembangunan masjid.
Barang-barang lama yang boleh digunakan hendaklah digunakan dan sekiranya tidak diperlukan hendaklah ditawarkan kepada masjid-masjid atau surau-surau yang memerlukan sebelum dijual dan hasil jualan dimasukkan ke tabung pembangunan masjid.
1) Apakah hukum pembinaan Makam persendirian?
2) Adakah benar sesebuah Pusara tidak boleh dibina keterlaluan?
3) Apakah garis panduan yang dibenarkan?
JAWAPAN :
1) Boleh membina makam keluarga dengan syarat tanah tersebut adalah tanah persendirian dan tidak mengganggu wakaf untuk tujuan pembinaan masjid.
2) Berdasarkan kitab al-Majmu’ jilid 5 muka surat 260 menyatakan bahawa:
“Sekiranya kubur itu milik persendirian, adalah harus membina bangunan, namun ianya dihukumkan makruh dan tidak perlu dirobohkan.” Dibolehkan membina pusara atau binaan di atas kubur di tanah persendirian bukan di tanah am. Tidak berupa kubah, masjid, bilik dan lain-lain yang memakan ruang sehingga boleh menimbulkan riak kepada ahli keluarga.
3) Berdasarkan kitab Bughyah al-Tullab, jilid 2, muka surat 27 menyatakan bahawa:
“Dan sunat meninggikan qubur kira-kira sejengkal supaya diketahui orang akan qubur dan diziarahi serta dihormati.” Pada halaman 29, kitab yang sama menyatakan bahawa: “Dan sunat diletakkan batu nisan di kepala dan di kakinya atau pelepah tamar atau kayu.”
1- Harus hukumnya memindahkan qubur tersebut jika telah dipastikan bahawa tanah berkenaan adalah tanha persendirian dan bukannya tanah wakaf.
2- Kerja-kerja pemindahan hendaklah disaksikan oleh Pegawai Agama dari Pejabat Agama Daerah.
1- Ruangan bawah masjid turut dikira sebagai kawasan masjid walaupun tidak digunakan untuk solat kerana berkemungkinan tenaga pengajarnya adalah wanita. Adapun wanita yang dalam keadaan haid adalah haram untuk memasuki masjid.
2- Rasulullah SAW juga pernah bersabda:
“وقد روى ابن ماجه في سننه عن واثلة بن الأسقع رضيالله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "جنبوا مساجدكم صبيانكم، ومجانينكم، وشراءكم، وبيعكم، وخصوماتكم، ورفع أصواتكم..." إلخ.”
Maksud: Diriwayatkan Ibn Majah dalam sunannya dari Athlah bin Asqak’ r.a. katanya, bahawa Rasullullah SAW bersabda: “Jauhilah masjid kamu dari kanak-kanak, orang gila, sebarang kejahatan, jual beli dalam masjid, permusuhan, meninggikan suara…” Maka, kanak-kanak hendaklah dipantau apabila berada di dalam masjid kerana dikhuatiri mereka akan membuat bising atau meninggalkan najis di dalam masjid.
1- Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Kali ke-152 telah membincangkan isu ini dan memutuskan tidak harus menggunakan kutipan derma pembinaan masjid, sekolah atau sebagainya untuk dijadikan saguhati kerana telah menyalahi niat asal penderma.
2- Pengambilan wang derma itu juga menyalahi kaedah wakaf “ولا يوهب ولا يباع”. Pemberian saguhati hendaklah dari sumber yang lain.
Hendaklah dibina sebuah tempat khusus seperti bilik atau dewan khusus untuk menyampaikan tazkirah bagi mengelak dari mengganggu jemaah lain yang sedang solat dan sebagainya.
Membina bangunan yang tidak kekal di atas tanah perkuburan Islam adalah harus. Di samping itu, pergaulan antara ajnabi mestilah dijaga semasa aktiviti gotong-royong tersebut.
Bahan binaan yang tidak lagi digunakan selepas pembaikkan masjid boleh dilupuskan dengan cara yang paling menguntungkan masjid:
1- Peralatan masjid yang masih dalam keadaan baik dan boleh digunakan, terlebih dahulu ditawar kepada masjid yang memerlukan.
2- Apabila masjid lain tidak memerlukan, peralatan tersebut hendaklah dijual, dan wang jualan dimasukkan ke tabung pembangunan masjid atau untuk kemaslahatan masjid.
Tiada halangan untuk menggunakan bahagian bawah masjid sebagai pusat pengajian tahfiz al-quran.
Bab Sambutan Perayaan
Pada asalnya tiada larangan bagi orang Islam untuk merayakan dan meraikan hari raya dengan permainan dan nyanyian kerana meraikan hari kemenangan, kebahagiaan dan hari kita kembali pada fitrah setelah melakukan ibadat puasa di bulan Ramadhan. Berdasarkan hadith dari Aisyah RA:
Maksud: “Abu Bakar pernah masuk menemui kami pada hari raya, sedang bersama kami dua orang wanita sedang bernyanyi-nyanyian ‘Bu’ats’ di mana Rasulullah sedang menghadapkan mukanya ke dinding. Kemudian, Abu Bakar masuk lalu berkata: Seruling syaitan berada di samping Nabi! Maka Rasulullah berpaling dan berkata kepada Abu Bakar: Qahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kaum itu mempunyai hari raya dan inilah hari kegembiraan bagi kita.” (H.R. Bukhari)
Dengan syarat, kita tidak lalai dan lagha dalam mengingati Allah dan mengabaikan ibadah kepadaNya.
Bab Faraid, Warisan, Wakaf dan Zakat
Yang wajib mengeluarkan zakat ialah orang yang mengusahakan tanaman itu, iaitu orang yang menyewa tanah itu.
Baitulmal ertinya perbendaharaan iaitu Jabatan Kewangan Negara yang menyelenggarakan pendapatan negara dan perbelanjaan. Baitulmal yang dimaksudkan pada hari ini ialah sebuah jabatan yang diselenggarakan oleh Majlis Agama Islam Negeri iaitu bahagian yang mengumpul dan memperolehi zakat, sedekah, harta-harta yang tidak mempunyai waris atau yang tidak dihabiskan oleh waris-waris si mati. Adanya Baitulmal pada Majlis Agama Islam setiap negeri.
Bersedekah kepada fakir miskin tidak disyaratkan bahawa mereka mesti terdiri daripada orang yang taat. Kita disuruh sentiasa bersangka baik iaitu (Husnuzon).
Dalam bab menyerahkan harta zakat, hukum syarak menegah daripada seseorang itu menyerahkannya kepada waris yang terdekat. Waris yang terdekat ialah anak, cucu, cicit, ibu bapa, datuk, nenek dan moyang. Secara mudahnya, semua waris yang bersifat menegak, adalah ditegah daripada menerima zakat. Namun, zakat boleh diberikan kepada waris yang bersifat melintang seperti adik, abang, kakak, ibu dan bapa saudara dan sebagainya. Oleh itu, adalah disarankan agar tuan memberikan zakat tersebut kepada pihak institusi zakat kerana dalam wang atau harta zakat itu terkandung hak lapan asnaf zakat. Dalam hal ini Imam as-Syafi’i sendiri ada mengingatkan para pembayar zakat agar berhati-hati, kerana kesilapan dalam memberikan harta zakat sehingga jatuh kepada orang yang bukan asnaf boleh mengakibatkan pemberian itu tidak menjadi zakat.
Yang wajib mengeluarkan zakat lalah orang yang mengusahakan tanaman itu, laitu orang yang menyewa tanah itu.
Berdasarkan kitab al-Fiqh al-Manhaji, juzuk satu pada muka surat 321 ada dinyatakan: “Amil: Pegawai dan pemungut zakat yang dilantik oleh pemerintah untuk mengumpul dan membahagikan zakat. Mereka diberikan upah berdasarkan kerja yang mereka lakukan; tidak boleh ditambah dan tidak boleh diberikan peratus tertentu daripada hasil kutipan. Hal ini kerana tidak ada dalil dalam syariat Allah mengenainya. Mereka hanyalah orang yang diberikan upah, jadi mereka diberikan upah berdasarkan kerja mereka.” Berdasarkan penjelasan mengenai takrifan amil di atas, maka tindakan untuk mengambil sendiri bahagian amil adalah tidak dibolehkan walaupun zakat tersebut adalah zakat harta sendiri.
Mengukuhkan dan memperkasakan institusi zakat di setiap peringkat sama ada dari sudut pentadbiran, pengagihan dan sebagainya supaya masyarakat dapat menanam kepercayaan bahawa wang zakat merekea sampai kepada yang sepatutnya.
Pihak yang menggunakan alasan ketidaktelusan dalam institusi-institusi zakat hendaklah membawakan bukti sebagai penguat kepada tuduhan mereka.
Adapun jika harta batiniah, maka dalam Mazhab Syafie terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi apabila hendak mengagihkan tanpa amil. - Jika semua golongan ada, maka ia wajib diserahkan kepada mereka semua dan tidak boleh dikecualikan walaupun satu golongan. - Jika satu golongan tiada, bahagiannya dibahagikan kepada golongan yang lain. - Jika bahagian satu golongan melebihi keperluan ahli golongan itu, lebihan perlu diserahkan kepada golongan yang lain. - Zakat dibahagikan kepada semua golongan yang ada secara rata walaupun keperluan mereka berbeza kecuali amil, dia mendapat upah sebelum zakat dibahagikan berdasarkan apa yang telah dijelaskan. Tidak disyaratkan sama rata antara ahli bagi satu golongan bahkan boleh dilebihkan sebahagian dari yang lain. Apabila pemilik mahu membahagikannya sendiri ataupun melalui wakilnya, dia wajib membahagikannya kepada 3 orang setipa golongan sekiranya bilangan mereka tidak dapat dikira. Sekiranya boleh dibilang, mudah diketahui dan boleh ditetapkan maka zakat tersebut wajib diserahkan kepada semua. Jika dia tidak memberi kepada salah seorang dan dia tahu, maka hendaklah dia memberi dengan nilai harta yang paling minima.
Dalam kitab al-Majmu’ Syarhu al-Mazhab, Jilid 6, muka surat 139 menyatakan:
قَالَ الرَّافِعِيُّ حِكَايَةً عَنِ الْأَصْحَابِ: لَوْ طَلَبَ الْإِمَامُ زَكَاةُ الْأَمْوَالِ الظَّاهِرَةِ وُجِبَ التَّسْلِيْمُ إِلَيْهِ بِلَا خِلَافَ بَذْلًا لِلطَّاعَةِ، فَإْنْ امْتَنَعُوْا قَاتَلَهُمْ الْإِمَامُ، وَإِنْ كَانَ مُجِيْبِيْنَ إِلَى إِخْرَاجِهَا بِأَنْفُسِهِمْ،...
Maksudnya: “Imam Rafi’e berkata bahawa ashab as-Syafieah (pengikut Mazhab Imam Syafie’) berpendapat bahawa jika pemerintah meminta zakat yang zahir, nescaya wajib untuk membayar kepada pemerintah tanpa khilaf semata-mata kerana taat kepada pemerintah. Jika mereka enggan, perangilah mereka, walaupun mereka mahu mengeluarkannya (zakat) sendiri.” Orang yang membahagikan zakat sendiri perlu mempunyai ilmu yang cukup untuk menentukan dan mengenalpasti setiap asnaf yang telah ditetapkan dalam al-Quran.
Untuk makluman puan, menurut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-21 yang bersidang pada 12 September 1988 telah membincangkan berkenaan Ganjaran Terbitan dan Pencen Terbitan “Muzakarah telah memutuskan bahawa ganjaran terbitan dan pencen terbitan tidak termasuk sebagai harta pusaka, maka kaedah pembahagiannya tidak tertakluk kepada kaedah pembahagian harta pusaka.” Gantian cuti rehat ialah cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan dalam satu-satu tahun bekerja dan dikumpulkan sehingga maksimum 120 hari, dan digantikan dengan wang tunai. Cuti rehat tesebut telah wujud semasa pekerja itu masih hidup dan berterusan sehingga bersara. Setelah bersara, cuti rehat yang dikumpulkan itu dikira dan digantikan sejumlah wang, maka ia menjadi milik pesara berkenaan. Justeru, saya berpandangan bahawa Gantian Cuti Rehat termasuk dalam harta pusaka dan perlu diagih berdasarkan kaedah hukum faraidh. Jika puan bermurah hati untuk membahagi-bahagikan hak puan kepada anak-anak gemulah secara samarata, itu adalah hak puan untuk berbuat demikian.
Untuk makluman tuan, jika pembahagian harta ini berkuatkuasa sebelum M. Adnan bin Saidi meninggal dunia, maka ia menjadi hibah. Manakala, jika ia berlaku selepas meninggal dunia maka ia menjadi wasiat. Namun, dinasihatkan supaya perkara ini dirujuk ke Mahkamah Syariah yang berdekatan bagi mendapatkan pengesahan lanjut mengenainya.
Harus hukumnya membina futsal di atas tanah wakaf am tersebut. Hal ini kerana tanah wakaf am adalah untuk tujuan umum umat Islam seperti kemudahan atau pembangunan ekonomi umat Islam menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan berasaskan hukum Syarak. Ia berbeza dengan tanah wakaf khas yang diperuntukkan bagi tujuan manfaat tertentu umat Islam seperti pembinaan masjid, surau, sekolah agama, perkuburan Islam dan lain-lain yang telah dikhususkan oleh pewakaf.
Barang-barang waqaf masjid yang telah tidak digunakan berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke 140 yang bersidang pada 27 Ogos 1997 telah menyatakan: “Bahan binaan bangunan yang tidak sesuai digunakan selepas pembaikan masjid yang rosak boleh dilupuskan dengan cara yang paling menguntungkan masjid iaitu :
a) Peralatan masjid yang lama dan tidak digunakan lagi oleh masjid tetapi masih dalam keadaan baik, hendaklah ditawarkan terlebih dahulu kepada masjid-masjid lain yang memerlukan.
b) Apabila masjid lain tidak memerlukan, peralatan tersebut hendaklah dijual dan hasil jualan itu dimasukkan ke tabung pembangunan masjid atau untuk kemaslahatan masjid.”
Kedua-dua anak si mati yang telah memeluk Islam boleh mewarisi harta si mati. Tambahan pula, anak-anak tersebut mempunyai hubungan nasab dengan si mati yang merupakan sebab utama bagi mereka untuk mewarisi harta yang ditinggalkan oleh ibu mereka. Hal ini telah dinyatakan secara jelas dalam kitab al-Mawarith fi al-Syariah al-Islamiyyah karangan Dr. Muhammad Ali al-Sabuni pada muka surat 82 iaitu:
هُنَاكَ صِنْفٌ مِنَ الْوَرَثَةِ، لَا يَحْجُبُوْنَ حَجْبٌ حِرْمَانِ أَصْلًا لِأَنَّهُمْ لَا بُدَّ لَهُمْ أَنْ يَرِثُوْا، وَهُمْ سِتَّةَ أَفْرَادٍ: فَالْأَوَّلُ، الْإِبْنُ الصِّلْبِيِّ.....
Maksudnya: “Terdapat kategori tertentu dalam isu perwarisan yang tidak menghalang dengan halangan syarak kerana mereka sememangnya layak untuk mewarisi pusaka tersebut. Ada enam kategori, pertama anak kandung...”
Mesyuarat Jawatankuasa Negeri Perak telah meluluskan untuk ditukar maksud warta kepada wakaf tapak sekolah agama rakyat. Namun, jika tanah tersebut diperlukan untuk pembinaan masjid di kemudian hari maka pihak sekolah hendaklah menyerahkan tanah tersebut.
Dicadangkan supaya tanah tersebut dibeli oleh pihak B memandangkan ketiadaan dharurah untuk membuat pindah miliksilang (cross transfer)..
Mengumpulkan terlebih dahulu waris-waris yang masih ada dan memaklumkan hasrat si mati supaya tidak timbul permasalahan di masa akan datang. Hal ini perlu dilakukan sebelum dipanjangkan ke Bahagian Hartanah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak bagi tujuan pendaftaran dan gazet.
Apabila sesuatu wakaf telah terjadi maka ia tidak boleh dijual, dihibahkan dan diperlakukan dengan sesuatu yang menghilangkan kewafakannya.. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW, “الوقف لا يبالع ولايوهب ولايورث”. (wakaf tidak dijual, tidak dihibahkan dan tidak diwariskan).
Masjid tidak termasuk dalam golongan asnaf yang lapan. Tetapi, masjid boleh mendapat perolehan zakat jika tiada jawatankuasa yang menguruskannya.
Sebagai seorang kakitangan Majlis, mereka dibayar gaji atas tugas yang lain. Manakala bayaran sebagai amil pula seperti yang telah ditetapkan di dalam al-Quran iaitu 1/12 bagi amail fitrah dan 1/16 bagi amil harta.
Tanah wakaf tapak masjid tidak boleh ditukar tujuan asalnya. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:
"وَلَا يُوْهَبُ وَلُا يُبَاعُ"
Maksudnya: “Harta wakaf tidak boleh dijual dan tidak boleh dihibahkan.” (Riwayat al-Bukhari).
Namun, tanah sekitarnya bolehlah dimanfaatkan seperti membangunkan Pusat Ilmu seperti yang telah dinyatakan. Sekiranya masjid lama berkenaan masih wujud, eloklah dijadikan sebagai masjid tidak jami’ ( tidak didirikan solat Jumaat ) bertujuan untuk pengimarahannya semula.
i) Harus menggunakan tanah tersebut sebagai tempat projek pertanian melalui kaedah sewaan dengan syarat pertanian tersebut berbentuk sementara dan boleh dikosongkan semula pada bila-bila masa apabila diperlukan untuk tujuan asal.
ii) Perjanjian dengan penyewa hendaklah jelas agar tidak timbul masalah pada masa akan datang.
iii) Hasil sewaan tanah perlu dimasukkan dalam tabung tanah perkuburan tersebut.
Sesebuah syarikat perlulah membayar keseluruhan wang zakat terus kepada Baitulmal, Majlis Agama Islam dan Adat Melyu Perak bagi mengelakkan pembahagian yang tidak mengikuti tata cara pengagihan asnaf bertepatan al-Quran. Pembayaran ini bertepatan dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, Seksyen 76:
“Majlis berkuasa memungut zakat dan fitrah yang kena dibayar oleh tiap-tiap orang Islam did lam Negeri Perak Darul Ridzuan mengikut Hukum Syarak bagi pihak Duli Yang Maha Mulia Sultan.”
Dalam kitab al-Majmu’ Syarhu al-Mazhab, Jilid 6, muka surat 166 menyatakan: Imam Rafi’e berkata bahawa ashab as-Syafieah (pengikut Mazhab Imam Syafie’) berpendapat bahawa jika pemerintah meminta zakat yang zahir, nescaya wajib untuk membayar kepada pemerintah tanpa khilaf semata-mata kerana taat kepada pemerintah. Jika mereka enggan, perangilah mereka, walaupun mereka mahu mengeluarkannya (zakat) sendiri. Orang yang hendak membahagikan zakat itu sendiri perlulah mempunyai ilmu yang cukup untuk menentukan dan mengenalpasti setiap asnaf yang telah ditetapkan dalam al-Quran.
Tanah yang direzabkan sebagai tanah perkuburan Islam tidak boleh dibina sebarang bangunan yang bersifat kekal dan ditanam tanaman kekal di atasnya.
Harus hukumnya membina padang futsal di atas tanah wakaf am.
Dibolehkan kerana tidak bersalahan mana-mana hukum syarak.
Tanah yang telah diwakafkan khas sebagai tanah perkuburan tidak boleh diubah tujuan asalnya.
Bab Munakahat
Suami haram menyetubuhi isteri yang telah kedatangan haid selagi ia belum mandi hadas mengikut pendapat mazhab Syafi'i yang disepakati oleh jumhur ulama termasuk Ibnul Mundzir, Salim bin Abdullah, Sulaiman bin Yasar, Zuhri, Rabiah, Malik, Thuri, al-Lais, Ahmad, Ishak dan Abu Thur.
Berwuduk tidak termasuk dalam syarat sah Ijab dan Qabul dalam akad nikah walaupun begitu berwuduk itu sunat maka seeloknya ketika melakukan sesuatu yang berbentuk ibadah kita berada dalam wuduk.
Tidak sah ayah mewalikan anak perempuan yang diperolehinya dengan jalan zina walaupun dibintikan kepadanya kerana anak itu tidak melalui proses atau aturan yang sah mengikut hukum syarak bahkan meletakkan binti kepadanya adalah haram.
Manakala batal wuduk bersentuh dengannya kerana ia tidak dianggap muhrim bahkan boleh dikahwini oleh si lelaki itu sekiranya dia tidak berkahwin dengan ibunya secara sah.
Perbuatan tersebut tidak makruh, ia merupakan pandangan mazhab Imam Syafi’i dan majoriti ulama kecuali sebahagian ulama mazhab Maliki. Namun sebaiknya dielakkan perbuatan tersebut atas dasar adab dan akhlak.
Perempuan-perempuan yang haram dinikahi ialah perempuan-perempuan yang menjadi mahram. Perempuan mahram terbahagi kepada dua bahagian, iaitu:
• Haram mu'abbad, iaitu haram dikahwini selama-lamanya.
• Haram mu'aqqat, iaitu haram dikahwini buat sementara waktu yang tertentu.
Si isteri mempunyai hak-hak yang perlu ditunaikan oleh si suami. Sekiranya si suami tidak menunaikan hak-hak yang selayaknya termasuk nafkah zahir dan batin, maka si isteri berhak untuk menuntut nafkah tersebut. Apabila si suami gagal atau masih cuai, maka tidak berdosa si isteri memfailkan penceraian di mahkamah.
Kadar pembahagiaan harta sepencarian adalah bergantung kepada pertimbangan Mahkamah Syariah.
Berdasarkan kitab Fiqh & Perundangan Islam oleh Dr. Wahbah al-Zuhaili m/s 855 jilid VII:
“Adil sekalipun secara lahiriyah: iaitu orang yang lurus dan jujur serta sentiasa berpegang kepada ajaran agama, sekalipun hanya dapat diperhatikan pada lahiriyah sahaja, asalkan ternyata ia tidak sama sekali menonjolkan perbuatan fasik dan menyeleweng daripada ajaran agamanya yang sebenar.”
Perkahwinan adalah sah. Saksi tersebut layak secara lahiriah. Perkhabaran tersebut tidak menjejaskan status perkahwinan kerana perbuatannya adalah antara dia dan Tuhan dan tiada siapa tahu akan tingkah laku saksi berkenaan sebelum akad berlangsung.
Sekiranya lafaz akhir yang diucapkan itu hanya sebagai penjelasan kepada mahkamah tentang bentuk lafaz yang diucapkan pada kali ke-2, maka talak tidak jatuh pada ketika itu. Tetapi sekiranya memang bertujuan untuk menjatuhkan talak maka gugurlah dan jadilah talak 3.
Saudari boleh meneruskan perkahwinan tersebut dan jika keluarga (abang) tidak mahu menerimanya maka bolehlah membuat permohonan di mahkamah.
Berdasarkan kitab Fiqh & Perundangan Islam oleh Dr. Wahbah al-Zuhaili m/s 855 jilid VII: “Jika anak itu dilahirkan kurang dari tempoh minimum masa mengandung iaitu enam bulan dua lahzah (detik), maka ulama’ bersepakat tidak sabit nasab daripada si suami dan ia merupaka bukti bahawa kehamilan itu berlaku sebelum aqad perkahwinan, kecuali sekiranya suami mendakwa anak itu adalah anaknya, kerana dakwaan itu diandaikan bahawa perempuan adalah hamil dengannya sebelum aqad perkahwinan sama ada aqad lain, aqad yang fasid ataupun berlaku persetubuhan syubhah.” Bayi tersebut boleh dinasabkan (bin / binti) kepada suami sekiranya bayi tersebut lahir selepas 6 bulan 2 lahzah (detik) lebih dari tarikh perkahwinan mereka.
Bab Muamalat
Bertukar padi dengan padi termasuk dalam bidang jual beli sejenis yang dilarang. Maka kerana itu cara yang lebih baik ialah saudara membeli benih padi dari rakan saudara dengan harga yang ditetapkan, kemudian saudara boleh pula menjual padi saudara kepada rakan dengan harga yang dipersetujui walau sama harganya.
Harus menjalankan perniagaan berkonsep pre-order melalui platform atas talian kerana ia termasuk dalam bentuk jual beli salam (bayar dahulu barang dapat kemudian) dan juga kontrak ujrah (upah) yang disepakati fuqaha akan keharusannya. Tambahan lagi, polisi pemulangan semula yang ditetapkan dapat menghilangkan risiko barang tidak dapat diserahkan atau tidak sama spesifikasi adalah selaras dengan prinsip khiyar dalam Islam.
E-wallet ialah peranti elektronik atau perkhidmatan dalam talian yang membolehkan seseorang membuat urus niaga elektronik dengan komputer atau telefon pintar. Pengguna dan pedagang hanya memerlukan kod dan scan untuk memindahkan wang antara satu sama lain. Contoh e-wallet adalah GrabPay, Touch n Go, Boost, Googlepay dan sebagainya. Hukum penggunaan e-wallet adalah diharuskan kerana ia adalah bentuk pembayaran secara maya yang memudahkan urusan muamalat manusia.
Untung atas angin adalah sebarang aktiviti yang dilakukan oleh individu dalam urusniaga yang menyebabkannya memperolehi keuntungan tanpa melalui usaha ataupun modal. Ia biasanya dilakukan oleh mereka yang menjadi perantaraan sesuatu urusan atau lebih dikenali sebagai ‘orang tengah’. Keuntungan yang diperolehi itu disebut dengan pelbagai istilah seperti imbuhan, insentif, komisen dan sebagainya.
i) Perbezaan antara takaful dan insurans
ii) Hukum bagi takaful dalam Islam dan dari sudut manakah pahala yang dapat diperolehi jika menyertainya?
iii) Hukum bagi insurans dalam Islam.
Untuk makluman puan, penggunaan Insurans Konvensional adalah haram disebabkan percampurannya dengan sistem riba. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke 16 yang bersidang pada tahun 15-16 Februari 1979 telah memutuskan bahawa insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu mengandungi gharar (ketidaktentuan), mengandungi unsur judi dan mengandungi muamalah riba. Manakala berkenaan system Takaful pula, ulama telah bersepakat mengatakan ia adalah ganti kepada insuran konvensional. Hal ini disebabkan pengamalan dasar tabarru‘ yang menjadi teras utamanya. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke 80 yang bersidang pada 1 – 3 Februari 2008 telah memutuskan bahawa konsep dan pelaksanaan takaful di Malaysia adalah bertepatan dengan Syariat Islam.
Untuk makluman tuan, jika pemberian wang tersebut adalah wang bonus maka hukumnya harus digunakan untuk apa-apa tujuan yang diperlukan.
- Apakah hukumnya saya menyertai pelan perlindungan Takaful Nasional?
Harus menggunakan pelan ini. Hal ini kerana Sistem Takaful adalah berasaskan dasar tabarru’ (derma) yang bertepatan dengan muamalat Islam. - Bagaimana pula jika saya menjadi wakil dan mengajak orang lain untuk menyertainya?
Islam menganjurkan kita saling tolong-menolong dalam perkara kebaikan dan melarang tolong-menolong dalam perkara dosa dan kemungkaran. Firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah ayat 2:
وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ ٢
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).” Pelan perlindungan Takaful Nasional ini termasuk dalam perkara yang bermanfaat kepada individu dan masyarakat secara umum. Oleh itu, menyertainya adalah harus begitu juga mengajak orang untuk menyertainya.
Hutang yang perlu dibayar adalah RM250 sahaja dengan tiada penambahan kerana setiap penambahan yang terdapat dalam hutang seperti mengambil keuntungan dan manfaat dari hutang tersebut atau dikenali sebagai riba.
Berdasarkan kaedah Fiqh ada menyatakan:
كُلُّ قَرْضٍ جَرَّ نَفْعًا فَهُوَ رِبًا
Maksudnya: “Setiap hutang yang membawa keuntungan, maka hukumnya riba”. Manakala bayaran selebihnya bergantung kepada ihsan atau perkiraan waris yang mempusakai tanah tersebut.
- Insurans Konvensional mengamalkan cara muamalah yang fasid atau rosak kerana mengandungi unsur gharar (tidak ketentuan), maisir (judi) dan riba (faedah). Oleh itu, ianya haram.
- Insurans Takaful mengamalkan dasar tabarru’ (derma). Dasar ini bertepatan dengan muamalah Islam dan selamat dari unsure gharar dan maisir. Oleh itu, ianya halal.
Berdasarkan kitab Fiqh & Perundangan Islam oleh Dr. Wahbah al-Zuhaili m/s 855 jilid VII: Program ini termasuk dalam program Multi Level Marketing. Walaupun program ini tidak melibatkan penjualan barangan dengan harga yang mahal tetapi dengan hanya menunggu dan mengharapkan keuntungan dari rangkaian peserta untuk mendapat kekayaan dengan cepat. Oleh itu, wujud keraguan dari keuntungan yang diberi oleh setiap peserta. Rasulullah SAW bersabda:
“دع ما يريبك إلى ما لا يريبك “
(Tinggalkanlah sesuatu yang meragukanmu, beralih kepada sesuatu yang tidak meragukanmu).
Bab Ibadat
Yang diwajibkan ketika berwuduk ialah meratakan air ke seluruh anggota wuduk. Jika telah rata keseluruhan pada basuhan yang pertama atau aliran pada kali yang pertama, maka telah sempurna wuduk seseorang itu. Aliran atau basuhan kali kedua untuk meyakinkan dan aliran kali ketiga adalah sunat kerana Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya Allah suka kepada Witir (angka ganjil).
Anjing dan babi adalah najis Mughallazah. Begitu juga apabila terpegang najis Mughallazah wajiblah disertu dengan dibasuh sebanyak 7 kali, salah satu daripadanya dengan air tanah.
Tidak menjadi kesalahan bagi seorang yang sedang haid memotong kuku atau rambut. Perbuatan itu tidak disukai dan hukumnya makruh.
Begitu juga tidaklah salah membaca Al-Quran di dalam hati sewaktu sedang haid kerana yang diharamkan adalah membaca Al-Quran dengan bacaan yang boleh didengari oleh pembaca itu sendiri.
Jawapan: Berdasarkan perubahan arah terbit dan terbenam matahari di atas muka bumi ini, maka matahari akan melalui di atas Kaabah dan berada pada kedudukan istiwa’ dua kali dalam satu tahun iaitu pada 28 Mei (jam 5:16 petang) dan 16 Julai (jam 5:28 petang) pada tahun-tahun biasa dan kurang sehari iaitu pada 27 Mei dan 15 Julai pada tahun-tahun lompat. Pada ketika ini semua bayang-bayang sesuatu objek tegak yang kelihatan akan menghala ke arah Kaabah.
Jawapan: Dalam terminologi astronomi, anak bulan (atau hilal dalam bahasa Arab) merupakan fasa bulan yang berlaku apabila bulan, dalam gerakan orbit bulanannya mengelilingi bumi, berada di antara bumi dan matahari, maka berada sebaris atau bersilangan dengan matahari jika dilihat dari bumi. Pada ketika ini, bahagian yang gelap (yang tiada cahaya matahari) bagi permukaan bulan akan menghadap ke arah bumi maka, bulan tidak kelihatan melalui mata kasar.
Jawapan: Ada formula yang digunakan untuk menentukan waktu solat, dan formula ini adalah berdasarkan kepada formula matematik trigonometri sfera. Maklumat utama yang perlu diketahui supaya proses hitungan dapat dijalankan ialah koordinat kawasan kiraan waktu solat (latitud & longitud), nilai deklinasi matahari serta nilai jarak zenith matahari. Walaupun hitungan dijalankan namun asas utama rujukan untuk penentuan waktu solat ialah menerusi kaedah atau tafsiran fiqh..
Jawapan: Hukum mengeraskan bacaan al-Quran bagi wanita di hadapan sekumpulan wanita dan mahram-mahramnya adalah mubah (harus), namun hukum mengeraskan bacaan bagi wanita di hadapan lelaki adalah makruh.
Jawapan: Orang yang menjaga orang yang sakit boleh digolongkan sebagai uzur, yakni tidak berdosa meninggalkan solat jumaat. Hal ini jika orang yang dijaganya itu ialah ibu bapanya, anaknya dan orang dijaga itu dalam keadaan tenat. Pada waktu itu tiada orang lain yang menjaganya dan orang sakit itu merasa selesa dengan keberadaannya (penjaga). Jika sebaliknya, maka solat jumaat tetap wajib ke atasnya.
Jawapan: Nafsu itu tempatnya berkumpul kekuatan amarah dan syahwat (keinginan) dalam diri manusia. Di sinilah terkumpulnya sifat-sifat tercela, dan sentiasa mendorong diri manusia itu ke arah kejahatan. Daripada nafsu itulah timbulnya sifat mazmumah seperti hasad dengki, pemarah, takbur, gila pujian, cintakan dunia, penakut dan lain-lain lagi. Itulah akibat buruk apabila nafsu dibiarkan dan tidak dididik. Nafsu adalah tenaga kejahatan dalam tubuh badan manusia. Imam Ghazali mengumpamakan nafsu sebagai nafsu kuda yang liar. Jika tidak terdidik kuda itu akan mengamuk dan menjatuhkan penunggangnya. Sebaliknya jika berjaya dijinaknya, kuda itu dengan mudah dapat ditunggang mengikut ke mana jua hala tujuan. Begitulah nafsu, jika dididik dengan betul ia boleh membawa kepada kebaikan.
Jawapan: Sekiranya dilaksanakan solat sunat khusuf seperti mana solat sunat biasa iaitu dengan hanya sekali rukuk dan sekali qiam maka sah solat tersebut. Hal ini bersandarkan sebuah hadis daripada Abu Bakrah r.a.:
Bermaksud: “Bahawasanya Nabi Muhammad SAW telah menunaikan solat Khusuf dua rakaat sepertimana solat yang kamu tunaikan ini (solat sunat lain).” (Riwayat Ibnu Hibban)
Perhatian :
Bersama-sama dengan ini disertakan Kaifiyat Solat Sunat Gerhana Matahari dan Bulan terbitan Jabatan Mufti Negeri Perak sebagai panduan umum kepada masyarakat khususnya umat Islam di Negeri Perak. Walau bagaimanapun, ia adalah pilihan kepada umat Islam sama ada untuk melaksanakannya menurut kaifiyat yang diberi atau berdasarkan penjelasan yang terdapat pada soal jawab di atas mengikut kemampuan masing-masing.
Jawapan kepada persoalan adalah seperti berikut: Hukum mengangkat takbir selepas takbiratul ihram iaitu tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat kedua adalah sunat. Oleh itu, sekiranya imam terlupa dari melakukannya pada mana-mana rakaat maka sah solat tersebut. Demikian juga, tidak harus ke atas imam untuk mengulangi takbir berkenaan apabila ia teringat semasa membaca surah al-Fatihah. Al-Imam al-Nawawi telah menjelaskan perkara ini di dalam kitab al-Majmu‘ Syarh al-Muhazzab, jilid kelima pada muka surat 18:
(فرع) لو نسي التكبيرات الزائدة في صلاة العيد في ركعة فتذكرهن في الركوع أو بعده مضي في صلاته ولا يكبرهن ولا يقضيهن فإن عاد إلى القيام ليكبرهن بطلت صلاته إن كان عالما بتحريمه وإلا فلا ولو تذكرهن قبل الركوع إما في القراءة وأما بعدها فقولان (الصحيح) الجديد أنه لا يأتي بهن لفوات محلهن وهو قبل القراءة .... (والصواب) الأول وبه قطع الجمهور ونص عليه في الأم واتفقوا على أنه لو تركهن حتى تعوذ ولم يشرع في الفاتحة أتي بهن لأن محلهن قبل القراءة وتقديمهن على التعوذ سنة لا شرط ولو أدرك الإمام في أثناء الفاتحة أو قد كبر بعض التكبيرات الزائدة فعلى الجديد لا يكبر ما فاته...
Bermaksud: “(Cabang masalah) Jika seorang imam terlupa untuk mengangkat takbir tambahan semasa solat hari raya pada mana-mana rakaat lalu ia teringat semasa sedang rukuk atau selepasnya bahawa ia belum menyempurnakan takbir berkenaan. Oleh itu, apabila ia berdiri semula untuk menyempurnakan takbir tersebut maka batallah solatnya jika sekiranya ia mengetahui akan pengharaman mengenainya. Jika ia tidak mengetahuinya maka solatnya tidak batal. Namun, sekiranya ia teringat semasa sebelum ia rukuk sama ada ketika ia sedang membaca (al-Fatihah atau surah) atau setelah ia selesai membacanya maka terdapat dua pandangan. (Pandangan yang sahih) iaitu pandangan dari Qaul Jadid bahawasanya ia tidak melakukannya (takbir tersebut) kerana telah luput tempohnya iaitu dilakukan sebelum ia membaca surah al-Fatihah… (Pandangan yang betul) iaitu pandangan yang pertama dan ia telah diputuskan oleh jumhur ulama dan ia juga telah dinaskan di dalam kitab al-Umm. Ulama dalam mazhab Syafie juga telah bersepakat untuk tidak mengulanginya jika tertinggal dari melakukannya sehingga ia membaca isti‘azah iaitu sebelum membaca surah al-Fatihah kerana tempoh untuk melakukannya telah luput. Sedangkan melakukannya sebelum membaca isti‘azah adalah sunat hukumnya tanpa syarat. Sekiranya imam mengetahuinya semasa membaca surah al-Fatihah atau setelah melakukan sebahagian dari takbir tersebut maka berdasarkan pandangan menerusi Qaul Jadid, ia tidak perlu melakukannya atas perkara yang telah tertinggal itu…”
Jawapan kepada persoalan adalah seperti berikut: Jabatan Mufti Negeri Perak setelah merujuk dan meneliti beberapa pandangan yang terdapat dalam mazhab Syafie maka berpandangan bahawa sighah takbir raya yang berdasarkan urutan adalah seperti berikut:
1. الله أكبر (tiga kali)
2. لا إله إلا الله والله أكبر الله أكبر ولله الحمد
3. الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا، لا إله إلا الله ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره الكافرون، لا إله إلا الله وحده صدق وعده ونصر عبده وهزم الأحزاب وحده،
4. الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا، لا إله إلا الله ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره الكافرون، لا إله إلا الله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده، 5. لا إله إلا الله والله أكبر الله أكبر ولله الحمد
Jawapan kepada persoalan adalah seperti berikut: Disunatkan ke atas umat Islam untuk melaungkan takbir hari raya selepas terbenamnya matahari iaitu pada malam satu Syawal selepas selesai dari menunaikan solat Maghrib. Al-Imam al-Syafie telah menyatakan pandangannya di dalam kitab al-Umm, jilid kedua pada muka surat 519:
قال الشافعي رضى الله عنه: يكبر الناس في الفطر، حين تغيب الشمس ليلة الفطر، فرادى وجماعة، في كل حال حتى يخرج الإمام لصلاة العيد، ثم يقطعون التكبير.
Bermaksud: “Al-Imam al-Syafie r.a. telah berkata: “Umat Islam bertakbir pada hari raya ketika terbenamnya matahari pada malam Hari Raya ‘Aidilfitri sama ada secara individu mahu pun berjemaah pada semua keadaan sehinggalah keluarnya imam untuk menunaikan solat hari raya dan terhentilah takbir hari raya apabila bermulanya Takbiratul ihram.”
Takbir pada Hari Raya Aidilfitri juga dikenali sebagai takbir mutlak atau takbir mursal. Ia boleh dilaksanakan sama ada di masjid, rumah serta ketika dalam perjalanan yang bermula pada malam hari raya sehinggalah pada pagi hari raya iaitu sebelum solat sunat Hari Raya ‘Aidilfitri ditunaikan.
Jawapan kepada persoalan tuan adalah seperti berikut:
i) Umur kambing dan bebiri untuk akikah ialah dua tahun masuk tahun ke tiga. Sekiranya umur kambing kurang daripada itu maka tidak sah untuk dibuat akikah.
ii) Tidak timbul isu jantan atau betina dalam urusan korban atau akikah. Hal ini bermaksud kedua-duanya boleh digunakan untuk urusan akikah.
iii) Sah korban dengan binatang yang tidak bertanduk atau patah tanduknya kerana masih dikira dalam kategori kecacatan yang dimaafkan.
iv) Harus hukumnya mengkasi binatang tersebut bagi tujuan korban atau akikah.
Berhubung dengan persoalan yang ditimbulkan, saya berpandangan bahawa tindakan melaungkan azan sejam sebelum azan Subuh (Fajar) adalah sunat bahkan digalakkan menurut pandangan Jumhur Ulama. Hal ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru:
إِنَّ بِلَالًا يُؤَذِّنُ بِاللَّيْلِ فَكُلُوْا وَاشْرَبُوْا حَتَّى تَسْمَعُوْا أَذَانٌ ابْنِ أُمِّ مَكْتُوْمٌ، زَادَ الْبُخَارِيُّ: وَكَانَ رَجُلًا أَعْمَى لَا يُنَادَى حَتَّى يُقَالُ: أَصْبَحَتْ، أَصْبَحَتْ.
Maksudnya: “Bahawa Bilal melaungkan azan pada waktu malam. Oleh itu, makan dan minumlah (bersahur) sehingga kamu mendengar azan Ibnu Ummi Maktum. Al-Bukhari menambah, ‘Dia adalah seorang buta dan tidak akan azan sehingga diberitahu kepadanya, telah masuk waktu Subuh, telah masuk waktu Subuh.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sekiranya mahu berbuat demikian, eloklah dimaklumkan terlebih dahulu kepada orang ramai mengenai tujuan azan berkenaan dibuat bagi meredakan sebarang bentuk kekeliruan di kalangan mereka. Walau bagaimanapun, tindakan mengalunkan bacaan al-Quran, zikir atau tahrim sama ada rakaman atau sebaliknya dengan menggunakan pembesar suara adalah tidak digalakkan bagi mengelakkan timbul perasaan tidak puas hati di kalangan mereka yang tinggal berhampiran dengan masjid dan surau tersebut. Apatah lagi ada di kalangan penghuni berkenaan terdiri daripada kanak-kanak kecil yang sedang tidur, orang yang uzur dan sebagainya.
Sekiranya imam berkenaan masih meneruskan tugasnya tanpa berlaku sebarang kecacatan pada pergerakan mahupun pada lisannya maka solat dengannya dikira sah, namun sekiranya ada yang lebih layak dan sihat tubuh badan maka afdhal diserahkan tugas Imam kepada yang berkenaan.
Sekiranya najis itu ditentukan melalui penglihatan makmum sendiri maka solat Imam berkenaan dikira batal dan wajib bagi imam untuk mengulangi solatnya semula. Makmum pula tidak wajib mengulangi solatnya.
Walaupun lantai tidak sama rata, ia masih berada dalam satu masjid dan jemaah tidak terhalang dari melihat pergerakan imam maka, sah solat berjemaah tersebut.
Mengadakan moreh pada mana-mana malam dalam bulan Ramadhan akan mendapat ganjaran yang sama jika di lakukan dengan ikhlas.
Walaupun lantai tidak sama rata, ia masih berada dalam satu masjid dan berjamaah bersama imam.
Selagi wayar penyepit alat pembesar suara itu panjang dan bahagian yang terkena najis itu tidak bergerak/ bergoyang disebabkan pergerakan imam dan yakin bahawa ia tidak terkena najis tersebut maka ia tidak dikira najis.
Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak tidak mempertikaikan tentang Amalan tarikat Sammaniah Malaysia. Namun, surat pengesahan bagi memperakukan kesahihan tarikat ini tidak dapat dikeluarkan kerana sering terdapat penyelewengan dalam amalan-amalan tarikat.
Dibolehkan kerana penggunaan perkataan ini menunjukkan keakraban dan tiada jurang pemisahan antara Tuhan dan hambanya. Hal ini merujuk kepada penggunaan Bahasa Malaysia yang telah lama diguna dan diterima pakai dalam perbualan seharian. ‘Anta-dhamir lilmukhatab’ yang bermaksud engakau dalam Bahasa Arab dan dalam konteks doa ia tidak menjadi satu kesalahan.
Berdasarkan kitab al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Ulama Syafie’ menyatakan bahawa:
لَا تَنْعَقِدُ الْجُمْعَةَ بِالْعَدَدِ الْمَطْلُوْبِ وَهُوَ أَرْبَعُوْنَ بِالْمُسَافِرِ، بَلْ لَّا بُدَّ مِنْ كَوْنِ الْأَرْبَعِيْنَ مُتَوْطِنِيْنَ، فَالْاِسْتِيْطَانُ شَرْطُ الْاِنْعِقَادِ لَا شَرْطَ الْوُجُوْبِ لِلْجُمُعَةِ، كَمَا أَنَّ شَرْطٌ صِحَّةٌ الْجُمُعَةِ هُوَ وُقُوْعُهَا فِيْ بِنَاءٍ لَا فِيْ صَحْرَاءٍ.
Maksudnya: “Tidak sah solat jumaat sekiranya bilangan 40 orang termasuk orang yang bermusafir. 40 orang itu hendaklah dalam kalangan penduduk tetap (bermastautin), kerana tinggal tetap adalah syarat sah solat Jumaat dan bukan syarat wajib solat Jumaat.” Maka, wajib ke atas imam menunggu makmum yang bermastautin mencukupi sebelum memulakan solat Jumaat. Sekiranya tidak mencukupi, maka tunaikanlah solat Zohor atau menunaikan solat Jumaat di qaryah lain bagi mereka yang bermukim.
Bab Akidah
Melakukan ritual dalam perayaan agama non muslim boleh menjadikan seseorang itu jatuh kafir seperti memberi persembahan kepada tokong, menyertai dan memeriahkan perarakan keagamaan. Namun begitu, Islam tidak menghalang kehadiran dalam aktiviti perayaan yang berbentuk kemasyarakatan dan hubungan kekeluargaan tanpa ada unsur penyembahan.
Setiap umat Islam dituntut untuk belajar dan berusaha memahami akidahnya secara jazm (dengan pasti) sebaik yang mungkin sebagaimana dia telah berusaha memahami urusan keduniaannya. Namun begitu, harus (dibolehkan) bagi orang yang tidak mempunyai kemampuan untuk bertaklid dalam keadaan dia telah berusaha sepenuhnya untuk belajar.
Mempelajari ilmu-ilmu syariat, hakikat, tarekat dan makrifat adalah harus dan boleh jadi wajib serta fardu ain jika ia berkaitan dengan asas-asas Islam. Disarankan agar berguru dengan orang yang berkemahiran dan faqih dengan ilmu tersebut secara menyeluruh, bukan di ambil sebahagian sahaja serta hindari daripada perkara yang menyeleweng dan menyalahi akidah.
Menggunakan tangkal azimat walaupun dengan tulisan ayat al Quran sebagaimana yang diamalkan oleh sebahagian masyarakat Islam adalah haram kerana termasuk dalam perbuatan syirik iaitu mempercayai bahawa ayat al Quran itu sebagai penyembuh dan pelindung dari penyakit
Harus untuk menerima air penawar selama mana tidak mengiktiqadkan bahawa benda tersebut memberi bekas begitu juga halnya dengan pensil yang dijampi
Tidak kerana saya (Tan Sri) pernah berubat di Tanjung Tualang
Harus hukumnya berubat dengan menemui doktor.
Ilmu-ilmu yang diiklankan itu adalah ilmu yang tidak pasti kandungannya sama ada betul-betul berlunaskan tatacara pengubatan dalam Islam/tidak. Maka itu, ia tidak harus diikuti.
Haram menghantar anak-anak belajar di gereja kerana dikhuatiri akan diresapi oleh unsur unsur ajaran Kristian terhadap mereka. Sebaik baiknya, anak anak perlulah dihantar ke pusat pusat pendidikan yang menyediakan pendidikan agama Islam yang secukupnya di samping pergaulan di kalangan mereka yang terkawal dan dipantau oleh guru.
Mesyuarat Panel Pakar Syariah (PPS0 Jakim Kali ke-89 yang telah bersidang pada 29 September hingga 1 Oktober 2015 telah memutuskan bahawa apa-apa aktiviti yang melibatkan tanglung adalah harus, dengan syarat tiada unsur pemujaan dan ritual agama dan apa-apa kaitan kepercayaan yang bercanggah dengan syarak. Justeru itu, saya berpandangan bahawa pesta tanglung ini hanya bercirikan festival kekeluargaan dan kegembiraan semata mata serta bukan lagi dikategorikan sebagai sebuah perayaan keagamaan. Walau bagaimanapun dalam menjayakan pesra tanglung ini, pihak sekolah perlulah mematuhi beberapa garis panduan di bawah:
1. Tidak ada sebarang unsur-unsur keagamaan ataupun kepercayaan yang bertentangan dengan syariat Islam seperti menulis doa-doa pada tanglung atau menyebut nama Dewi Bulan atau mana-mana dewa dewi
2. Tidak mempercayai akan terkabulnya hajat dengan perbuatan membakar dan melepaskan tanglung ke udara. Membakar tanglung itu perlu dianggap sebagai satu bentuk produk budaya dan adat semata mata. Boleh juga digantikan doa tersebut dengan kata-kata motivasi dan nasihat bagi mengelakkan penyerupaan dengan kepercayaan asalnya.
3. Tanglung yang dibawakan mestilah bebas daripada unsur khurafat dan hanya dilihat sebagai satu produk seni & budaya masyarakat Cina.
4. Bagi masyarakat Muslim atau secara khususnya Muslim TiongHoa, sewajarnya Pesta Tanglung dijadikan sebagai medium dakwah yang baik untuk menjelaskan sifat rahmat islam kepada seluruh manusia.
Tidak ada satu nas pun yang menyebut bila akan tiba hari Kiamat, hanya Allah yang mengetahuinya. Firman Allah SWT dalam menggambarkan suasana Kiamat pada hari itu seperti berikut : لَا تَأْتِيكُم إِلَّا بَغْتَةً Maksudnya : “Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.”(Al-A’raf : 187) Adapun mengenai kedatangan Imam Mahdi, terdapat hadis yang menceritakan mengenainya namun terdapat khilaf mengenai siapakah Imam yang dimaksudkan?
Hadis tersebut ialah :كَيفَ أَنتُمْ إِذَا نَزَلَ إِبنُ مَريَم فِيكُم،وَإِمَامُكُم مِنْكُم ؟ Maksudnya : “ Bagaimana keadaan kamun apabila turunnya ibnu Maryam (Nabi Isa) dan Imam di kalangan kamu ?”(Riwayat Bukhari & Muslim)
Disebutkan di dalam kitab Fathul Barri jilid ke enam, pada muka surat 493-494 bahawa terdapat khabar Mutawatir menceritakan yang dimaksudkan dengan ‘Imam’ dalam hadis ini ialah al-Mahdi di kalangan umat Islam dan bahawasanya Nabi Isa solat di belakangnya. Hal yang sama termaktub dalam kitab Manaqib al- Syafie. Mengenai kejadian gerhana tersebut, kita mestilah menyakini bahawa itu adalah di antara tanda tanda kebesaran Allah sebagai renungan umum. Justeru, tiada kena mengena dengan kejadian turunnya Imam Mahdi sepertimana yang didakwa.
Pengikut mazhab Syiah tidak dihukum sebagai kafir kerana mereka tetap mengucap Syahadah dan melakukan segala amalan seperti Muslim yang lain. Jika ada perkara perkara yang bertentangan dilakukan sekali pun, maka tidak wajar menghukum mereka dengan yang sedemikian. Hal ini sejajar dengan dua kaedah yang disebut oleh al Imam Abu Hasan al Asy’ari didalam kitabnya bertajuk al ibanah ‘an Usul al Diyanah pada muka surat 10:
لاَ نُكَفِّرُ أحَدًا مِن أهْلِ القِبلَةِ بِذَنبٍ يَرتَكِبُهُ ....مَنْ عَمِلَ كَبِيرَةً مِنْ هَذِهِ الكَبَائِر مِثْلَ الزِّنَا والسِّرقَةُ وَمَا أُشْبِهُهَا مُستَحَلًّالهَا غَيرَ مُعتَقِدٍ لِتَحرِيمِهَا كَانَ كَافِرًا
Maksudnya : “Kita tidak menghukumkan kafir di kalangan ahli ibadat (orang Islam) terhadap dosa yang ditanggung olehnya.... barangsiapa yang melakukan satu dari dosa-dosa besar seumpama zina, mencuri dan yang sepertinya serta menghalalkannya tanpa berpendirian terhadap pengharamanya maka dia dikira telah jatuh kafir.”
Namun, jika didapati mereka beriktiqad bahawa al-Quran yang ada tidak sempurna ataupun mencerca para sahabat secara terang terangan maka ia termasuk perkara yang boleh membawa kekufuran.
Harus hukumnya selama mana ia tidak menyamakan darjat kedudukan sultan dengan kebesaran Allah SWT dan ia telah menjadi kebiasaan (uruf) masarakat setempat. Merujuk Kamus Dewan, perkataan duli itu adalah berasal dari sastera lama yang bererti abu, debu (yang melekat di kaki). Yang Maha Mulia pula merujuk sifat Allah SWT iaitu (الْعَظِيْمُ).
Murtad dalam bahasa Arab ialah beralih daripada sesuatu kepada sesuatu yang lain. Manakala berdasarkan Undang-undang Islam, murtad bermaksud beralih daripada memeluk Islam kepada memeluk agama lain atau anutan lain. Murtad boleh berlaku di sebabkan:
i) Menolak hukum yang telah disepakati dan pasti diketahui umum. Contohnya menolak kewajipan zakat, puasa haji, menolak pengharaman arak atau riba.
ii) Melakukan perbuatan yang hanya dilakukan oleh orang kafir dan bercanggah dengan agama Islam. Contohnya seperti menyembah berhala dan mencampakkan al-Quran ke tempat najis.
iii) Mengucapkan sesuatu yang bercanggah dengan pegangan Islam, sama ada yang diucapkan itu lahir daripada keyakinannya atau keengganannya atau untuk mempersenda. Misalnya mengutuk Allah dan Rasulnya atau berkata “Islam tidak sesuai dengan kemodenan”, mewajibkan wanita berhijab adalah “kolot” dan sebagainya.
Haram kerana terdapat unsur-unsur keberhalaan begitu juga meletakkan kalungan bunga di tugu berkenaan. Semua ini boleh membawa kepada syirik.
Harus dengan syarat tidak berlebihan (ghuluw) dalam menghormatinya. Justeru, perbuatan tersebut merupakan tanda seseorang itu cinta akan tanah airnya dan ia merupakan adat kebiasaan bagi mana-mana rakyat ketika dalam situasi berkenaan. Perlu juga diingatkan bahawa cinta akan negara juga merupakan antara perkara yang dituntut oleh Syarak. Sebuah hadis telah menceritakan mengenai kecintaan Baginda Rasulullah SAW terhadap negerinya, Madinah:
كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم إِذَا قَدِمَ مِنْ سَفَرٍ فَأَبْصَرَ دَرَجَاتِ الْمَدِيْنَةِ أَوْضَعَ نَاقَتَهُ، وَإِنْ كَانَتْ دَابَّةً حَرَّكَهَا.
Maksudnya: “Adalah Rasulullah SAW jika pulang dari musafir maka Baginda melihat dataran tinggi kota Madinah lalu Baginda mempercepatkan untanya walaupun ketika menunggang haiwan yang lain.” (Riwayat Bukhari)
Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani telah memberi komentar mengenai hadis ini dalam kitabnya berjudul Fathul Bari dalam juzuk ketiga, bahwasanya ia menunjukkan kelebihan kota Madinah. Maka itu, cinta akan tanah air merupakan perkara yang disyariatkan dalam Islam. Adapun penghormatan yang berlebihan lagi ditegah ialah apabila melibatkan perkara ibadat seperti menghormati patung-patung berhala dengan mengagungkannya sepertimana yang dilakukan oleh orang-orang Kafir. Mereka beriktikad bahawa ia adalah Tuhan serta boleh memberi manfaat atau mudarat selain dari Allah SWT. Nauzubillah min zalik, perkara ini merupakan sebesar-besar syirik kepada Allah. Walau bagaimanapun, penghormatan yang tidak melibatkan unsur-unsur akidah mahupun ibadat adalah diharuskan.
Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak belum mengeluarkan apa-apa keputusan, fatwa atau warta berkaitan Tariqat ini.
Mengamalkan ilmu sihir bagi seorang Islam adalah haram kerana pelakunya menjadi musyrik kepada Allah SWT. Ini berdasarkan hadith Rasulullah SAW:
“ من نفث في عقدة، فقد سحر، ومن سحر، فقد أشرك”
(Sesiapa yang menghembus dalam suatu simpulan, makadia telah membuat sihir. Dan sesiapa yang membuat sihir, maka dia telah syirik (kepada Allah)
Perbuatan memuatkan puisi memuji si mati di dalam naskhah hadiah Yasin-Tahlil tidaklah dilarang oleh syarak dengan syarat pujian itu tidak melampaui batasan yang dibenarkan oleh Islam.
Penggunaan konsep berupa pasport dan penggunaan nama ‘Pasport Kenabian’ pada tajuk buku adalah tidak sesuai untuk edaran orang ramai. Ianya hendaklah ditukar kerana boleh mengelirukan orang ramai. Sumber rujukan juga perlu disertakan diakahir buku tersebut.
1) Harus dengan syarat tidak berlebihan (ghuluw)dalam menghormatinya.
2) Haram kerana terdapat unsur-unsur keberhalaan.
Pengedarannya dibolehkan kerana tidak terdapat apa-apa yang meragukan.
Bab Solat
Anda tidak wajib membaca tahiyat akhir kerana saudara baru dalam rakaat yang ketiga tetapi wajib saudara duduk mengikut imam sehingga imam memberi salam jika saudara tidak bermufarakah.
Tidak sah sembahyang orang yang mabuk. Allah berfirman dalam surah An-Nisa ayat 43:-
“Jangan kamu menghampiri (melakukan) sembahyang waktu kamu sedang mabuk”.
Tidak wajib kita menjawab salam kerana salam itu adalah sebahagian daripada sembahyang orang itu. Dan ketika ia mengucapkannya, ia melaksanakan salah satu daripada rukun dengan niat keluar daripada sembahyang walaupun dia juga disunatkan berniat salam kepada sesiapa.
Orang yang nyata cacatnya makruh menjadi imam kerana boleh menimbulkan ketidakkhusyukan kepada makmum.Tetapi cacat pendengaran tidak kelihatan namun tetap makroh kerana ia tidak mendengar akan teguran jika berlaku kesilapan.
Orang cacat pendengaran apabila memakai alat pendengaran telah menghilangkan kecacatannya dan ketika itu tidaklah lagi dianggap cacat yang memakrohkanya menjadi imam apa lagi ia mempunyai kelayakan untuk itu.
i) Orang mustautin dan orang bermuqim wajib mengerjakan solat jumaat. Cuma yang dibilang 40 orang itu mestilah orang yang mustautin.
ii) Mustautin adalah orang yang memang berniat untuk menetap disesuatu tempat dan tidak keluar dari tempatnya kecuali ada hajat. Orang yang muqim adalah orang yang tiada niat untul menetap di tempat itu selama-lamanya dan memang berniat untuk keluar dari tempat itu samada pulang ke kediaman asalnya atau berpindah ke tempat lain. (rujukan kitab Bughatul Tulab Jld 1 hal 204-205)
Bab Wanita
Bagi perempuan yang didatangi haid melebihi 15 hari adalah wajib keatasnya menunaikan sembahyang seperti biasa dan wajib berpuasa.
Bab Mazhab
Sekiranya air sampai ke seluruh anggota badan,maka dengan itu sempurnalah mandi wajib (mandi hadas besar) tersebut.Ada pun mengosok-gosok dengan menggunakan tangan adalah perkara sunat ketika mandi wajib. (Perkara ini dirujuk kepada kitab Matla Al –Badrain dalam bab Mandi Wajib m.s 40)
Mazhab dalam hukum lahir disebabkan amalan ijtihad yang bermula secara perlahan-lahan sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W dan berterusan selepas baginda wafat. Selain itu ia juga disebabkan perpindahan para sahabat r.a. ke negeri – negeri Islam yang baru muncul. Secara tabi`inya mazhab terbentuk dengan lebih meluas apabila sumber cahaya tidak lagi diperolehi selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. Kelahiran mazhab diasaskan kepada dua dasar utama:
1) Kemungkinan nas-nas syarak mempunyai lebih daripada satu makna.
2) Perbezaan dari segi keupayaan dan kefahaman. Bagi kita orang awam yang amat terbatas kemampuan kita untuk memahami Al-Quran dan As-Sunah sebagai sumber hukum maka kita berpegang kepada Mazhab Syafie.
"Bilangan rakaat bagi solat Tarawikh dalam mazhab Syafie ialah 20 rakaat. Hal ini telah dinyatakan di dalam kitab Bidayatul Mujtahid wa Nihayatul Muqtasid, jilid pertama pada muka surat 487: Bermaksud: “Maka menurut al-Imam Malik dalam satu pendapat, begitu juga pendapat daripada al-Imam Abu Hanifah, al-Imam al-Syafie, al-Imam Ahmad dan al-Imam Daud al-Zahiri bahawa solat Tarawikh itu ialah sebanyak 20 rakaat tidak termasuk solat Witir."
Bab Puasa
Saudara wajib melakukan puasa setelah tercapainya hajat dan puasa yang sebelum tercapainya hajat tidaklah dikira puasa nazar.
Jika seseorang meninggal dunia dalam keadaan masih mempunyai puasa fardhu yang belum ditunaikan, maka syarak menuntut fidyah perlu dikeluarkan bagi puasa tersebut.
Fidyah hendaklah dibayar dengan jenis makanan asasi bagi sesuatu negeri. Bagi negeri Malaysia ialah sebanyak kira-kira secupak beras bagi sehari puasa yang ditinggalkan oleh si mati. Seterusnya, tidak ada nas yang menyuruh untuk mengeluarkan fidyah bagi sembahyang yang ditinggalkan.
Firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 187:-
Tidaklah wajib bagi seorang yang bersetubuh pada malam bulan puasa untuk mandi hadas besar sebelum naik fajar. Walau bagaimanapun, disunatkan berbuat demikian sebelum fajar menyingsing dan harus bagi seorang yang berhadas besar untuk mandi selepas fajar menyinsing. Niat puasa sah dilakukan oleh seseorang yang sedang dalam hadas besar selama mana niat itu dilakukan pada waktu malam.
“Dihalalkan bagi kamu bersetubuh dengan isteri-isteri kamu pada malam bulan puasa”.
Boleh anak mengeluarkan fidyah bagi ibunya, jelasnya boleh membayar fidyah puasa bagi pihak ibu yang tidak mampu membayarnya.
Puasa yang ditinggalkan mesti diqada'kan. Jika ia mengqada'kannya di dalam bulan syawal dapatlah dia sekali sunat puasa enam dengan tidak payah melakukan puasa yang berasingan.
Puasa itu wajib dibayar oleh si isteri itu, Tidak boleh Suami mengqada'kan puasa itu bagi isterinya.
Adalah disunatkan berpuasa enam hari dalam bulan Syawal. Jika seseorang itu mengqadha puasanya yang ketinggalan dalam bulan syawal maka ia terlepas dari hutang puasanya yang tertinggal dan dapat sunat puasa dalam bulan Syawal dengan semata ia berniat qadha dan tidak perlu meniatkan puasa sunat kerana yang disunatkan ialah berpuasa enam hari dalam bulan Syawal.
Bab Jinayat
Langkah yang perlu diambil bagi membanteras perkara ini tidak lain dan tidak bukan ialah dengan pendidikan dan kesedaran. Dengan cara ini ia dapat meningkatkan kefahaman dan kesedaran masyarakat terhadap prinsip, matlamat dan niat di sebalik hukuman dalam kerangka hukum Islam.
Ini boleh dilakukan melalui kempen jangkauan, seminar, kuliah, atau program pendidikan yang menggali lebih mendalam prinsip-prinsip syariat Islam dan perspektif yang luas.
Setiap umat Islam wajib berusaha melaksanakannya sebagai penyelesaian kepada masalah masyarakat. Sejarah telah merekodkan usaha-usaha yang dilakukan pelbagai pihak untuk merealisasikannya.
Sebagai agama Islam yang syumul dan diredhai Allah, pastinya Islam tidak meninggalkan satupun ruang kehidupan melainkan dikurniakan panduan Ilahi bagi manfaat manusia seluruhnya. Islam menetapkan Sistem Jenayah Islam yang merangkumi jenayah Hudud, Qisas dan Takzir.
Malaysia adalah sebuah negara demokrasi maka perlaksanaan hukum tersebut adalah di bawah tanggungjawab pemerintah dan bukan rakyat. Namun, perlu difahami bahawa urusan siyasah (politik) ini adalah tergolong dalam perkara ijtihadi.
Justeru, ia bukanlah isu sama ada negara Islam mesti melaksanakan hudud atau tidak tetapi keadilan yang mampu dicapai hasil dari pelaksanaan undang-undang berkenaan. Keadilan ini pula mestilah dirasai oleh semua entiti masyarakat tanpa mengambil kira kaum dan agama. Sekiranya keadilan tersebut tidak dapat dicapai maka dibimbangi timbulnya fitnah yang berpanjangan di kalangan masyarakat terhadap hukum tersebut. Hal ini terbukti melalui tindakan Saidina Umar al-Khattab ketika mana beliau menjadi khalifah Islam. Beliau telah menangguhkan pelaksanaan hukuman had (hudud) terhadap pencuri kerana berlakunya kemarau panjang pada masa itu.
Ironinya, jika dilaksanakan juga hukuman tersebut maka dibimbangi ketidakadilan terhadap pesalah akan timbul seperti keadaan yang terdesak dan sebagainya.
Hukum Hudud merupakan salah satu dari hukum Allah yang bersumberkan dalil Qat‘iyy dari al-Quran dan Hadis. Manakala hujah yang dikemukakan pula tidak selaras dengan realiti semasa. Hakikatnya, Malaysia telah lama mengamalkan hukum Allah iaitu sejak sebelum kemerdekaan lagi.
Mahkamah Syariah yang dahulunya dikenali sebagai Mahkamah Qadhi telah lama ditubuhkan bagi menyelesaikan permasalahan umat Islam berkenaan Hukum Syarak. Perlu difahami bahawa hukum Allah itu mempunyai takrifan yang luas yang meliputi hal ehwal ibadat, muamalat, munakahat, jinayat dan sebagainya. Namun, perlaksanaan hukum Hudud adalah tertakluk kepada pihak pemerintah.
Justeru, pemerintah berhak untuk melaksanakan hukum hudud dengan melihat keadaan dan suasana yang mengizinkan serta aman dari anasir fitnah.
Sebarang Pertanyaan
Sila Hubungi
Email Kami
Hubungi Kami
Jabatan Mufti Negeri Perak
Tingkat 5, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.
Isnin - Jumaat (9 Pagi - 5 Petang)