Accessibility Tools

Skip to main content
Polisi Akses Bilik Server

Tujuan

Polisi ini diwujudkan bagi menetapkan peraturan dan prosedur untuk mengakses ke Bilik Server, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Skop

Bilik Server, Jabatan Mufti Negeri Perak merupakan kawasan akses yang terhad. Kebenaran hanya diberikan kepada kakitangan Unit Teknologi Maklumat, Jabatan Mufti Negeri Perak yang memerlukan akses dengan kekerapan yang tinggi untuk menggunakan Bilik Server.

Kakitangan dikehendaki mengisi Buku Daftar Pelawat Bilik Server JMNPK bagi mendapatkan akses dan permohonan tersebut perlu mendapat kelulusan dari Pentadbir Bilik Server.

Penyata Dasar

Hanya satu prosedur yang ditetapkan bagi mengakses ke Bilik Server iaitu Daftar Pelawat. Ia dikhususkan untuk kakitangan Unit Teknologi Maklumat, kontraktor atau kakitangan perkhidmatan yang dibenarkan.

Daftar Pelawat: Pelawat terdiri daripada kakitangan atau kontraktor yang dibenarkan masuk bersama pengiring. Pelawat perlu mengisi buku daftar yang mengandungi nama, kad pengenalan, jabatan/syarikat, tarikh masuk/keluar, masa masuk/keluar, tujuan dan tandatangan pelawat serta pengiring.

Penguatkuasaan

Setiap individu yang memerlukan akses ke Bilik Server perlu mematuhi segala polisi yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan bilik server.

Adakah ruang menunggu di kaunter selesa, kemas dan bersih?
Perak State Mufti Department Level 5, Darul Ridzuan Islamic Complex, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak. Phone : 05-2545332 | 05-2419694 Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
White Text Links
Kembali ke Atas