Accessibility Tools

Skip to main content

Polisi ePenyertaan

Polisi Penggunaan Media Sosial — Jabatan Mufti Negeri Perak

Polisi Penggunaan Media Sosial

Jabatan Mufti Perak mengalu-alukan penyertaan secara elektronik semua pengguna sebagai salah satu faktor penting dalam proses membuat keputusan, dan dengan sukacitanya menerima komen dan pandangan anda.

Dalam usaha untuk menyediakan maklumat terkini dan peluang untuk menyertai dalam proses membangun dan meningkatkan perkhidmatan, laman web kami menggunakan beberapa alat untuk meningkatkan komunikasi seperti undian dan kajian selidik dalam talian.

Selain itu, laman web ini membolehkan penciptaan laman rasmi di laman rangkaian media sosial seperti Facebook dan saluran YouTube. Jabatan Mufti Perak mempunyai hak penuh untuk mengharamkan atau memadam sebarang komen atau bahan yang melanggar terma dan syarat, termasuk komen seperti berikut:

  • Menggalakkan diskriminasi.
  • Menggalakkan aktiviti haram.
  • Melanggar sebarang hak harta undang-undang atau intelek.
  • Melibatkan ancaman kepada keselamatan.
  • Melanggar hak privasi orang lain.
  • Melanggar undang-undang, peraturan dan dasar.
  • Elak daripada membincangkan isu-isu politik.
  • Gunakan bahasa yang sesuai.

Polisi ini berkuatkuasa pada 15/4/2016 — Jabatan Mufti Negeri Perak.

Read more …Polisi ePenyertaan

  • Hits: 35

Polisi Maktabah (Bilik Perpustakaan) - Berkuatkuasa pada 16/4/2015

Polisi Maktabah — Jabatan Mufti Negeri Perak

Tujuan

Polisi ini diwujudkan bagi menetapkan peraturan dan prosedur akses serta peminjaman dan pemulangan Bahan-bahan Rujukan di Maktabah, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Skop

Maktabah Jabatan Mufti Negeri Perak merupakan kawasan akses yang terhad. Kebenaran hanya diberikan kepada kakitangan Jabatan Mufti Negeri Perak sahaja yang memerlukan akses berterusan bagi menggunakan Maktabah. Kakitangan jabatan/agensi lain dikehendaki membuat permohonan bagi mendapatkan akses ke Maktabah dan permohonan tersebut perlu mendapat kelulusan daripada Ketua Bahagian Maktabah, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Bahan-bahan Rujukan Maktabah seperti buku, koleksi fatwa, buletin dan kertas kerja juga merupakan aset dan hak milik jabatan di bawah seliaan Unit Pusat Sumber. Sebarang pengambilan, peminjaman dan pemulangan buku tersebut perlu direkod di dalam Buku Rekod Daftar Bahan-bahan Rujukan.

Penyata Dasar

Sebarang pengambilan atau peminjaman Bahan-bahan Rujukan Maktabah hendaklah direkod nama peminjam, agensi/jabatan/bahagian peminjam, tajuk/judul buku, tarikh buku dipinjam dan ditandatangani oleh peminjam di dalam Buku Rekod Daftar Bahan-bahan Rujukan Maktabah. Tempoh maksimum pinjaman Bahan-bahan Rujukan yang dibenarkan ialah selama 2 minggu sahaja. Sebarang penambahan tempoh pinjaman perlu mendapat kebenaran Ketua Bahagian Maktabah.

Begitu juga sebarang pemulangan Bahan-bahan Rujukan perlu ditandatangani dan direkod tarikh pemulangan tersebut dalam Buku Rekod Daftar Bahan-bahan Rujukan Maktabah. Mana-mana pegawai/kakitangan yang menghilangkan Bahan-bahan Rujukan Maktabah akan didenda iaitu mengganti semula atau membayar harga yang sama bahan yang hilang tersebut.

Penguatkuasaan

Individu yang memerlukan akses ke Maktabah dan akses bahan-bahan rujukan Maktabah haruslah mematuhi polisi yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan Maktabah dan bahan-bahan rujukannya.

Read more …Polisi Maktabah (Bilik Perpustakaan) - Berkuatkuasa pada 16/4/2015

  • Hits: 34

Dasar Keselamatan ICT Pejabat SUK Perak

Dasar Keselamatan ICT Pejabat SUK Perak

Dasar Keselamatan ICT Pejabat SUK Perak

  1. Dasar Keselamatan ICT Pejabat SUK Perak Versi 4 (Tarikh Kuatkuasa: 7 Jun 2023)

    Jabatan Mufti Negeri Perak menggunapakai Dasar Keselamatan ICT SUK Perak sebagai panduan dalam usaha untuk meningkatkan perkhidmatan.

  2. Manual Pengguna Enkripsi Dokumen Menggunakan Kata Laluan

    Panduan melaksanakan enkripsi pada dokumen dengan menggunakan kata laluan.

Read more …Dasar Keselamatan ICT Pejabat SUK Perak

  • Hits: 43

Polisi Bilik Server (Berkuatkuasa pada 1/4/2016)

Polisi Akses Bilik Server

Tujuan

Polisi ini diwujudkan bagi menetapkan peraturan dan prosedur untuk mengakses ke Bilik Server, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Skop

Bilik Server, Jabatan Mufti Negeri Perak merupakan kawasan akses yang terhad. Kebenaran hanya diberikan kepada kakitangan Unit Teknologi Maklumat, Jabatan Mufti Negeri Perak yang memerlukan akses dengan kekerapan yang tinggi untuk menggunakan Bilik Server.

Kakitangan dikehendaki mengisi Buku Daftar Pelawat Bilik Server JMNPK bagi mendapatkan akses dan permohonan tersebut perlu mendapat kelulusan dari Pentadbir Bilik Server.

Penyata Dasar

Hanya satu prosedur yang ditetapkan bagi mengakses ke Bilik Server iaitu Daftar Pelawat. Ia dikhususkan untuk kakitangan Unit Teknologi Maklumat, kontraktor atau kakitangan perkhidmatan yang dibenarkan.

Daftar Pelawat: Pelawat terdiri daripada kakitangan atau kontraktor yang dibenarkan masuk bersama pengiring. Pelawat perlu mengisi buku daftar yang mengandungi nama, kad pengenalan, jabatan/syarikat, tarikh masuk/keluar, masa masuk/keluar, tujuan dan tandatangan pelawat serta pengiring.

Penguatkuasaan

Setiap individu yang memerlukan akses ke Bilik Server perlu mematuhi segala polisi yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan bilik server.

Read more …Polisi Bilik Server (Berkuatkuasa pada 1/4/2016)

  • Hits: 46
Adakah ruang menunggu di kaunter selesa, kemas dan bersih?
Perak State Mufti Department Level 5, Darul Ridzuan Islamic Complex, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak. Phone : 05-2545332 | 05-2419694 Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
White Text Links
Kembali ke Atas