Accessibility Tools

Skip to main content
Polisi Maktabah — Jabatan Mufti Negeri Perak

Tujuan

Polisi ini diwujudkan bagi menetapkan peraturan dan prosedur akses serta peminjaman dan pemulangan Bahan-bahan Rujukan di Maktabah, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Skop

Maktabah Jabatan Mufti Negeri Perak merupakan kawasan akses yang terhad. Kebenaran hanya diberikan kepada kakitangan Jabatan Mufti Negeri Perak sahaja yang memerlukan akses berterusan bagi menggunakan Maktabah. Kakitangan jabatan/agensi lain dikehendaki membuat permohonan bagi mendapatkan akses ke Maktabah dan permohonan tersebut perlu mendapat kelulusan daripada Ketua Bahagian Maktabah, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Bahan-bahan Rujukan Maktabah seperti buku, koleksi fatwa, buletin dan kertas kerja juga merupakan aset dan hak milik jabatan di bawah seliaan Unit Pusat Sumber. Sebarang pengambilan, peminjaman dan pemulangan buku tersebut perlu direkod di dalam Buku Rekod Daftar Bahan-bahan Rujukan.

Penyata Dasar

Sebarang pengambilan atau peminjaman Bahan-bahan Rujukan Maktabah hendaklah direkod nama peminjam, agensi/jabatan/bahagian peminjam, tajuk/judul buku, tarikh buku dipinjam dan ditandatangani oleh peminjam di dalam Buku Rekod Daftar Bahan-bahan Rujukan Maktabah. Tempoh maksimum pinjaman Bahan-bahan Rujukan yang dibenarkan ialah selama 2 minggu sahaja. Sebarang penambahan tempoh pinjaman perlu mendapat kebenaran Ketua Bahagian Maktabah.

Begitu juga sebarang pemulangan Bahan-bahan Rujukan perlu ditandatangani dan direkod tarikh pemulangan tersebut dalam Buku Rekod Daftar Bahan-bahan Rujukan Maktabah. Mana-mana pegawai/kakitangan yang menghilangkan Bahan-bahan Rujukan Maktabah akan didenda iaitu mengganti semula atau membayar harga yang sama bahan yang hilang tersebut.

Penguatkuasaan

Individu yang memerlukan akses ke Maktabah dan akses bahan-bahan rujukan Maktabah haruslah mematuhi polisi yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan Maktabah dan bahan-bahan rujukannya.

Adakah ruang menunggu di kaunter selesa, kemas dan bersih?
Perak State Mufti Department Level 5, Darul Ridzuan Islamic Complex, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak. Phone : 05-2545332 | 05-2419694 Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
White Text Links
Kembali ke Atas