IPOH, 26 OKTOBER 2021 - YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Saarani bin Mohamad telah melancarkan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) Jabatan Mufti Negeri Perak di Tingkat 5,Bilik Persidangan,Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk). Hadir sama, YBhg. Timbalan Mufti Negeri Perak, Dato’ Haji Zamri bin Hashim; YBhg. Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak, Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Haji Mohamad dan YBrs. Timbalan Pengarah SPRM Perak, PKP Tuan Jaafar bin Tajudin. |
Pada majlis pelancaran tersebut, YAB Dato’ Saarani bin Mohamad berkata “Pelan ini merupakan perisai di peringkat jabatan bagi menangkis isu-isu dan permasalahan berkenaan tadbir urus, integriti serta antirasuah dalam organisasi. “Perbuatan rasuah ini telah menjalar sejak sekian lama seiring dengan perubahan masa dan zaman. Pada satu tahap, perasuah mungkin sudah lali atau sudah biasa dengan pendekatan lama kerajaan dalam menangani isu rasuah. “Mendepani cabaran ini kita perlu memastikan pelan OACP yang hendak dilaksanakan ini benar-benar ampuh. Pelan OACP ini sarat dengan perancangan inisiatif, tetapi isu pokoknya bagaimana kita hendak execute atau melaksanakannya agar ia benar-benar mampu menyekat kegiatan rasuah. |
Sementara itu,turut berlangsung Bacaan Ikrar Bebas Rasuah yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Zamri bin Hashim serta ketua-ketua bahagian mewakili seluruh anggota Jabatan Mufti Negeri Perak dan Sesi Menandatangani IBR tersebut. Majlis diakhiri dengan Penyerahan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh YBhg. Timbalan Mufti Negeri Perak kepada YBhg. Pengarah SPRM Perak. |
Sumber: Bahagian Pentadbiran & Kewangan, Jabatan Mufti Negeri Perak.
Print
Email