SEGARI, 21 Julai - Jabatan Mufti Negeri Perak telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bagi Bilangan 2/2020 dengan sedikit kelainan daripada biasa apabila menganjurkan majlis di Kompleks Balai Cerap Baitul Hilal, Segari. |
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Nor Hafizi dan diteruskan lagi dengan ucapan dan amanat dari Timbalan Mufti Negeri Perak. Pada majlis perhimpunan bulanan pada kali ini turut diadakan dengan sambutan majlis harijadi warga kerja yang lahir pada bulan Julai dan majlis tahlil ringkas yang diketuai oleh Timbalan Mufti sendiri.
Setelah selesai majlis perhimpunan bulanan tersebut, aktiviti diteruskan lagi dengan program KKS Go Green anjuran Kelab Kebajikan Dan Sukan Jabatan Mufti Perak. Pogram penanaman pokok ini disertai semua warga kerja Jabatan Mufti Negeri Perak. Encik Abdul Hadi, Encik Mohammad Khairul dan Puan Fatimah masing-masing berbesar hati telah menyumbangkan sebanyak lebih kurang 80 anak pokok dan benih yang terdiri daripada pelbagai jenis pokok . Kerja-kerja membuat lubang tanaman dan penanaman dilaksanakan sepenuhnya oleh semua yang hadir. Program ini bertujuan memupuk kesedaran khususnya kepada para warga kerja JMNPK dalam menyemai semangat cintakan alam sekitar disamping menghijaukan kawasan kompleks.
Sumber: Bahagian Pentadbiran, Jabatan Mufti Negeri Perak.