KUALA LUMPUR, 30 September hingga 1 Oktober 2020 - telah diadakan satu Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa telah diadakan yang bertempat di PNB Perdana On The Park, Kuala Lumpur. Sejumlah 15 kertas kerja telah dibentang dan diberi penerangan kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak bagi mendapatkan pandangan serta keputusan untuk tindakan lanjut. |
Sebagai perincian, sembilan kertas kerja telah dibentangkan oleh pihak Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) dan enam kertas kerja telah dibentangkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menerusi Bahagian Pengurusan Masjid.
Sesi mesyuarat telah dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Dato’ Haji Zamri bin Hashim yang merupakan Timbalan Mufti Negeri Perak.
Sumber: Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Perak.