IPOH, 5 Oktober - Bertempat di Casuarina@Meru telah berlangsung satu Program Tafaqquh Ilmu Falak bersama Yang Berbahagia Tuan Guru Ustaz Hj.Hanafiah bin Abd.Razak pakar ilmu falak yang juga Panel Pakar Falak Jakim bertajuk “ Gerhana “ yang terbahagi di antara gerhana matahari dan gerhana bulan berpandukan kitab turath Sabilal Muhtadin karangan As-Sheikh Tuan Guru Hj.Arshad Al-Banjari. |
Seramai 98 orang peserta telahpun hadir menyertai program tafaqquh ini yang telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Sahibus Samahah Dato Hj.Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Perak pada 28 September 2020 iaitu pada hari Isnin. Program ini telahpun berlamgsung selama satu hari bekerja bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. Dalam program tafaqquh ilmu falak yang saban tahun dianjurkan oleh bahagian falak jabatan mufti negeri perak adalah bertujuan untuk berkongsi ilmu falak kepada para guru agama tauliah negeri perak dan juga kepada para peminat ilmu falak di negeri perak khususnya dan dari luar amnya.
Justeru program tafaqquh ilmu falak kali ini para peserta dapat mempelajari tentang gerhana dan beza antara gerhana matahari dan gerhana bulan dan bagaimana ianya berlaku. Pada masa yang sama ianya mengajar kita sebagai seorang hamba Allah bagaimana tatacaranya kita dalam persediaan menghadapi fenomena gerhana matahari dan bulan yang juga merupakan salah satu tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah SWT. Dan yang terakhirnya sangatlah besar harapan pihak penganjur dan urusetia semoga program tafaqquh ilmu falak ini dapat memberi manfaat kepada semua yang telah turut sama menjayakannya.
Sumber: Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak.