KUALA KANGSAR, 27 Oktober - Bengkel Penambahbaikan KPI yang diadakan di Lanai Casuarina, Bukit Chandan Kuala Kangsar. Ekoran daripada sesi runding cara Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang lalu jabatan memutuskan untuk mengadakan sesi bimbingan dan taklimat bagi penambahbaikan KPI jabatan yang di kendalikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Amin bin Idris, Dekan Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat, Universiti Sultan Azlan Shah sebagai fasilitator. |
Sesi pengenalan bengkel tersebut dimulakan dengan ucapan daripada SS Dato’ Haji Zamri bin Hashim . Y. Bhg. Prof. telah diberi penjelasan berkaitan KPI jabatan sebelum bengkel dijalankan. Pelbagai perkara telah dibincangkan dengan menyeluruh dan bimbingan yang diberikan dalam memperbaiki KPI tersebut sebagai persediaan sebelum dibentangkan di dalam Mesyuarat Persidangan Majlis Agama Islam yang akan datang.
Jabatan telah menjemput 3 orang panel bagi sesi pembentangan KPI tersebut. Dua (2) orang daripadanya ialah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak S.F. Prof Dr. Jamil bin Hashim dan S.F. Dato’ Haji Asad bin Awang. Manakala seorang daripada Majlis Agama Islam ‘Adat Melayu Perak, Tuan Shahrul Azam bin Shaari yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk. Jabatan juga menjemput seorang ahli panel yang hadir secara maya iaitu Prof. Dato’ Dr. Ansary bin Ahmed. Bengkel pada petang tersebut diakhiri dengan sesi fotografi bersama semua yang terlibat dalam menjayakan bengkel penambahbaikan KPI tersebut.
Sumber: Bahagian Pentadbiran, Jabatan Mufti Negeri Perak.