IPOH, 13 SEPTEMBER 2023 - Jabatan Mufti Negeri Perak telah menganjurkan program Latihan Pengguna MyGovUC 2.0 di Digital Hub Perak, Meru Raya Ipoh, Perak. Program Latihan Pengguna MyGovUC 2.0 yang diadakan bertujuan untuk memberikan latihan kepada pengguna dalam menggunakan sistem MyGovUC 2.0. Latihan ini diadakan untuk memastikan pengguna dapat menguasai sistem dengan baik dan memaksimalkan kegunaannya. Penceramah jemputan pada program ini adalah Mohd Fadhilizwandie Bin Sulong, yang merupakan pengurus projek MyGovUC Change Management di PERNEC Integrated Network SDB BHD (MyGovUCProject). |
MyGovUC 2.0 adalah perkhidmatan yang disediakan oleh MAMPU. Perkhidmatan ini terbuka kepada semua agensi kerajaan di Malaysia. MyGovUC 2.0 adalah Perkhidmatan Komunikasi dan Kolaboratif Bersepadu yang diuruskan secara berpusat di MAMPU. Perkhidmatan ini menggabungkan saluran-saluran komunikasi seperti e-mel, persidangan video/audio, chat dan Sistem Pengurusan Profil Pengguna (UPMS). Kelebihan menggunakan perkhidmatan ini termasuklah: 1)Kemudahan akses: MyGovUC 2.0 boleh diakses melalui pelbagai peranti seperti desktop, laptop, dan telefon bimbit |
Bahagian Maktabah, Jabatan Mufti Negeri Perak.