14 Mei - Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Negeri Perak, Yang Berhormat Tuan Mohd Akmal bin Haji Kamarudin telah mengadakan lawatan atau Ziarah Mahabbah ke Jabatan Mufti Negeri Perak. Beliau telah disambut oleh semua pegawai tertinggi jabatan yang diketuai oleh SS Dato’ Haji Zamri Bin Hasmi Timbalan Mufti Negeri Perak. |
Satu perbincangan telah diadakan Bilik Persidangan MAIPk. Sesi Perbincangan tersebut telah dimulakan dengan ucapan aluan SS Dato' Haji Zamri bin Hashim. Yang Berhormat Tuan Mohd Akmal bin Haji Kamaruddin telah memberi ucaptama berkenaan hasrat dan hala tuju semua agensi yang berada di bawah seliaan beliau khususnya Jabatan Mufti Negeri Perak. Yang Berhormat dan deligasi lawatan telah di beri penjelasan fungsi dan peranan utama Jabatan Mufti Negeri Perak.
Pelbagai perkara telah dibincangkan dengan menyeluruh dan memfokuskan kepada perkhidmatan Agama khususnya peranan Jabatan Mufti Negeri Perak. Lawatan atau Ziarah Mahabbah pada petang ini telah diakhiri dengan sesi fotografi bersama semua deligasi yang hadir ke sesi taklimat dan perjumpaan pada hari ini.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Negeri Perak di atas kesudian mengadakan lawatan ke Jabatan Mufti Negeri Perak. Jazakallahu Khairan Kathira.
Sumber: Bahagian Pentadbiran, Jabatan Mufti Negeri Perak.