1 TAIPING, 21 Disember 2022: Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk) telah menganjurkan Bengkel Soal Jawab Info Grafik, Penyediaan Buku Laporan Tahunan 2022 dan Dokumentari Tan Sri Harussani di Hotel Novotel Taiping.

Bengkel ini dibahagikan kepada empat sesi iaitu Bengkel Asas Penulisan Berita yang dikendalikan oleh pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) (Mohd Daly Daud), Bengkel Soal Jawab Info Grafik dan Bengkel Penyediaan Buku Laporan Tahunan 2022 (Muhammad Norhafizi Ahmad Rais) dan Bengkel Dokumentari Tan Sri Harussani (Zainuddin Mohammad).

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Ketua Bahagian Maktabah JMNPk Mohd Hafiz Sulaiman. Dalam ucapannya, beliau berharap bengkel yang dianjurkan ini dapat memberi pendedahan kepada peserta dalam menentukan kaedah dan format sesuatu bahan penulisan. Tambahnya lagi, usaha menerbitkan maklumat berkualiti perlu diteruskan bagi memberi pencerahan dan bimbingan kepada masyarakat Islam khususnya di negeri Perak

Beliau turut mengemukakan analogi peristiwa Nabi Sulaiman AS dan burung hud-hud dalam menterjemahkan maklumat penting dan berguna kepada masyarakat disamping berusaha untuk meninggikan syiar Islam di negeri Perak.

Para peserta jelas berpuashati dengan input bengkel yang diperolehi dan berharap ia dapat diteruskan pada masa akan datang.

Bengkel tiga hari ini dihadiri 15 penyelaras sumber maklumat dari pelbagai bahagian JMNPk. Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dalam penyelarasan tugas setiap bahagian bagi menghasilkan bahan-bahan terbitan yang berkualiti.
1 2 3

Bahagian Maktabah, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Print Email