1 IPOH, 7 NOVEMBER 2023 – Jabatan Mufti Negeri Perak telah berjaya menganjurkan Program Perkongsian Ilmu Falak Sempena Minggu Panitia Sains Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan 2023. Ia telah berlangsung pada 7 November 2023, di Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan, Ulu Kinta.
1 2 3

Sumber: Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Print Email

1 IPOH, 11 OKTOBER 2023 – Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan sekali lagi telah berjaya menganjurkan Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada tahun ini. Ia telah berlangsung pada 10 hingga 12 Oktober 2023, di Casuarina Convention Centre, Casuarina@Meru, Bandar Meru Raya, Ipoh. Muzakarah ini merupakan program tahunan Kerajaan Negeri Perak yang diurusetiakan oleh Jabatan Mufti Negeri Perak. Tema yang telah diangkat pada kali ini ialah, “Memperkasa Ahli Sunah Wal Jamaah sebagai Al Firqah Al Najiah”. DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mencemar duli bagi merasmikan muzakarah tersebut pada Rabu, 11 Oktober 2023.

Majlis Perasmian Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berlangsung pada hari kedua dengan dihadiri oleh kira-kira 1000 orang. Turut berkenan hadir DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, DYTM Raja Muda Perak, DYTM Raja Puan Besar Perak, DYAM Raja DiHilir Perak serta DYAM Raja Puan Muda Perak. Majlis diserikan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh A.F. Ustaz Mohd Kamaruzzaman bin Daud. Beliau memperdengarkan bacaan ayat berkaitan dengan tema muzakarah, iaitu Surah Al-Baqarah ayat 163 hingga 165.

Majlis diikuti dengan ucapan alu-aluan SS Mufti Negeri Perak, YBhg. SS Dato' Hj. Wan Zahidi Bin Wan Teh, seterusnya Titah DiRaja oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak. Majlis diteruskan dengan pembentangan ucaptama oleh S.S Dr. Naziruddin Mohd Nasir, Mufti Negara Singapura. Beliau membentangkan kertas kerja utama iaitu ‘Memperkasa Kepimpinan Keagamaan Dalam Menangani Cabaran Masakini: Pengalaman Singapura”.

Pembentang-pembentang kertas kerja pada muzakarah kali ini ialah Al Syeikh Dr. Abdul Razzaq Abdul Rahman As' Adi Al-Husni Al Iraqi, S.F. Dr. Ahmad Wifaq bin Mokhtar, Tuan Guru Haji Ghazali bin Ahmad Fathoni, S.F. Dr. Akli bin Ahmad, S.F. Dr. Muhammad Ayman Al-Akiti dan Prof. Madya Dr. Lukman bin Abdul Mutalib. Pembentangan Pra-Muzakarah bertajuk :"Ahli Sunah Wal Jamaah Al-Firqah Al-Najiah" oleh: Dr. Azmil Bin Zainal Abidin, Pensyarah Kanan Jabatan Aqidah dan Pemikiran Islam Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. K.H. Nur Hidayat sebagai Panel Penyelidik A.S.W Research Group dan Moderator:YBHG. Prof. Dr. Jamil Bin Hashim, USAS.

Turut diadakan ialah Forum Ilmiah yang mengulas dan mengupas tema muzakarah. Ahli panel forum terdiri daripada S.F. Ustaz Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali, S.K. Kiyai Muhammad Idrus bin Ramli dan A.F. Ahmad Hafiz bin Mohd Rozmizi. Tajuk yang dibentangkan adalah "Konsep Tauhid dan Syirik: Beza Antara Ahli Sunah Wai Jamaah dan Wahiba".

Muzakarah berakhir dengan majlis perasmian penutup pada Khamis, 12 Oktober 2023. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak iaitu YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad. Pada majlis tersebut, S.S. Dato’ Haji Wan Zahidi Bin Wan The, Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan telah membentangkan teks “Abu Hasan Al-Asyaari: Imam Ahli Sunah Wal Jamaah” di dalam slot Muhadharah Eksklusif.

Kesimpulannya; seperti titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin yang menjelaskan “ancaman ke atas pegangan ahli sunnah hari ini dilakukan secara terang oleh musuh Islam dan berselindung melalui gerakan batiniah tertentu. Tindak tanduk individu yang mempamerkan diri mereka sebagai ulama, ustaz, tuan guru dan seumpamanya namun pada hakikatnya, mereka membawa ajaran yang menyeleweng dan tafsiran yang menyimpang daripada landasan Islam sebenar. Usaha meningkatkan kefahaman mengenai Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan usaha penting untuk memastikan keharmonian ummah dapat dijamin”. Pelihara pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah – Sultan Perak.

1 2 3

Sumber: Bahagian Maktabah, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Print Email