Skop Tugas Bahagian Maktabah  Klik sini!
Unit Penerbitan dan Perpustakaan - Tugas dan Tanggungjawab
FUNGSI UNIT PENERBITAN
Unit Penerbitan bertanggungjawab dalam pengurusan bahan bercetak terbitan Jabatan termasuk merancang. menglaras bannyelaras dan menerbit. Mendapatkan statistik maklumat serta bahan ilmiah dari penyelaras bahagian bagi kandungan penerbitan seperti Buku Laporan Tahunan, majalah, buku dan pamplet. Turut berperanan dalam merangka dan menyedia bahan penerbitan bagi hebahan maya seperti kenyataan rasmi Mufti sebagai penjelasan isu isu semasa, artikel dan kenyataan akhbar yang berkaitan.

FUNGSI UNIT PERPUSTAKAAN
Unit Perpustakaan bertanggungjawab dalam perancangan dan pengurusan pembelian buku bahan penerbitan terkini bagi perpustakaan Jabatan serta membantu menyelenggara perolehan bahan bahan penerbitan luar yang diterima. Unit ini juga mengenalpasti isu-isu semasa yang berkaitan Jabatan daripada akhbar-akhbar dan media massa.

Unit Teknologi Maklumat dan Multimedia - Tugas dan Tanggungjawab
FUNGSI UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT
Unit Teknologi Maklumat berperanan dalam merancang dan menyelenggara sistem aplikasi bagi menyokong operasi dan aktiviti jabatan serta mengendali dan mengurus perolehan bekalan, perkhidmatan dan pengurusan projek ICT Jabatan Mufti Negeri Perak. Selain itu, unit ini menyedia dan mengurus rangkaian seperti capaian Internet dan Intranet, serta memberi bimbingan dalam pembangunan laman web/portal.

FUNGSI UNIT MULTIMEDIA
Unit Multimedia berfungsi sebagai unit sokongan yang menyediakan perkhidmatan audio dan visual bagi keperluan perihal korporat, aktiviti dan majlis rasmi jabatan. Unit ini juga berfungsi membantu mengintegrasikan informasi dengan teknologi serta mengaplikasikan maklumat agar penyampaian lebih efektif dan berkesan.

Cetak Emel

Unit Pentadbiran - Tugas dan Tanggungjawab
Fungsi Unit Pentadbiran meliputi pelbagai aspek pengurusan organisasi untuk memastikan kelancaran operasi harian. Berikut adalah fungsi utama bahagian pentadbiran:

Pengurusan Aset
• Merekod, mengawal, dan menyelenggara semua aset jabatan atau organisasi.
• Menyediakan laporan inventori berkala untuk memastikan aset berada dalam keadaan baik dan dikemas kini.
• Menguruskan pelupusan aset yang tidak lagi digunakan mengikut peraturan dan prosedur.
• Memastikan aset digunakan secara optimum dan cekap.

Pengurusan Stor
• Mengurus dan menyimpan barang-barang pejabat, peralatan, dan bekalan dengan sistematik.
• Menyediakan rekod keluar-masuk barangan dalam stor untuk mengelakkan kehilangan atau pembaziran.
• Memastikan stok sentiasa mencukupi dan menguruskan pesanan semula apabila perlu.
• Melaksanakan pemeriksaan berkala terhadap barangan dalam stor untuk memastikan kualiti terjamin.

Pengurusan Sumber Manusia
• Menguruskan pelantikan, kenaikan pangkat, perpindahan, dan persaraan kakitangan.
• Memastikan dokumen perkhidmatan kakitangan sentiasa dikemaskini.
• Menyelia disiplin dan kebajikan pekerja, termasuk menangani aduan dan isu dalaman.
• Merancang tenaga kerja untuk memenuhi keperluan operasi jabatan.

Pengurusan Latihan
• Mengenal pasti keperluan latihan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan kakitangan.
• Merancang, melaksanakan, dan memantau program latihan serta kursus pembangunan kerjaya.
• Menguruskan penyertaan kakitangan dalam latihan atau seminar yang dianjurkan oleh pihak luar.
• Menilai keberkesanan latihan yang telah dijalankan untuk memastikan peningkatan produktiviti.
Kesemua fungsi ini bertujuan memastikan kelancaran operasi jabatan, pengurusan sumber yang cekap, dan pembangunan tenaga kerja yang kompeten.

Unit Kewangan - Tugas dan Tanggungjawab
Fungsi utama Unit Kewangan dalam sesebuah organisasi atau jabatan:

Pengurusan Belanjawan
• Menyediakan dan mengawal belanjawan tahunan organisasi.
• Memastikan perbelanjaan dilakukan mengikut peruntukan yang diluluskan.
• Menyediakan laporan kewangan berkala untuk memantau status kewangan.

Pengurusan Perolehan
• Menguruskan pembelian barangan dan perkhidmatan mengikut prosedur perolehan yang ditetapkan.
• Menjalankan penilaian harga dan memastikan nilai terbaik untuk setiap pembelian.
• Memastikan pembayaran kepada pembekal dibuat dengan tepat dan mengikut jadual.

Pengurusan Hasil dan Kutipan
• Mengawal kutipan hasil atau pendapatan jabatan.
• Merekodkan semua transaksi hasil untuk memastikan ketelusan.
• Menyediakan laporan hasil dan memastikan semuanya mematuhi peraturan kewangan.

Pengurusan Pembayaran
• Memproses pembayaran seperti gaji, elaun, tuntutan, dan bayaran kepada pembekal.
• Memastikan semua pembayaran dibuat tepat pada masanya dan mengikut garis panduan kewangan.
• Menjaga rekod pembayaran untuk audit dan rujukan.

Pengurusan Akaun dan Rekod Kewangan
• Menyediakan rekod kewangan lengkap dan tepat.
• Memastikan semua transaksi kewangan mematuhi peraturan dan dasar kewangan.
• Menyediakan penyata kewangan untuk diaudit oleh pihak berkuasa berkaitan.

Penyediaan Laporan Kewangan
• Menyediakan laporan seperti laporan prestasi kewangan, unjuran perbelanjaan, dan laporan hasil.
• Memberi maklumat kewangan kepada pihak pengurusan untuk menyokong proses membuat keputusan.

Pematuhan dan Audit Kewangan
• Memastikan semua aktiviti kewangan mematuhi undang-undang, dasar, dan prosedur yang ditetapkan.

• Menyediakan dokumen untuk tujuan audit dalaman atau luaran.

Cetak Emel


Skop Tugas Bahagian Falak  Klik sini!
Objektif
Membantu Mufti dalam menguruskan isu-isu Falak, menginstitusikan Bahagian Falak sebagai pusat rujukan, pendidikan dan penyelidikan dalam isu-isu yang berkaitan ilmu Falak serta melahirkan masyarakat celik Falak dan ahli Falak yang berkemahiran tinggi.

Unit Kiblat dan Cerapan
• Penentuan dan pengesahan arah kiblat masjid, surau, dan tanah perkuburan Islam
• Cerapan hilal bulanan
• Cerapan hilal rasmi (Ramadan, Syawal, Zulhijjah)
• Laporan kenampakan hilal bulanan, matahari dan planet
• Kajian isu falak dan syarak
• Kajian kecerahan langit
• Pengurusan stor peralatan falak

Unit Takwim dan Keurusetiaan
• Penyusunan dan pengesahan takwim solat Negeri Perak
• Perlaksanaan bengkel, kursus, seminar Pendidikan peringkat negeri dan kebangsaan
• Urus setia Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Falak Negeri Perak
• Urus setia Mesyuarat Pembinaan Kompleks Balai Cerap Negeri Perak
• Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Rukyah Hilal Ramadan, Syawal, Zulhijjah
• Pengurusan pameran falak

Cetak Emel

Carta Organisasi Bahagian Fatwa Klik sini!

Skop Tugas Bahagian Fatwa   Klik sini!
Objektif
1. Menjalankan kajian dan menyediakan sumber maklumat dan rujukan sebagai panduan kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak bagi pembuatan fatwa.
2. menyediakan jawapan dan panduan kepada masyarakat terhadap sebarang perkara berkaitan hukum, isu semasa dan perselisihan secara tuntas serta efisien.
3. memproses dan menjalankan permohonan tauliah mengajar agama Negeri Perak mengikut peruntukan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 dan Peraturan-peraturan Pengawasan Pengajaran Agama Islam 2013 dengan cekap, teratur dan kualiti.

Unit Istinbat dan Penerangan- Tugas dan Tanggungjawab
Unit ini berfungsi menguruskan perihal pembuatan fatwa melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan program yang berkaitan dengan fatwa atas apa-apa persoalan yang belum muktamad yang berhubung dengan hukum syarak.
Selain itu, unit ini berperanan dalam menguruskan program-program yang berkaitan dengan fatwa termasuk kajian dan penyelidikan, penerangan, penyiaran serta pengeluaran fatwa.

Di samping itu, unit ini juga terlibat dalam mengurusetiakan penganjuran program-program berbentuk kursus, wacana, bengkel, dan seminar berkaitan hukum, kemasyarakatan, dan isu-isu semasa.

Selaras dengan kaitan unit ini dengan fatwa dan hukum, maka unit ini terlibat dengan proses Pengisytiharan Solat Jumaat bagi Pembinaan Masjid Baharu, Surau Diri Jumaat (SDJ) dan Surau Ta`adud Jumaat (STJ) dalam negeri Perak.

Beberapa Jawatankuasa berkait rapat dengan tugasan unit ini seperti Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, Jawatankuasa Kajian dan Penyelidikan Fatwa dan Anggota Haiah al-Ulama.

Unit Istinbat juga bertindak menyelaraskan Fatwa dan hukum dengan pelbagai agensi kefatwaan persekutuan dan negeri seperti Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dan Agensi Fatwa negeri-negeri.

Unit Buhuth dan Istitabah- Tugas dan Tanggungjawab
Unit ini berfungsi melaksanakan urusan Mesyuarat Pengawasan Pengajaran dan syarahan agama negeri Perak dalam hal hal pengurusan pentauliahan kepada mereka yang berkelayakan secara terancang dan teratur.

Di samping itu, unit ini juga terlibat dalam mengurusetiakan penganjuran program-program berbentuk kursus, wacana, bengkel, seminar dan pengkaderan belia.

Di samping itu, unit ini berfungsi bagi mengendalikan program berkaitan istitabah sepertimana yang diarahkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Proses istitabah merangkumi runding cara, pembuatan laporan, pemantauan kepada klien serta penganjuran kursus kepada para panel yang terlibat.

Unit ini bertindak sebagai urus setia kepada mesyuarat pemilihan tokoh Maal Hijrah, Jawatankusa-jawatankusaa yang dianggotai oleh mufti yang bertindak sebagai ahli dalam mana-mana jawatankuasa.

Cetak Emel