Piagam Pelanggan
Kami berikrar dengan izin Allah untuk :
- Memastikan semua kertas kerja permohonan/isu yang diterima, dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa.
- Mengurus Permohonan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perak / Tauliah Khas Penceramah Profesional / Kebenaran Mengajar Al-Quran Negeri Perak.
- Mengendalikan proses runding cara penasihatan akidah bagi setiap permohonan pengisytiharan bukan Islam.
- Menyelesaikan pengukuran arah kiblat yang lengkap permohonannya dalam tempoh 15 hari bekerja.
- Menyediakan takwim solat yang lengkap untuk rujukan masyarakat 2 bulan sebelum masuk tahun masihi berikutnya.
- Melaksanakan cerapan Hilal pada setiap akhir bulan Hijri.
- Menguruskan penerbitan 10 artikel ilmiah setahun.
- Memuat naik video rakaman program dalam media rasmi jabatan dalam tempoh 14 hari bekerja berdasarkan polisi jabatan.
- Mengemaskini maklumat laman web jabatan atau media sosial rasmi dalam tempoh 4 hari berkerja selepas program.
Piagam Pelanggan terbaharu ini berkuatkuasa mulai 15 Oktober 2026. Harap maklum.
Tags: SPLaSK Tag





