Accessibility Tools

Skip to main content

Jawatankuasa Falak Negeri Perak

Latar Belakang

Antara tugas dan tanggungjawab Jabatan Mufti Negeri Perak adalah untuk menerbitkan takwim ibadah bagi negeri Perak pada setiap tahun hijriah. Disamping itu, jabatan ini turut berperanan menentukan dan mengesahkan arah kiblat serta menyelesaikan masalah berkaitan dengan ilmu falak.

Jawatankuasa Falak Negeri Perak

Mesyuarat Jawatankuasa Falak Negeri Perak akan bersidang 3 kali setahun. Ianya dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Timbalan Mufti Negeri Perak, manakala ahli bagi mesyuarat ini terdiri daripada Ahli Akademik, Tokoh Agama atau Ilmu Falak, Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Perak, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Institut Tanah Ukur Negara dan Kolej Komuniti.

Fungsi Jawatankuasa Falak Negeri Perak

  • Mengesahkan dan memperakui takwim waktu ibadah umat Islam;
  • Membincangkan isu dan hal hukum syarak yang berkaitan dengan bidang falak ataupun astronomi;
  • Menentukan dan membincangkan mengenai perihal urusan cerapan rasmi dan kenampakan hilal (anak bulan) bagi penentuan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah;
  • Memberi nasihat dan pandangan mengenai aktiviti falak yang diadakan di negeri Perak.

Asas Pertimbangan

  1. Isu-isu berbangkit yang berkaitan ilmu falak akan dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Falak Negeri Perak untuk perlaksanaan atau sebagai rujukan Mesyuarat Jawatankuasa Falak Negeri Perak.
  2. Jabatan Mufti Negeri Perak berperanan mengeluarkan taqwim hijri waktu ibadah solat bagi Negeri Perak. Oleh demikian, pengesahan data dan maklumat yang berkaitannya perlu disemak serta diakui oleh Jawatankuasa Falak Negeri Perak sebelum ianya diguna dan diterbitkan.
  3. Jawatankuasa ini terlibat secara tidak langsung dalam mencadangkan dan memantau aktiviti falak serta kajian di Baitulhilal, Pantai Pasir Panjang, Seg.
Adakah ruang menunggu di kaunter selesa, kemas dan bersih?

Jabatan Mufti Negeri Perak
Tingkat 5, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.

Telefon : 05-2545332
: 05-2419694
Emel : muftiperak[at]perak[dot]gov[dot]my
White Text Links
Kembali ke Atas