Accessibility Tools

Skip to main content

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak

| Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004

BAHAGIAN III - PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA, JAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN KEPENTINGAN NASIONAL

Seksyen 35. Jawatankuasa Fatwa.

(1) Maka hendaklah ada suatu jawatankuasa bernama Jawatankuasa Fatwa.

(2) Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada:-

  1. Mufti, sebagai Pengerusi;
  2. Timbalan Mufti;
  3. dua orang anggota Majlis yang arif dalam Hukum Syarak yang dinamakan oleh Majlis;
  4. seorang pegawai daripada Jabatan Agama Islam Perak yang layak dan sesuai yang dinamakan oleh Pengarah Jabatan itu;
  5. tidak kurang daripada dua orang dan tidak lebih daripada lima orang yang layak dan sesuai yang arif dalam Hukum Syarak yang hendaklah dilantik oleh Majlis; dan
  6. seorang pegawai daripada Jabatan Mufti yang dilantik oleh Majlis, yang hendaklah menjadi Setiausaha.

(3) Mana-mana orang yang, sebaik sebelum seksyen ini mula berkuat kuasa, menjadi anggota Jawatankuasa Syariah yang ditubuhkan di bawah Enakmen terdahulu hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (4), disifatkan telah dinamakan atau dilantik menjadi anggota Jawatankuasa Fatwa sehingga habis tempoh pelantikannya di bawah Enakmen yang terdahulu.

(4) Subseksyen (3) tidak terpakai bagi mana-mana orang, kecuali Mufti, yang menjadi anggota Jawatankusa Syariah yang disebut dalam subseksyen (3) atas nama jawatan.

(5) Jawatankusa Fatwa boleh, tertakluk kepada Enakmen ini, memutuskan segala persoalan yang berhubungan dengan tatacara dan amalannya.

Adakah ruang menunggu di kaunter selesa, kemas dan bersih?

Jabatan Mufti Negeri Perak
Tingkat 5, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.

Telefon : 05-2545332
: 05-2419694
Emel : muftiperak[at]perak[dot]gov[dot]my
White Text Links
Kembali ke Atas