Accessibility Tools

Skip to main content

Bahagian Maktabah

BhgMaktabah

Tugas dan Tanggungjawab

Unit Penerbitan dan Perpustakaan

FUNGSI UNIT PENERBITAN :
Unit Penerbitan bertanggungjawab dalam pengurusan bahan bercetak terbitan Jabatan termasuk merancang, menyelaras dan menerbit. Mendapatkan statistik maklumat serta bahan ilmiah dari penyelaras bahagian bagi kandungan penerbitan seperti Buku Laporan Tahunan, majalah, buku dan pamplet. Turut berperanan dalam merangka dan menyediakan bahan penerbitan bagi hebahan digital seperti kenyataan rasmi Mufti sebagai penjelasan isu-isu semasa, artikel dan kenyataan akhbar yang berkaitan.

FUNGSI UNIT PERPUSTAKAAN :
Unit Perpustakaan bertanggungjawab dalam perancangan dan pengurusan pembelian buku bahan penerbitan terkini bagi perpustakaan Jabatan serta membantu menyelenggara perolehan bahan-bahan penerbitan luar yang diterima. Unit ini juga membantu mengenalpasti isu-isu semasa yang berkaitan Jabatan daripada akhbar-akhbar dan media massa.


Unit Teknologi Maklumat dan Multimedia

FUNGSI UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT :
Unit Teknologi Maklumat berperanan dalam merancang dan menyelenggara sistem aplikasi bagi menyokong operasi dan aktiviti jabatan serta mengendali dan mengurus perolehan bekalan, perkhidmatan dan pengurusan projek ICT Jabatan Mufti Negeri Perak. Selain itu, unit ini menyediakan dan menguruskan rangkaian seperti capaian Internet dan Intranet, serta memberi bimbingan dalam pembangunan laman web/portal.

FUNGSI UNIT MULTIMEDIA :
Unit Multimedia berfungsi sebagai unit sokongan yang menyediakan perkhidmatan audio dan visual bagi keperluan perihal korporat, aktiviti dan majlis rasmi jabatan. Unit ini juga berfungsi membantu mengintegrasikan informasi dengan teknologi serta mengaplikasikan maklumat agar penyampaian lebih efektif dan berkesan.
Adakah ruang menunggu di kaunter selesa, kemas dan bersih?

Jabatan Mufti Negeri Perak
Aras 6, Menara SSM Perak,
Jalan Basco Kepayang 1,
Basco Avenue,
31400 Ipoh, Perak.

Telefon : 05-2545332
fax : 05-2419694
Emel : muftiperak[at]perak[dot]gov[dot]my
White Text Links
Kembali ke Atas