Skop Tugas Bahagian Fatwa Klik sini! |
Objektif | |
1. Menjalankan kajian dan menyediakan sumber maklumat dan rujukan sebagai panduan kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak bagi pembuatan fatwa. 2. menyediakan jawapan dan panduan kepada masyarakat terhadap sebarang perkara berkaitan hukum, isu semasa dan perselisihan secara tuntas serta efisien. 3. memproses dan menjalankan permohonan tauliah mengajar agama Negeri Perak mengikut peruntukan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 dan Peraturan-peraturan Pengawasan Pengajaran Agama Islam 2013 dengan cekap, teratur dan kualiti. |
Unit Istinbat dan Penerangan- Tugas dan Tanggungjawab |
Unit ini berfungsi menguruskan perihal pembuatan fatwa melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan program yang berkaitan dengan fatwa atas apa-apa persoalan yang belum muktamad yang berhubung dengan hukum syarak. Selain itu, unit ini berperanan dalam menguruskan program-program yang berkaitan dengan fatwa termasuk kajian dan penyelidikan, penerangan, penyiaran serta pengeluaran fatwa. Di samping itu, unit ini juga terlibat dalam mengurusetiakan penganjuran program-program berbentuk kursus, wacana, bengkel, dan seminar berkaitan hukum, kemasyarakatan, dan isu-isu semasa. Selaras dengan kaitan unit ini dengan fatwa dan hukum, maka unit ini terlibat dengan proses Pengisytiharan Solat Jumaat bagi Pembinaan Masjid Baharu, Surau Diri Jumaat (SDJ) dan Surau Ta`adud Jumaat (STJ) dalam negeri Perak. Beberapa Jawatankuasa berkait rapat dengan tugasan unit ini seperti Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, Jawatankuasa Kajian dan Penyelidikan Fatwa dan Anggota Haiah al-Ulama. Unit Istinbat juga bertindak menyelaraskan Fatwa dan hukum dengan pelbagai agensi kefatwaan persekutuan dan negeri seperti Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dan Agensi Fatwa negeri-negeri. |
Unit Buhuth dan Istitabah- Tugas dan Tanggungjawab |
Unit ini berfungsi melaksanakan urusan Mesyuarat Pengawasan Pengajaran dan syarahan agama negeri Perak dalam hal hal pengurusan pentauliahan kepada mereka yang berkelayakan secara terancang dan teratur. Di samping itu, unit ini juga terlibat dalam mengurusetiakan penganjuran program-program berbentuk kursus, wacana, bengkel, seminar dan pengkaderan belia. Di samping itu, unit ini berfungsi bagi mengendalikan program berkaitan istitabah sepertimana yang diarahkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Proses istitabah merangkumi runding cara, pembuatan laporan, pemantauan kepada klien serta penganjuran kursus kepada para panel yang terlibat. Unit ini bertindak sebagai urus setia kepada mesyuarat pemilihan tokoh Maal Hijrah, Jawatankusa-jawatankusaa yang dianggotai oleh mufti yang bertindak sebagai ahli dalam mana-mana jawatankuasa. |