Tujuan
Polisi ini diwujudkan bagi menetapkan peraturan dan prosedur untuk mengakses ke Bilik Server, Jabatan Mufti Negeri Perak.
Skop
Bilik Server, Jabatan Mufti Negeri Perak merupakan kawasan akses yang terhad. Kebenaran hanya diberikan kepada kakitangan Unit Teknologi Maklumat, Jabatan Mufti Negeri Perak yang memerlukan akses dengan kekerapan yang tinggi untuk menggunakan Bilik Server. Kakitangan dikehendaki mengisi Buku Daftar Pelawat Bilik Server JMNPK bagi mendapatkan akses ke Bilik Server dan permohonan tersebut perlu mendapat kelulusan dari Pentadbir Bilik Server.
Penyata Dasar
Hanya satu prosedur yang telah ditetapkan bagi mengakses ke Bilik Server iaitu Daftar Pelawat. Daftar pelawat ini dikhususkan untuk kakitangan Unit Teknologi Maklumat, Jabatan Mufti Negeri Perak, kontraktor atau kakitangan perkhidmatan yang dibenarkan. Prosedur yang ditetapkan adalah seperti berikut:

- Daftar Pelawat
- Pelawat diklasifikasikan sebagai kakitangan Unit Teknologi Maklumat, Jabatan Mufti Negeri Perak atau kontraktor atau kakitangan perkhidmatan lain yang dibenarkan memasuki Bilik Server dengan diiringi kakitangan yang mentadbir Bilik Server. Pelawat dikehendaki mengisi buku Daftar Pelawat yang mengandungi butiran keluar/masuk Bilik Server termasuk nama, nombor kad pengenalan, jabatan/syarikat, tarikh masuk, masa masuk, tarikh keluar, masa keluar, tujuan, tandatangan pelawat dan tandatangan pengiring.
Penguatkuasaan
Setiap individu yang memerlukan akses ke Bilik Server perlu mematuhi segala polisi yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan bilik server.