| KUALA KANGSAR, 15 Oktober 2025 - Prof. Dato’ Dr. Wan Sabri bin Wan Yusof, Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar berbesar hati meraikan para pelajar-pelajar pondok yang merupakan peserta-peserta Bengkel Pengukuhan Media Sosial Kerjasama Lima Wilayah Pattani dan Negeri Perak Tahun 2025. Pertemuan yang berlangsung di Auditorium, Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar itu telah serba sedikit memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai latar belakang pengajian yang terdapat di sini. Pelbagai ilmu dan nasihat yang telah dikongsikan oleh Prof. Dato’ Dr. Wan Sabri bin Wan Yusof kepada para peserta. Semoga perkongsian dan nasihat yang telah disampaikan itu memberi manfaat kepada para peserta untuk dibawa bila pulang ke pusat pengajian masing-masing.
|
Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.