TAIPING, 26 November - Raikan Falak! Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Perak meneruskan aktiviti di peringkat sekolah dengan memenuhi jemputan dari Sekolah Kebangsaan Bendang Siam, Changkat Jering Taiping. Program dimulakan dengan ceramah Falak yang telah disampaikan oleh AF Ustaz Mohamad Faizal bin Jani, Ketua Bahagian Falak pada jam 8.30 pagi. Pendedahan asas falak termasuk tayangan imej objek-objek samawi serta aktiviti Bahagian Falak amat menarik perhatian para pelajar. Beberapa orang pelajar juga berjaya menjawab beberapa soalan dalam sesi "Ustaz tanya, murid jawab".

Sila layari Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak untuk maklumat lanjut.


Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.

Print Email

THAILAND, 20 November - Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Perak telah menganjurkan satu program Rehlah Falak dan Bengkel TOT Penentuan Arah Kiblat di Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Pattani, Thailand pada hari Khamis 20 November 2025 bersamaan 29 Jamadilawal 1447. Bengkel ini dilaksanakan sebagai memanfaat hubungan dua hala di antara pentadbiran Jabatan Mufti Negeri Perak dengan pentadbiran Majlis Agama Islam Wilayah Pattani. Seramai lebih 40 orang peserta telah terlibat dalam program ini yang terdiri daripada tenaga pengajar, imam dan pelajar di wilayah ini.

Sila layari Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak untuk maklumat lanjut.


Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.

Print Email

SURABAYA, 22 November - Majlis Silaturrahim Mufti Negeri Perak selaku Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak bersama Idarah Wustha JATMAN, Jawa Timur telah diadakan pada 22 November 2025 bermula jam 11.45 pagi.

Sila layari Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak untuk maklumat lanjut.


Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.

Print Email

PUTRAJAYA, 12 November- Mesyuarat JK Falak Negeri Perak telah berlangsung dengan jayanya selama dua hari di Zenith Hotel Putrajaya. Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Timbalan Mufti Negeri Perak, SS Dato' Haji Zamri bin Hashim ini telah dihadiri oleh semua ahli iaitu Timbalan Pengarah Ukur Negeri Perak, Tuan Sr Mohd Rosli bin Ab Rahman, Pensyarah Universiti Malaya, Dr. Raihana binti Abdul Wahab, Pen. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Ustaz Norhanizam bin Mohamed Tajuddin, Pengerusi Maahad Tahfiz dan Kemukjizatan Quran, Dr. Mohd. Fahmi bin Abdul Khir, Yang Dipertua Persatuan Peminat Ilmu Falak Islam Negeri Perak, En. Mahruzaman bin Misran dan Ketua Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Perak, Ustaz Mohamad Faizal bin Jani.

Sila layari Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak untuk maklumat lanjut.


Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.

Print Email

YALA, 8 November- Sekitar Muzakarah Ahli Sunnah Waljamaah Nusantara dengan tema "Memperkasakan Ahli Sunnah Waljamaah" anjuran bersama Jabatan Mufti Negeri Perak dan Majlis Agama Islam Wilayah Yala, Thailand.

Sila layari Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak untuk maklumat lanjut.


Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.

Print Email