| THAILAND, 20 November - Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Perak telah menganjurkan satu program Rehlah Falak dan Bengkel TOT Penentuan Arah Kiblat di Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Pattani, Thailand pada hari Khamis 20 November 2025 bersamaan 29 Jamadilawal 1447. Bengkel ini dilaksanakan sebagai memanfaat hubungan dua hala di antara pentadbiran Jabatan Mufti Negeri Perak dengan pentadbiran Majlis Agama Islam Wilayah Pattani. Seramai lebih 40 orang peserta telah terlibat dalam program ini yang terdiri daripada tenaga pengajar, imam dan pelajar di wilayah ini.
|
Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.