TAIPING, 26 November - Raikan Falak! Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Perak meneruskan aktiviti di peringkat sekolah dengan memenuhi jemputan dari Sekolah Kebangsaan Bendang Siam, Changkat Jering Taiping. Program dimulakan dengan ceramah Falak yang telah disampaikan oleh AF Ustaz Mohamad Faizal bin Jani, Ketua Bahagian Falak pada jam 8.30 pagi. Pendedahan asas falak termasuk tayangan imej objek-objek samawi serta aktiviti Bahagian Falak amat menarik perhatian para pelajar. Beberapa orang pelajar juga berjaya menjawab beberapa soalan dalam sesi "Ustaz tanya, murid jawab".

Sila layari Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak untuk maklumat lanjut.


Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.

Cetak Emel