Program Pendidikan Ilmu Falak dan Kursus Muhadharah Ilmiah bersama S.F Tuan Guru Baba Haji Ghazali bin Ahmad Al-Fathani.
KUALA KANGSAR, 6 Januari 2023: Satu program Liqa' Fikri bersama Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Dan Mufti Negeri Perak telah berjaya dilaksanakan di Auditorium Universiti Sultan Azlan Shah. Salah satu intipati program tersebut adalah larangan ahli politik untuk menyampaikan ucapan atau mengadakan akiviti di masjid dan surau di Perak dilaksanakan bagi memastikan umat Islam tidak berpecah belah.
Menurut ucapan Mufti Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah menitahkan larangan aktiviti politik di rumah ibadat untuk memastikan masjid dan surau menjadi medan penyatuan umat Islam. Beliau juga menekankan perbezaan dan itu pasti dilalui oleh mana-mana masyarakat Muslim. Namun selesai pilihan raya kita kena kembali kepada asal usul umat ini, kita mesti bersatu padu.
Mufti juga berkata rakyat perlu bersatu-padu untuk melupakan perbezaan politik itu ialah masjid dan surau sepertimana titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang ingin memelihara perpaduan, merapatkan semula hubungan maka dilarang politik kepartian di masjid dan surau.
Hadir sama pada program itu, Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), Datuk Nooh Gadot sebagai panel manakala Felo Pengajian Islam Oxford dan Ahli Lembaga Pengarah USAS, Datuk Afifi Al-Akiti sebagai moderator.
Sultan atau pemerintah berperanan sebagai ulil amri yang menjadi tonggak kepada usaha memelihara perpaduan negara.