TAMBUN, 13 Mac 2024 - Mufti Perak, SS Dato’ Seri Haji Wan Zahidi bin Wan Teh hari ini telah menghadiri Majlis Pecah Tanah Pembinaan Masjid Baharu 2 Briged di Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja Kem Syed Putra. Majlis disempurnakan oleh Jeneral Tan Sri Dato' Muhammad Hafizuddeain bin Jantan,Panglima Tentera Darat. Kerja-kerja pembersihan tapak telah dimulakan 6 Oktober lalu manakala penetapan arah kiblat telah dilaksanakan oleh Bahagian Falak Jabatan Mufti Perak. |
Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.