seminarfalak1 IPOH, 9 Julai - Seminar Falak Peringkat Negeri Perak 2024 telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 9 hingga 10 Julai 2024 bertempat di Casuarina@Meru, Ipoh. Pembentang pertama iaitu S.F Ustaz Hanafiah bin Abdul Razak, Panel Pakar Falak JAKIM dan pembentang kedua ialah Dr. Raihana binti Abdul Wahab, AJK Falak Negeri Perak.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh S.S Dato' Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

seminarfalak2 seminarfalak3 seminarfalak4

Sumber: Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Print Email

bengkelinfografik1 IPOH, 27 Jun - Telah berlangsungnya sebuah program yang diberi nama Bengkel Pemurnian Infografik Soal Jawab Agama Jabatan Mufti Negeri Perak. Program yang telah berlangsung selama tiga hari dari 25 hingga 27 Jun 2024 bertempat di Casuarina@Meru telah menghimpunkan asatizah untuk berkongsi idea dan pendapat mengenai infografik yang akan dipaparkan di media sosial rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak.

Majlis amat berbesar hati kerana Sahibus Samahah Dato' Seri Haji Wan Zahidi Bin Wan Teh, Mufti Kerajaan Negeri Perak sudi merasmikan majlis ini dengan jayanya, Beliau juga turut berkongsi beberapa perkara dan seterusnya mencambahkan lagi idea untuk mencapai matlamat bengkel ini.

Sepanjang tiga hari bengkel berlangsung, para asatizah telah membentang kertas kerja mengikut bidang masing-masing. Oleh yang demikian pelbagai idea dan ilmu dapat diterjemahkan demi menghasilkan infografik yang padat dan mudah difahami oleh umum kelak.

Akhir sekali, Sahibus Samahah Dato' Haji Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak telah berbesar hati menyampaikan ucapan penutup untuk bengkel ini. Majlis seterusnya diakhiri dengan sesi bergambar dan bersurai.

bengkelinfografik2 bengkelinfografik3 bengkelinfografik4

Sumber: Bahagian Maktabah, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Print Email

ziarahyadim1 PUTRAJAYA, 14 Jun - "Usaha dan tanggungjawab dakwah yang memberi kekuatan kepada saya untuk terus berkhidmat," ujar SS Dato' Seri Hj Wan Zahidi bin Wan Teh, Mufti Kerajaan Negeri Perak dalam petikan ucapan balas semasa siri Ziarah Mahabbah ke Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini. Kunjungan ini turut disertai oleh Ketua Penolong Mufti, Tuan Hj Kamaruddin bin Adam, Penolong Ketua Unit Buhuth, Ustaz Hafiz bin Baharom, Ketua Unit Multimedia, Ustaz Zainuddin bin Muhammad dan Encik Mohamad Ridzuan bin Noorman.

Rombongan tiba diperkarangan Blok D, Kompleks Islam Putrajaya pada kira-kira jam 3 petang telah disambut oleh Yang DiPertua YADIM, Y.Bhg. Datuk Hasanuddin bin Mohd Yunus serta beberapa pegawai YADIM. Seterusnya rombongan dibawa ke Pejabat YADIM yang berada di Aras 4 kompleks berkenaan bagi mendengar taklimat fungsi dan tanggungjawab institusi YADIM oleh Yang DiPertuanya sendiri. Turut hadir semasa sesi tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM dan Pengarah YADIM Negeri Perak.

Siri Ziarah Mahabbah ini dilaksanakan bagi mewujudkan kolaborasi yang lebih efektif dalam melaksanakan beberapa perancangan aktiviti pada masa yang akan datang. Demikian antara hasrat dan harapan kedua belah pihak agar gerakan dakwah terus berjalan di bumi Malaysia.

ziarahyadim2 ziarahyadim3 ziarahyadim4

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.

Print Email

mesyuarattokohmaalhijrah1 PUTRAJAYA, 14 Jun - Mesyuarat Pemilihan Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak telah berlangsung di Dewan Mesyuarat, Pejabat Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Mesyuarat yang dihadiri seramai 3 orang panel ini dipengerusikan oleh SS Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan, Dato’ Seri Hj Wan Zahidi Bin Wan Teh. Beberapa nama calon telah diteliti, dibincangkan dan disenarai pendek untuk dipersembahkan kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak bagi mendapatkan perkenan.

mesyuarattokohmaalhijrah2 mesyuarattokohmaalhijrah3 mesyuarattokohmaalhijrah4

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.

Print Email

taklimatgarispanduan6.1 BUKIT MERAH, 10 Jun - Program Taklimat Garis Panduan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perak (Siri 6) telah berlangsung pada 10 Jun 2024 bertempat di Dewan Sebarau, Bukit Merah Laketown Resort, Simpang Empat Semanggol, Perak

taklimatgarispanduan6.2 taklimatgarispanduan6.3 taklimatgarispanduan6.4

Sumber: Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Print Email