1 TAMBUN, 13 Mac 2024 - Mufti Perak, SS Dato’ Seri Haji Wan Zahidi bin Wan Teh hari ini telah menghadiri Majlis Pecah Tanah Pembinaan Masjid Baharu 2 Briged di Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja Kem Syed Putra.

Majlis disempurnakan oleh Jeneral Tan Sri Dato' Muhammad Hafizuddeain bin Jantan,Panglima Tentera Darat.

Kerja-kerja pembersihan tapak telah dimulakan 6 Oktober lalu manakala penetapan arah kiblat telah dilaksanakan oleh Bahagian Falak Jabatan Mufti Perak.
1 2 3

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.

Print Email

1 SEGARI, 10 MAC 2024 - Program rukyah hilal telah menjadi satu program rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak sejak dulu lagi dengan kehadiran lebih 500 orang jemputan khas dan masyarakat setempat. Program bermula usai solat Asar dengan sesi bacaan Tahlil yang diketuai oleh Imam Masjid Daerah Manjung. Sebagai pengisian utama program kali ini, Dr Ayman Al-Akiti telah dijemput untuk menyampaikan Tausiyyah Ramadhan. Beliau yang turut merupakan salah seorang daripada Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mengupas isu sahsiah kita dalam menyambut dan menerima ketibaan Ramadhan. Selepas sesi Tausiyyah Ramadhan, majlis diteruskan dengan Taklimat Kenampakan Hilal yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad Faizal bin Jani, Ketua Bahagian Falak.

Kira-kira jam 6.30 petang, semua jemputan dijemput untuk turut berada di kawasan cerapan. Satu sesi Sembang Santai Falak turut menjadi pengisian ilmu kepada semua yang hadir sementara menanti waktu matahari terbenam iaitu waktu yang yang tepat untuk memastikan anak bulan kelihatan atau tidak. Ustaz Mohd Hafiz bin Baharom dari Bahagian Fatwa telah menjadi pemudah cara Sesi Sembang Santai Falak dengan mengemukakan beberapa soalan berkaitan falak kepada ahli panel iaitu Dr Fahmi bin Abdul Khir, Ahli Jawatankuasa Falak Negeri Perak.

Selepas selesai sesi Cerapan Hilal, Sahabus Samahah Mufti Perak, Dato’ Seri Hj Wan Zahidi bin Wan Teh telah membuat Pengumuman Rasmi tentang hasil cerapan anak bulan di Baitulhilal Pantai Pasir Panjang, Segari ini. Beliau juga turut membuat pemakluman kepada Pejabat DYMM Sultan Perak dan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Hasil cerapan hilal pada petang tersebut ialah Hilal Tidak Kelihatan di Baitulhilal Pantai Pasir Panjang, Segari.

Bahagian Falak selaku urusetia utama program ini mengucapkan terima kasih kepada semua jemputan yang hadir termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Orang-orang Besar Jajahan dan Ketua-ketua jabatan serta diharap program ini memberikan kesan dan impak yang bernilai dalam perkembangan ilmu falak di Negeri Perak.
1 2 3

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.

Print Email

1 IPOH, 25 MAC 2024 - Mesyuarat Pengesahan URS bagi Perkhidmatan Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji Dan Mentauliah Perkakasan Dan Perisian Pembangunan Sistem EMufti Fasa 2 (EFatwa) Jabatan Mufti Negeri Perak telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Jabatan Mufti Negeri Perak bersama wakil pegawai dari Bahagian Pengurusan Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak serta pihak pembekal.
1 2 3

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.

Print Email

1 KAHERAH, 28 FEBRUARI 2024 - Mufti Perak, SS Dato’ Seri Haji Wan Zahidi bin Wan Teh hari ini melakukan satu kunjungan hormat ke pejabat Sheikh Al-Azhar, Al-Imam Al-Akbar Sheikh Prof. Dr. Mohammad Ahmad Thayeb. Pertemuan dua hala ini bertujuan untuk membincangkan dan memperkukuhkan kerjasama strategik berkaitan pegangan akidah ahli Sunah Wal Jamaah Aliran al-Asya'irah dan al-Maturidiyah yang menjadi tunjang kekuatan akidah di negeri Perak khususnya.

Pertemuan ini juga menjadi platform Jabatan Mufti Negeri Perak menjalinkan kerjasama berkaitan pemantapan ilmu dan kefatwaan dengan institusi terulung tersebut. Turut serta dalam pertemuan tersebut YBrs. Dr. Muhammad Yamin Ismail (JAKIM), Sahibus Saadah Tn. Hj. Kamaruddin Adam, Ketua Penolong Mufti (JMNPk), para pegawai daripada Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dan Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk).
1 2 3

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.

Print Email

1 IPOH, 7 FEBRUARI 2024 – Majlis Ramah Mesra antara Ahli Jawatankuasa Falak Negeri Perak bersama S.S Dato' Seri Wan Zahidi Bin Wan Teh, Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan telah diadakan pada 7 Februari 2024 bertempat di Hotel Casuarina @Meru, Ipoh, Perak
1 2 3

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.

Print Email