1 KUALA KANGSAR, 14 Mei 2024 - Telah berlangsungnya Majlis Ulama Ahli Sunah Wal Jamaah Siri Ke-6 bersama Al-Syeikh Dr. Jamal Faruq Al-Daqqaq Al-Azhari bertempat di Masjid Raja Permaisuri Bainun, Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar pada 14 Mei 2024.

2 3 4

Sumber: Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Print Email

1 IPOH, 14 Mei 2024 - Jabatan Mufti Negeri Perak telah melaksanakan sebuah program bertajuk Training For Trainers Nadwah Ahli Sunah Wal Jamaah Negeri Perak bertempat di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 13 hingga 14 Mei 2024.

  Program ini dimulakan dengan ucapan aluan daripada S.S. Dato' Haji Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak dan diteruskan dengan pembentangan pertama daripada Prof. Dr. Jamal Farouk Jibril Mahoud (al Daqqaq), Mantan Dekan Kuliah Dakwah, Universiti al-Azhar, Mesir.

  Antara penceramah jemputan adalah Dr. Mohamad Ayman al-Akiti (AJK Fatwa Negeri Perak), S.F. YM Ustaz Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali(AJK Fatwa Negeri Perak), S.F. Kiyai Haji Muhammad Idrus bin Ramli, Dr. Abdullaah bin Jalil, S.F. Ustaz Khairuddin bin Mohd Saman, S.F. Ustaz Ahmad Hafiz bin Mohd Alwi al-Bakaniyy dan moderator iaitu Ustaz Ahmad Hafiz bin Mohd Rozmizi.

  Majlis Penutup bagi program ini dirasmikan oleh S.S. Dato' Seri Haji Wan Zahidi bin Wan Teh, Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan.
2 3 4

Sumber: Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Print Email

1 IPOH, 09 Mei 2024 - Sebuah taklimat eksekutif mengenai Garis Panduan Syarahan Agama Islam telah berlangsung di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh pada 9 Mei 2024 yang dihadiri oleh Orang Besar Jajahan (OBJ) Negeri Perak, Ketua Balai Polis Daerah serta Pegawai Tadbir Agama Daerah di Negeri Perak

2 3 4

Sumber: Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Print Email


1 IPOH, 12 Mei 2024 - Muqabalah Mahabbah Dan Sesi Penyampaian Watikah Pemegang Tauliah Mengajar (Agama Islam) Negeri Perak Tahun 2024 (Sesi Profesional) telah berlangsung pada 12 Mei 2024, di Bilik Mesyuarat MAIPk, Kompleks Islam Darul Ridzuan

Para Penerima Tauliah adalah seperti berikut :
1. YDH. Toh Tan Dewa Paduka
    Prof Dato' Dr. Haji Wahinuddin Bin Haji Sulaiman
   (Kesihatan dan Perubatan)
2. YBhg. Dato' Dr. Haji Zakaria Bin A. Kadir
    (Kesihatan dan Perubatan)
3. Ybhg. Dr. Yahya Bin Mat Som
    (Motivasi dan Psikologi)
4. SAC Luqman Bin Abdul Rahman
    (Keselamatan)
5. En. Lim Jooi Soon
    (Dakwah dan Tarbiah)
6. En. Mahruzaman Bin Misran
    (Falak)
2 3 4

Sumber: Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Print Email

1 GOPENG, 08 Mei 2024 - Telah berlangsungnya sebuah Program Akademi Kepimpinan Al-Fatih (AKAF) Negeri Perak Tahun 2024 (Siri 1) selama 3 hari di Rock Garden & Himalaya Camping Resort,Gopeng.

Jabatan Mufti Negeri Perak mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Diharapkan program seperti ini dapat memberi manfaat kepada semua.
2 3 4
5 6 7

Sumber: Bahagian Maktabah, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Print Email