PUTRAJAYA, 14 Jun - Mesyuarat Pemilihan Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak telah berlangsung di Dewan Mesyuarat, Pejabat Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Mesyuarat yang dihadiri seramai 3 orang panel ini dipengerusikan oleh SS Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan, Dato’ Seri Hj Wan Zahidi Bin Wan Teh. Beberapa nama calon telah diteliti, dibincangkan dan disenarai pendek untuk dipersembahkan kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak bagi mendapatkan perkenan.
BUKIT MERAH, 10 Jun - Program Taklimat Garis Panduan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perak (Siri 6) telah berlangsung pada 10 Jun 2024 bertempat di Dewan Sebarau, Bukit Merah Laketown Resort, Simpang Empat Semanggol, Perak
Sumber: Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Perak.
BAGAN DATUK, 6 Jun - Program Bedah Buku Menelusuri Nilai Pendidikan Dalam Surah Maryam Anjuran Jabatan Mufti Negeri Perak Dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah berlangsung pada 6 Jun 2024 bertempat di Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk
Sumber: Bahagian Maktabah, Jabatan Mufti Negeri Perak.
GERIK, 4 Jun - Program Taklimat Garis Panduan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perak telah berlangsung pada 4 Jun 2024 bertempat di Dewan Persidangan Majlis Daerah Gerik
Sumber: Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Perak.