1 TAIPING, 30 April 2024 - Telah berlangsungnya sebuah program ilmiah yang diberi nama Program Bedah Buku Menelusuri Nilai Pendidikan Dalam Surah Maryam di Dewan Arif Budiman, PPD Larut Matang & Selama.
Program ini dihadiri oleh guru-guru Pendidikan Agama Islam di sekitar daerah-daerah dalam Negeri Perak iaitu seramai 150 orang guru. Kuliah penuh telah disampaikan oleh penulis buku tersebut iaitu YBhg. Prof. Dr. Marzuqi bin Abdul Rahim, Pensyarah Kanan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Bahagian Maktabah, Jabatan Mufti Negeri Perak mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Diharapkan program seperti ini dapat memberi manfaat kepada semua.
1 2 3

Sumber: Bahagian Maktabah, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Print Email