• Home
  • News and Activities
IPOH, 26 Oktober- Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Perak telah menerima jemputan untuk Program Kiblat dan Cerapan Matahri Sempena Kem Ibadah di SK Kg. Pasir Putih, Ipoh Perak. Program ini diadakan bermula 9.30 pagi hingga 1.00 tengah hari dan disertai oleh 75 orang pelajar dan 10 orang guru. Program turut dimeriahkan dengan aktiviti melihat suar matahari (solar flare), aktiviti melihat tompok hitam matahari (sunspot), dan cerapan bulan. Pihak Jabatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada SK Kg. Pasir Putih atas jemputan program ini.

Sila layari Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak untuk maklumat lanjut.


Sumber: Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Print Email