Kami berikrar dengan izin Allah untuk :
- Memaklumkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dalam tempoh 10 hari bekerja.
- Memastikan semua kertas kerja permohonan/isu yang diterima, dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa pada suku tahun yang berkenaan.
- Urus Setia Pentauliahan Guru-Guru Agama Islam Negeri Perak sekali setahun.
- Memproses permohonan mahkamah bagi melaksanakan runding cara Istitabah dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan surat.
- Menyelesaikan pengukuran arah kiblat yang lengkap permohonannya dalam tempoh 12 hari bekerja.
- Menyediakan takwim solat yang lengkap untuk rujukan masyarakat 2 bulan sebelum masuk tahun masehi berikutnya.
- Melaksanakan cerapan Hilal pada setiap akhir bulan Hijri.
- Menguruskan penerbitan 10 artikel ilmiah setahun.
- Memuat naik video rakaman program dalam media rasmi jabatan dalam tempoh 14 hari bekerja.
- Mengemaskini maklumat laman web jabatan dan media sosial rasmi dalam tempoh 3 hari berkerja selepas program.
Piagam Pelanggan terbaharu ini bermula Januari 2022 dan telah digugurkan nombor bilangan piagam yang pertama (1) mengikut keputusan Mesyuarat Pengurusan Jabatan Mufti Negeri Perak pada 31/7/2023. Harap maklum.