|
IPOH, 13 APRIL 2023: Program World Quran Hour Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bersama Agensi Pentadbiran Agama Islam Negeri Perak telah berlangsung di Dewan Bankuet, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Program ini adalah kerjasama bersama Agensi Pentadbiran Agama Islam Negeri Perak seperti Jabatan Mufti Negeri Perak, Jabatan Agama Islam Perak, Jabatan Kehakiman Syariah Perak, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (Zakat Perak-MAIPk) |
Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim menghuraikan pengertian surah al Insan pada sesi tadabbur sempena World #QuranHour. Berkongsi nilai Surah Al-Insan sempena program World #QuranHour di sini, beliau berkata, kuasa dan kedudukan itu hanyalah pinjaman di dunia semata-mata bagi menguji tahap keimanan seseorang mukmin terhadap ALLAH. Beliau berkata, pengertian dalam Surah Al-Insan ayat 1 hingga 31 yang dipilih pada tahun ini boleh dijadikan inspirasi paling besar bagi semua penjawat awam. Katanya, surah itu juga relevan dalam keadaan sifat kemanusiaan seperti kasih sayang dan amanah dalam pekerjaan semakin kering dan kontang. "Dari ayat pertama lagi, sekiranya penjawat awam itu berpangkat tinggi, jangan sombong. Kalau kita berpangkat biasa, kita boleh menyaingi pangkat tinggi dengan meletakkan kedudukan kita di akhirat," katanya. |
Program World #QuranHour yang masuk tahun ketiga dijayakan Pejabat Mufti Perak itu disertai lebih 300 pegawai dan kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Agensi Agama Islam Negeri. Hadir sama, Ketua Hakim Syarie Perak, Datuk Ab Rahman Thobroni Mohd Mansor dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Datuk Nor Sham Rahman. Penganjuran tahun ini lebih bermakna kerana dapat bekerjasama dengan pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Usaha ini akan teruskan pada tahun-tahun akan datang dalam skala lebih besar untuk membudayakan mengaji dan mengkaji ayat-ayat al-Quran di semua peringkat masyarakat negeri ini. Program berakhir sekitar jam 1 petang.
|
Jabatan Mufti Negeri Perak.
|
SEGARI, 31 MAC 2023: Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk) telah menganjurkan Program Cerapan Bulan Bersama SMKA Kerian Tahfiz Model Ulul Albab di Baitul Hilal |
Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak.
|
IPOH - Jabatan Mufti Negeri Perak telah menganjurkan Bengkel Pelaksanaan “Job Description” Di Dalam Sistem HRMIS dimana bengkel yang dikoordinasikan oleh Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan ini telah diadakan di Bilik Latihan Komputer, Hub Inovasi & Multimedia, Digital Perak Corporation Holdings pada 30 Mac 2022. Ianya dikhaskan kepada semua pegawai dan anggota Jabatan Mufti Perak yang dipertanggungjawabkan untuk mengimput data ke dalam modul yang berkaitan di dalam sistem HRMIS. 2 orang penceramah jemputan dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah mengendalikan bengkel pada kali ini. |
Objektif bengkel ini adalah bagi memantapkan peratusan input data dari semua pegawai dan anggota Jabatan Mufti Negeri Perak disamping mengenal pasti permasalahan dan cabaran dalam penggunaan sistem HRMIS yang sedia ada dari segi aspek modul, aplikasi, teknikal dan capaian.
Seramai 23 peserta terdiri daripada pegawai dan anggota dari jabatan ini telah mengikuti dan berjaya menamatkan bengkel pada kali ini dengan jayanya. Bengkel berakhir dengan sesi soal jawab di antara penceramah HRMIS dan peserta bengkel di dalam menyelesaikan segala kemusykilan berkaitan sistem HRMIS.
Sumber: Bahagian Pentadbiran, Jabatan Mufti Negeri Perak.
|
SEGARI, 12 APRIL - : Majlis Rukyah Hilal Ramadan 1442H / 2021M telah diadakan dengan jayanya di Baitul Hilal, Pantai Pasir Panjang, Segari pada Isnin 29 Syabaan 1442H bersamaan 12 April 2021M. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah YDH Toh Seri Bijaya Leftenan Kol. (Bersara) Dato’ Shaharudin Bin Haji Nazari, Orang Besar Jajahan Manjung, Tuan Sharul Azam Bin Shaari, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak dan S.F. Dato’ Haji Mohd Yusop bin Haji Husin, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak. |
Majlis bermula pada 5.30 petang dengan bacaan tahlil dan doa yang dibimbing oleh A.F. Ustaz Ahmad Khairul Nizam bin Ahmad Tarmizdi, Pegawai Bahagian Fatwa. Setelah selesai bacaan tahlil, majlis diteruskan lagi dengan ceramah khas yang telah disampaikan oleh A.F. Ustaz Muhammad Faris bin Muhammad Ismi, Ahli Jawatankuasa Penyelidikan dan Kajian Fatwa Negeri Perak. Kemudian Taklimat Kenampakan Hilal Ramadan 1442H telah disampaikan oleh A.F. Ustaz Mohamad Amri Alhusni bin Mohamad Dasuki, Penolong Pegawai Falak Jabatan Mufti Negeri Perak.
Setelah Taklimat Kenampakan Hilal selesai para tetamu dan Ahli Jawatankuasa Rukyah melaksanakan aktiviti rukyah iaitu melihat anak bulan dengan menggunakan peralatan teleskop yang telah disediakan oleh pihak Jabatan Mufti Negeri Perak dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Negeri Perak. Apabila aktiviti rukyah hilal selesai setelah anak bulan terbenam, S.S. Dato’ Haji Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti mewakili S.S. Mufti Negeri Perak telah mengumumkan bahawa hilal tidak kelihatan dan melaporkan kepada Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja Malaysia. Majlis diteruskan dengan solat Maghrib, jamuan makan malam, solat Isyak secara berjemaah dan berakhir setelah para tetamu menikmati jamuan minum malam selepas solat sunat Tarawih secara berjemaah. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua urus setia dan tetamu yang terlibat menjayakan Majlis Rukyah Hilal Ramadan 1442H pada kali ini.
Sumber: Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak.
|
IPOH, 5 APRIL : Satu Bengkel Arah Kiblat telah dianjurkan oleh Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Perak bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Perak . Kursus yang berlangsung selama setengah hari itu melibatkan seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada para juru ukur dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Perak juga sebahagiannya terdiri dari ahli Persatuan Peminat Ilmu Falak Islam Perak (PPIFIP) . Kursus tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia S.S. Dato Hj.Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak. |
Pada jam 9.00 pagi bagi sesi yang pertama bertajuk Isu-Isu Fiqh dalam Penentuan Arah Kiblat telah disampaikan oleh S.F. Ustaz Mohamad Faizal bin Jani Pegawai Falak di Jabatan Mufti Negeri Perak yang telah mengupas secara ringkas berkaitan arah kiblat dalam perspektif Islam dan ilmu Falak yakni dari sudut kewajiban seseorang muslim itu menghadap kiblat dalam melakukan ibadah solat, penyembelihan dan juga ketika hendak mengebumikan jenazah di tanah perkuburan. Dan pada pukul 11.00 pagi pula bermula sesi yang kedua bertajuk Prosedur Penentuan dan Pengesahan Arah Kiblat yang telah dilaksanakan oleh Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Perak. Pada kali ini S.F. Ustaz Mohamad Faizal memberi penerangan kepada para peserta berkaitan prosedur permohonan arah kiblat sehinggalah selesai iaitu sehingga sijil dikeluarkan. Antara prosedur-prosedur permohonan tersebut ialah mendapatkan sokongan dari Pegawai Tadbir Daerah, surat kebenaran membina dan meroboh dari pihak Jabatan Agama Islam Perak dan pelan tapak sekiranya ada. Sesi yang kedua ini berakhir pada pukul 12.30 tengahari setelah selesai sesi soal peserta dan Ustaz Faizal bin Jani.
Majlis berakhir pada jam 12.30 tengahari dan para peserta bersurai setelah menjamu selera yang telah disediakan oleh pihak urusetia. Ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam Bengkel yang telah diadakan di Masjid Sultan Azlan Shah Jalan Diary, Ipoh.
Sumber: Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak.
|
SERI ISKANDAR, 29 MAC : Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan, Jabatan Mufti Negeri Perak telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Corruption Risk Assesment (CRA) Dan Organisational Anti Corruption Plan (OACP ) yang dianjurkan pada 29 hingga 31 Mac 2021 bertempat di D’Hotel, Seri Iskandar. |
Seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan dan daripada kumpulan Pelaksana telah diberi pendedahan dan pemahaman serta merangka, menyedia, membangun dan melaksanakan OACP.
Bengkel ini telah dikendalikan oleh Puan Halimah binti Md. Shariff (bekas Ketua Cawangan Penyelidikan Dan Pembangunan Modul di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya dan telah dirasmikan oleh Yang Berbahagian SS Dato’ Haji Zamri bin Hashim.
Sumber: Bahagian Pentadbiran, Jabatan Mufti Negeri Perak.
|
IPOH, 29 April - Satu program penentuan dan pengesahan arah kiblat telah dijalankan di Istana Firuz, No 1, Jalan Lumba Kuda, 30250 Ipoh, Perak Darul Ridzuan bermula jam 9.00 pagi. |
Program ini telah dilaksanakan oleh Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak dan antara yang terlibat adalah Ustaz Mohamad Faizal b. Jani, Ustaz Nor Izwan b. Hamdan dan Ustaz Mohd Tajuddin b. Che Din.
Sumber: Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak.
|
PANTAI PASIR PANJANG, 23 April - Satu program cerapan telah dilaksanakan di Baitul Hilal, Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Bharu, Segari pada jam 6.00 petang. Walaubagaimanapun hasil Rukyah mendapati bahawa Hilal tidak kelihatan kerana faktor cuaca (hujan) pada petang tersebut. |
Merujuk kepada Resolusi Muzakarah Khas Jawatankuasa MKI memutuskan bahawa Majlis Rukyah Hilal perlu diteruskan ketika dalam tempoh PKP ini. Oleh itu, Jabatan Mufti Negeri Perak telah melaksanakan Majlis Rukyah Hilal Ramadan pada petang Khamis 23 April 2020.
Jabatan ini amat berterima kasih kepada YB Tuan Mohd Akmal bin Kamarudin, Exco Agama Islam dan Penerangan Negeri Perak Darul Ridzuan turut hadir pada majlis tersebut. Jabatan ini mengucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Pelapor dan Urus Setia Bahagian Falak yg hadir selamat menjalankan tugas dan tetap mengamalkan langkah2 keselamatan bagi mencegah wabak COVID-19.
Sumber: Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak.
|
IPOH, 31 Mac - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memperkenankan pelantikan 7 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak yang baharu. Mereka terdiri daripada YB Dato’ Saarani b Mohamad, YB Dato’ Shahrul Zaman b Yahya, YB Dato’ Dr Wan Norashikin bt Wan Noordin, YB Dato’ Abdul Yunus b Jamhari, YB Dato’ Nolee Ashilin bt Mohammed Radzi, YB Tuan Hj Razman b Zakaria dan YB Ustaz Mohd Akmal b Kamarudin. |
Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkenaan telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di hadapan DYMM Paduka Seri Sultan Perak di Istana Kinta, hari ini. Media Mufti Perak telah berjaya mendapatkan temubual daripada wakil Jabatan Mufti Negeri Perak iaitu Ustaz Hafiz b Sulaiman. “Saya bagi pihak seluruh warga kerja jabatan ini ingin menyampaikan ucapan penghargaan dan tahniah kepada semua Exco kerajaan Negeri Perak yang baharu,” ujar beliau yang merupakan Ketua Bahagian Maktabah iaitu bahagian yang bertanggungjawab menyelaraskan semua informasi dan maklumat jabatan ini.
Semoga dengan pelantikan ini akan terus memacu kejayaan dan kecemerlangan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Sumber: Bahagian Maktabah, Jabatan Mufti Negeri Perak.
|
IPOH, 29 April 2019 – A program Workshop Book "Introduction to Jurisprudence", organized by the Perak Mufti Department has been held successfully. It was held at the Sultan Azlan Shah Mosque, Ipoh. The speaker invited to this program is Associate Professor Dr. Irwan b Mohd Subri, Director of the Global Fatwa Research and Research Institute (INFAD). |
A total of 150 participants attended the course. They are comprised of Perak religious lecturers, participants from Tahfiz, INTIM, Islamic education teachers, NRDs and staff from various agencies who have come to study the introductory course of introductory proposal of Fiqh. It is hoped that this program will have a positive impact and impact on the participants so that they can apply Islamic values in this country.
Source: Information Resources Unit, Maktabah Division, Perak Mufti Department.