Pencapaian Piagam Pelanggan Jabatan Mufti Negeri Perak Bagi Tahun 2025
(Januari 2025)

Kami berikrar dengan izin Allah untuk:

Bil. Piagam Pelanggan
Pengukuran Pencapaian Peratusan / Pencapaian Terkini
1. Memastikan semua kertas kerja permohonan/isu yang diterima, dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa pada suku tahun yang berkenaan. 4 kali Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa bagi tahun semasa.

Tiada Mesyuarat

2. Mengurus Permohonan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perak Proses pengurusan Pentauliahan merangkumi fasa-fasa berikut:
i.Fasa Pertama:
  -Penerimaan dan semakan lengkap
    borang permohonan.

ii.Fasa Kedua:
  -Ujian bertulis

iii.Fasa Ketiga:
  -Ujian Lisan

iv.Fasa Keempat:
  -Terima Sijil Tauliah

Fasa Pertama
Permohonan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perak Sesi 2025
Baharu: 21 permohonan
Mengulang:3 permohonan

3. Memproses permohonan mahkamah bagi melaksanakan runding cara Istitabah dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan surat. Jumlah permohonan melaksanakan sesi runding cara Istitabah (kembali kepada Islam).

Januari: 3 permohonan (kes) (telah menghadiri 6 kali sesi runding cara istitabah)

4. Menyelesaikan pengukuran arah kiblat yang lengkap permohonannya dalam tempoh 12 hari bekerja. Pengukuran arah kiblat adalah berdasarkan permohonan. Pengukuran arah kiblat bagi setiap permohonan akan diselesaikan dalam tempoh maksimum 12 hari dari tarikh permohonan telah diminit ke Bahagian Falak.

1. Surau Pasir Batang Kulim, Kuala Kangsar ( 8.1.2025 )
2. Masjid Taman Mas Kampung Koh, Manjung ( 13.1.2025 )
3. Madrasah Maahad Zakaria, Kampung Gajah (15.01.2025)
4. Surau Datuk Hasbullah, Balai Bomba Gerik (16.1.2025)
5. Musolla 23 glove (M) Sdn. Bhd. Ipoh (6.1.2025)
6. Surau UPSI URCC, Tanjung Malim, Muallim (20.1.2025)
7. Surau Pusat Pelajar Universiti Teknologi Petronas, Seri Iskandar (21.1.2025)
8. Surau An Nuur Kampung Attaduri, Teluk Intan (26.01.2025)

5. Menyediakan takwim solat yang lengkap untuk rujukan masyarakat 2 bulan sebelum masuk tahun masehi berikutnya.

Proses penyediaan takwim solat terbahagi kepada:-

Pra-bengkel:
1) Penyediaan template

Bengkel:
1) Pemindahan data
2) Penukaran format
3) Semakan pertama
4) Semakan terakhir
5) Pengesahan

Pasca-bengkel:
1) Hebahan

Penyusunan Takwim Solat 2026 bermula pada bulan Mei 2025

6. Melaksanakan cerapan Hilal pada setiap akhir bulan Hijri. 12 kali cerapan Hilal bulan Hijri. 8.33%
1) 29 & 30 Januari 2025 (Rabu & Khamis) – Cerapan Rukyah Hilal Syaaban1446H
7. Menguruskan penerbitan 10 artikel ilmiah setahun. Mengeluarkan artikel - artikel ilmiah berkaitan fatwa, falak dan isu - isu semasa. Tiada Artikel bagi Bulan Januari
8. Memuat naik liputan program dalam media rasmi jabatan dalam tempoh 14 hari bekerja. Berdasarkan permintaan / program / isu yang diminta oleh pihak jabatan. Bilangan : 11 Liputan
9. Mengemaskini maklumat laman web jabatan dan Facebook rasmi dalam tempoh 3 hari berkerja selepas program. Berdasarkan permintaan / program seperti yang dinyatakan di taqwim jabatan dan isu - isu semasa. Jumlah pengemaskinian maklumat web = 7 permohonan
Jumlah post Facebook = 19

Cetak Emel