Pencapaian Piagam Pelanggan Jabatan Mufti Negeri Perak Bagi Tahun 2022
(Mac 2022)

Kami berikrar dengan izin Allah untuk:

Bil. Piagam Pelanggan
Pengukuran Pencapaian Peratusan / Pencapaian
1. Memaklumkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dalam tempoh 10 hari bekerja. Selepas Mesyuarat Jawatan Kuasa Fatwa (4 kali setahun).

Tiada Mesyuarat

2. Memastikan semua kertas kerja permohonan/isu yang diterima, dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa pada suku tahun yang berkenaan. Semasa Mesyuarat Jawatan Kuasa Fatwa diadakan.

(Jumlah kertas kerja/permohonan diterima).

3. Urus Setia Pentauliahan Guru-Guru Agama Islam Negeri Perak sekali setahun Melaksanakan peperiksaan tauliah terhadap calon-calon yang memohon sekali setiap tahun.

Tiada peperiksaan.

4. Memproses permohonan mahkamah bagi melaksanakan runding cara Istitabah dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan surat. Jumlah permohonan melaksanakan sesi runding cara Istitabah (kembali kepada Islam).

Tiada permohonan diterima dan tiada sesi Istitabah.

5. Menyelesaikan pengukuran arah kiblat yang lengkap permohonannya dalam tempoh 12 hari bekerja. Pengukuran arah kiblat adalah berdasarkan permohonan. Pengukuran arah kiblat bagi setiap permohonan akan diselesaikan dalam tempoh maksimum 12 hari dari tarikh permohonan telah diminit ke Bahagian Falak.

9 Pengukuran:

(1) 1 Mac di Surau Kampung Orang Asli Bangkong, Ulu Slim, Slim River
(2) 2 Mac di Surau Stesen Minyak Shell AG Family, Teluk Intan
(3) 2 Mac di Surau Stesen Minyak Petron Srang Tiong, Teluk Intan
(4) 7 Mac di Surau Al-Huda Wal Bushra, Kg. Sg. Parit, Manjung
(5) 8 Mac di Surau Darul Ulum, Kg. Tengah, Taiping
(6) 9 Mac di Wisma Majlis Perbandaran Kuala Kangsar
(7) 23 Mac di SRAR Al-Hidayah, Kg. Sungai Itek, Kampar
(8) 24 Mac di Surau Pej. Risda Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar
(9) 29 Mac di Kolej Komuniti Gerik

6. Menyediakan takwim solat yang lengkap untuk rujukan masyarakat 2 bulan sebelum masuk tahun masehi berikutnya.

Proses penyediaan takwim solat terbahagi kepada:-

Pra-bengkel:
1) Penyediaan template

Bengkel:
1) Pemindahan data
2) Penukaran format
3) Semakan pertama
4) Semakan terkahir

Pasca-bengkel:
1) Hebahan

16.67 % - Penyediaan template waktu solat 2023 telah selesai pada 4 Mac 2022

7. Melaksanakan cerapan Hilal pada setiap akhir bulan Hijri. 12 kali cerapan Hilal bulan Hijri.

25 % - 3 Mac - Cerapan Hilal Syaaban 1443H

8. Menguruskan penerbitan 10 artikel ilmiah setahun. Mengeluarkan artikel - artikel ilmiah berkaitan fatwa, falak dan isu - isu semasa. 1 artikel: Persediaan menjadi tetamu Ramadhan
9. Memuat naik video rakaman program dalam media rasmi jabatan dalam tempoh 14 hari bekerja. Berdasarkan permintaan / program / isu yang diminta oleh pihak jabatan. (i) Siri Mudarasah Kitab Bersama Timbalan Mufti Perak (29 Siri)
(ii) 3x Soal Jawab Agama di Perak FM
(iii) 4x Kuliah Falak – Kitab Manzhumah Manazil Al-Qamar
(iv) 1x Executive Talk: Aliran Pemikiran Semasa oleh Timbalan Mufti Perak
(v) 1x Mesyuarat AJK Fatwa (simpanan).
10. Mengemaskini maklumat laman web jabatan dan media sosial rasmi dalam tempoh 3 hari berkerja selepas program. Berdasarkan permintaan / program seperti yang dinyatakan di taqwim jabatan dan isu - isu semasa. Jumlah permohonan maklumat web = 6 permohonan
Jumlah post Facebook = 69

Cetak Emel