Pencapaian Piagam Pelanggan Jabatan Mufti Negeri Perak Bagi Tahun 2024
(September 2024)

Kami berikrar dengan izin Allah untuk:

Bil. Piagam Pelanggan
Pengukuran Pencapaian Peratusan / Pencapaian Terkini
1. Memastikan semua kertas kerja permohonan/isu yang diterima, dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa pada suku tahun yang berkenaan. 4 kali Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa bagi tahun semasa.

2 kali 50%
(1) Mesyuarat Fatwa Kali Ke-234 pada 29 April-1 Mei 2024
(2) Mesyuarat Fatwa Kali Ke-235 pada 28 Julai - 30 Julai 2024

2. Mengurus Permohonan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perak Proses pengurusan Pentauliahan merangkumi fasa-fasa berikut:
i.Fasa Pertama:
  -Penerimaan dan semakan lengkap
    borang permohonan.

ii.Fasa Kedua:
  -Ujian bertulis

iii.Fasa Ketiga:
  -Ujian Lisan

iv.Fasa Keempat:
  -Terima Sijil Tauliah

Fasa ke-3 - 75%
Permohonan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perak Tahun 2024
Baharu: 174 permohonan
Mengulang:149 permohonan

Selesai menduduki ujian lisan khas: 10 Calon

Penyambungan tempoh sah Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perak mulai 2 April 2024 hingga 1 April 2029 (5 tahun) = 940 pemegang tauliah.

Sebanyak 2158 Sijil Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perak telah dikeluarkan sehingga 31 Ogos 2024.

3. Memproses permohonan mahkamah bagi melaksanakan runding cara Istitabah dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan surat. Jumlah permohonan melaksanakan sesi runding cara Istitabah (kembali kepada Islam).

Februari: 1 permohonan (1 kali runding cara istitabah)
Mac: 1 permohonan (kes) (telah menghadiri 3 kali sesi runding cara istitabah)
Mei: 2 permohonan (kes) (telah menghadiri 6 kali sesi runding cara istitabah)
Jun: 2 permohonan (kes) (telah menghadiri 5 kali sesi runding cara istitabah)
Julai: 1 permohonan (kes) (telah menghadiri 1 kali sesi runding cara istitabah)
Ogos: 0 permohonan (kes) (0 sesi runding cara istitabah)
September: 0 permohonan (kes) (0 sesi runding cara istitabah)

4. Menyelesaikan pengukuran arah kiblat yang lengkap permohonannya dalam tempoh 12 hari bekerja. Pengukuran arah kiblat adalah berdasarkan permohonan. Pengukuran arah kiblat bagi setiap permohonan akan diselesaikan dalam tempoh maksimum 12 hari dari tarikh permohonan telah diminit ke Bahagian Falak.

1)11.9.2024 Surau Al-Solihin
2)12.9.2024 Surau Al-Barokah,Taman Beringin
3)17.9.2024 Surau Al-Hidayah Parit Mat Keling,Bagan Serai
4)18.9.2024 Masjid Kg. Pasir Puteh

5. Menyediakan takwim solat yang lengkap untuk rujukan masyarakat 2 bulan sebelum masuk tahun masehi berikutnya.

Proses penyediaan takwim solat terbahagi kepada:-

Pra-bengkel:
1) Penyediaan template

Bengkel:
1) Pemindahan data
2) Penukaran format
3) Semakan pertama
4) Semakan terakhir

Pasca-bengkel:
1) Hebahan

Peringkat Semakan Terakhir- 83.33%

6. Melaksanakan cerapan Hilal pada setiap akhir bulan Hijri. 12 kali cerapan Hilal bulan Hijri. 66.6%
1) 12 Januari 2024 ( Jumaat ) – Cerapan Rukyah Hilal Rejab 1445H
2) 10 Februari 2024 (Sabtu) - Cerapan Rukyah Hilal Syaaban 1445H
3) 10 Mac 2024 (Ahad) - Cerapan Rukyah Hilal Ramadan 1445H
4) 9 April 2024 (Selasa) - Cerapan Rukyah Hilal Syawal 1445H
5) 9 Mei 2024 (Khamis) - Cerapan Rukyah Hilal Zulkaedah 1445H
6) 7 Jun 2024 (Jumaat) - Cerapan Rukyah Hilal Zulhijjah 1445H
7) 6 Julai 2024 (Sabtu) - Cerapan Rukyah Hilal Muharam 1446H
8) 5 Ogos 2024 (Isnin) - Cerapan Rukyah Hilal Safar 1446H
9) 4 September 2024 (Rabu) – Cerapan Rukyah Hilal Rabiulawal 1446H
7. Menguruskan penerbitan 10 artikel ilmiah setahun. Mengeluarkan artikel - artikel ilmiah berkaitan fatwa, falak dan isu - isu semasa. 1) Penentuan sesuatu organisasi sebagai Islam untuk dilantik sebagai amil zakat
2) Ekstrimisme menurut ahli sunah waljamaah
3) Puasa Arafah : Penyatuan Umat Lebih Utama Daripada Perselisihan Fiqh
8. Memuat naik liputan program dalam media rasmi jabatan dalam tempoh 14 hari bekerja. Berdasarkan permintaan / program / isu yang diminta oleh pihak jabatan. Bilangan : 25 Liputan
9. Mengemaskini maklumat laman web jabatan dan Facebook rasmi dalam tempoh 3 hari berkerja selepas program. Berdasarkan permintaan / program seperti yang dinyatakan di taqwim jabatan dan isu - isu semasa. Jumlah pengemaskinian maklumat web = 6 permohonan
Jumlah post Facebook = 38

Cetak Emel