TANJUNG MALIM, 25 OKTOBER 2017 – Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk) dengan kerjasama Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) dan Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah Muallim telah berjaya menganjurkan Kursus Penentuan Arah Kiblat semalam. Ia telah diadakan di Auditorium INSTUN dan diurus setiakan oleh Bahagian Falak JMNPk dan Bahagian Ukur dan Pemetaan INSTUN. Objektif kursus ini ialah untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kefahaman kepada peserta kursus mengenai teori dan kaedah penentuan arah kiblat. | |
Penceramah yang dipilih oleh penganjur ialah A.F. Ustaz Mohamad Faizal Bin Jani, Pegawai Falak dari Jabatan Mufti Negeri Perak. Kursus ini telah disertai oleh 100 orang peserta dari sekitar daerah Muallim yang terdiri dari Pegawai Masjid, Jawatankuasa Kariah, guru-guru sekolah, pegawai dan kakitangan jabatan atau agensi kerajaan, pelajar institusi pengajian tinggi awam serta orang awam. Kursus ini telah mendapat perhatian dan sokongan yang memberansangkan daripada peserta serta meningkatkan ilmu pengetahuan mereka. Diharapkan kursus seumpama ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang. |
Sumber: Unit Pusat Sumber, Bahagian Maktabah JMNPK