Accessibility Tools

Skip to main content

Majlis Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah

Majlis Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah
Latihan MyGovUC 2.0

KUALA KANGSAR, 12 JUN 2023 – Sekitar program Majlis Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah bersama Syeikh Dr. Ahmad Mamdouh yang berlangsung di Masjid Tuanku Bainun, Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Program bermula jam 10:30 pagi dengan sesi pendaftaran dan diikuti ketibaan Dif-Dif Jemputan. Tajuk ceramah utama oleh Syeikh Dr. Ahmad Mamdouh (Ahli Majlis Fatwa Mesir) adalah "Bagaimana Usuli Memahami Masalah Bidaah. Manakala penterjemahan oleh Al-Fadhilah al-Shaykh Mohd Nazrul Bin Hj. Abd Nasir Al-Azhari, Mudir Zawiyah Nasiriyyah, Kedah. Program berakhir jam 1:00 petang.

Baca selanjutnya …Majlis Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah

  • Hits: 111

Pengenalan kepada Kecerdasan Buatan (AI)

Pengenalan kepada Kecerdasan Buatan (AI)
Latihan MyGovUC 2.0

IPOH, 13 JULAI 2023 – Kursus Pengenalan kepada Kecerdasan Buatan (AI) telah berlangsung di Perak Digital Hub, Meru, Ipoh di mana ianya telah disertai oleh semua pegawai dan kakitangan Jabatan Mufti Negeri Perak. Program ini telah dikendalikan oleh Bahagian Maktabah, Jabatan Mufti Negeri Perak. Prof. Mohamed Imran Bin Mohamed Ariff, Pensyarah, UiTM Perak Branch, Kampus Tapah telah dijemput sebagai penceramah dan pembimbing bagi program tersebut. Program tersebut bagi tujuan memberi pendedahan kepada para pegawai dan kakitangan Jabatan ini tentang kaedah Kecerdasan Buatan (AI).

Program bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 5 petang. Di antara topik-topik yang telah diperjelaskan oleh penceramah adalah seperti Teknologi dan Teknik AI, Aplikasi AI dalam sektor kerajaan, AI dalam pentadbiran Islam dan trend dan peluang masa depan AI. Semoga program seperti ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh jabatan ini dalam meningkatkan tadbir urus dan proses membuat keputusan serta dapat meneroka peluang dan cabaran AI dalam sistem pentadbiran khususnya.

Baca selanjutnya …Pengenalan kepada Kecerdasan Buatan (AI)

  • Hits: 120

"Bulan Dipagari Awan"

"Bulan Dipagari Awan"
Latihan MyGovUC 2.0

PARIT BUNTAR, 1 OGOS 2023 - “Bulan dipagari awan”, begitu ungkapan para petugas Bahagian Falak ketika program Cerapan Bulan Penuh di Masjid Tebuk Haji Musa, Parit Buntar. Program kerjasama di antara Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak dengan Pengurusan Masjid Tebuk Haji Musa ini telah berjaya menarik minat kira-kira 100 orang jemaah termasuk wanita dan kanak-kanak..

Program dimulakan dengan kuliah Maghrib Khas yang telah disampaikan oleh AF Ustaz Mohd Hafiz bin Sulaiman, Ketua Bahagian Maktabah yang juga anak jati qariah masjid ini. Beliau mengupas tentang ayat-ayat kauniyyah yang menyatakan tentang kejadian objek samawi yang harus dijadikan sebagai fenomena rujukan dan kajian yang berteraskan ibadah kita sebagai umat Islam. Kejadian siang dan malam serta pergerakan dan peredaran objek di langit merupakan salah satu tanda keAgungan Allah serta kaitannya secara langsung dengan pelaksaan ibadah umat Islam.

Usai solat Isyak, para jemaah yang hadir telah diperkenalkan dengan beberapa peralatan yang digunakan untuk menjalankan aktiviti cerapan bulan penuh. Sesi cerapan ini diketuai oleh AF Ustaz Mohamad Faizal bin Jani, Ketua Bahagian Falak. Sebanyak 5 buah teleskop pelbagai jenis telah dipasang untuk sesi cerapan tersebut di antaranya ialah teleskop MEADE ETX 80, MEADE LX200, SHARPSTAR 100mm dan ORION 80mm.

Walaupun pada awal sesi cerapan, awan menutupi bulan namun sekitar jam 10 malam, Allah memberi rezeki kepada para pengunjung untuk menatapi keindahan bulan melalui teleskop yang telah disediakan. Rata-rata pengunjung yang berpeluang mencerap bulan melalui teleskop menyatakan bahawa ini merupakan pengalaman pertama serta pengalaman yang amat bermakna. Program sebegini dilihat sebagai salah satu kaedah pendekatan pendidikan falak kepada masyarakat secara langsung.

Baca selanjutnya …"Bulan Dipagari Awan"

  • Hits: 79

Malam Kemuncak Maulid Agong Alam Melayu 2023

Malam Kemuncak Maulid Agong Alam Melayu 2023
Latihan MyGovUC 2.0

KUALA KANGSAR, 13 OGOS 2023 - Satu program yang diberi nama Maulid Agung Alam Melayu anjuran jabatan ini telah diadakan di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar dengan kerjasama USAS, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar dan beberapa agensi lain. Program yang julung kali diadakan ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dengan ucap utama oleh SS Mufti Negeri Perak, Dato' Hj. Wan Zahidi bin Wan Teh dan selesai sepenuhnya pada kira-kira jam 12.00 malam.

Beberapa pengisian yang telah berjaya dilaksanakan sepanjang program berlangsung seperti sesi Pembacaan Manaqib, sesi forum Muzakarah Warisan Bangsa, Perarakan Berselawat Berbusana Melayu, Bacaan Surah Yaasin dan Tahlil serta acara kemuncak diisikan dengan Bacaan Al-Quran, Qasidah, Selawat dan Tausiah Khas yang disampaikan oleh Syeikh Rohimuddin Nawawi Al-Bantani.

Baca selanjutnya …Malam Kemuncak Maulid Agong Alam Melayu 2023

  • Hits: 112

Program Bedah Buku Ajaib Al-Makhluqat Wa Ghara’ib Al-Maujudat

Program Bedah Buku Ajaib Al-Makhluqat Wa Ghara’ib Al-Maujudat
Latihan MyGovUC 2.0

KUALA KANGSAR, 16 OGOS 2023 - Program Bedah Buku Ajaib Al-Makhluqat Wa Ghara'ib Al-Maujudat telah berlangsung di Masjid Ridzwaniah, Kuala Kangsar. Dua orang pengulas iaitu Dr Mohd Fahmi bin Abdul Khir, Ahli Jawatankuasa Falak Ng Perak dan Dr Mohd Faizal bin Abdul Khir, Pensyarah Kanan USAS telah mengupas isu-isu penting yang terkandung dalam buku berkenaan.

Baca selanjutnya …Program Bedah Buku Ajaib Al-Makhluqat Wa Ghara’ib Al-Maujudat

  • Hits: 104
Adakah ruang menunggu di kaunter selesa, kemas dan bersih?

Jabatan Mufti Negeri Perak
Aras 6, Menara SSM Perak,
Jalan Basco Kepayang 1,
Basco Avenue,
31400 Ipoh, Perak.

Telefon : 05-2545332
fax : 05-2419694
Emel : muftiperak[at]perak[dot]gov[dot]my
White Text Links
Kembali ke Atas