Accessibility Tools

Skip to main content

Maktabah

Bahagian Maktabah

BhgMaktabah

Tugas dan Tanggungjawab

Unit Penerbitan dan Perpustakaan

FUNGSI UNIT PENERBITAN :
Unit Penerbitan bertanggungjawab dalam pengurusan bahan bercetak terbitan Jabatan termasuk merancang. menglaras bannyelaras dan menerbit. Mendapatkan statistik maklumat serta bahan ilmiah dari penyelaras bahagian bagi kandungan penerbitan seperti Buku Laporan Tahunan, majalah, buku dan pamplet. Turut berperanan dalam merangka dan menyedia bahan penerbitan bagi hebahan maya seperti kenyataan rasmi Mufti sebagai penjelasan isu isu semasa, artikel dan kenyataan akhbar yang berkaitan.

FUNGSI UNIT PERPUSTAKAAN :
Unit Perpustakaan bertanggungjawab dalam perancangan dan pengurusan pembelian buku bahan penerbitan terkini bagi perpustakaan Jabatan serta membantu menyelenggara perolehan bahan bahan penerbitan luar yang diterima. Unit ini juga mengenalpasti isu-isu semasa yang berkaitan Jabatan daripada akhbar-akhbar dan media massa.

Unit Teknologi Maklumat dan Multimedia

FUNGSI UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT :
Unit Teknologi Maklumat berperanan dalam merancang dan menyelenggara sistem aplikasi bagi menyokong operasi dan aktiviti jabatan serta mengendali dan mengurus perolehan bekalan, perkhidmatan dan pengurusan projek ICT Jabatan Mufti Negeri Perak. Selain itu, unit ini menyedia dan mengurus rangkaian seperti capaian Internet dan Intranet, serta memberi bimbingan dalam pembangunan laman web/portal.

FUNGSI UNIT MULTIMEDIA :
Unit Multimedia berfungsi sebagai unit sokongan yang menyediakan perkhidmatan audio dan visual bagi keperluan perihal korporat, aktiviti dan majlis rasmi jabatan. Unit ini juga berfungsi membantu mengintegrasikan informasi dengan teknologi serta mengaplikasikan maklumat agar penyampaian lebih efektif dan berkesan.
Muat Turun Tugas Maktabah Muat Turun Carta

Baca selanjutnya …Maktabah

  • Hits: 1010

Bahagian Falak

BhgFalak

Objektif

Membantu Mufti dalam menguruskan isu-isu Falak, menginstitusikan Bahagian Falak sebagai pusat rujukan, pendidikan dan penyelidikan dalam isu-isu yang berkaitan ilmu Falak serta melahirkan masyarakat celik Falak dan ahli Falak yang berkemahiran tinggi.

Tugas dan Tanggungjawab

Unit Kiblat dan Cerapan

  • Penentuan dan pengesahan arah kiblat masjid, surau, dan tanah perkuburan Islam
  • Cerapan hilal bulanan
  • Cerapan hilal rasmi (Ramadan, Syawal, Zulhijjah)
  • Laporan kenampakan hilal bulanan, matahari dan planet
  • Kajian isu falak dan syarak
  • Kajian kecerahan langit
  • Pengurusan stor peralatan falak

Unit Takwim dan Keurusetiaan

  • Penyusunan dan pengesahan takwim solat Negeri Perak
  • Perlaksanaan bengkel, kursus, seminar Pendidikan peringkat negeri dan kebangsaan
  • Urus setia Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Falak Negeri Perak
  • Urus setia Mesyuarat Pembinaan Kompleks Balai Cerap Negeri Perak
  • Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Rukyah Hilal Ramadan, Syawal, Zulhijjah
  • Pengurusan pameran falak
Muat Turun Tugas Falak Muat Turun Carta

Baca selanjutnya …Tugas Falak

Bahagian Fatwa

BhgFatwa

Objektif

  • Menjalankan kajian dan menyediakan sumber maklumat dan rujukan sebagai panduan kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak bagi pembuatan fatwa.
  • Menyediakan jawapan dan panduan kepada masyarakat terhadap sebarang perkara berkaitan hukum, isu semasa dan perselisihan secara tuntas serta efisien.
  • Memproses dan menjalankan permohonan tauliah mengajar agama Negeri Perak mengikut peruntukan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 dan Peraturan-peraturan Pengawasan Pengajaran Agama Islam 2013 dengan cekap, teratur dan kualiti.

Tugas dan Tanggungjawab

Unit Istinbat dan Penerangan

Unit ini berfungsi menguruskan perihal pembuatan fatwa melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan program yang berkaitan dengan fatwa atas apa-apa persoalan yang belum muktamad yang berhubung dengan hukum syarak.

Selain itu, unit ini berperanan dalam menguruskan program-program yang berkaitan dengan fatwa termasuk kajian dan penyelidikan, penerangan, penyiaran serta pengeluaran fatwa.

Di samping itu, unit ini juga terlibat dalam mengurusetiakan penganjuran program-program berbentuk kursus, wacana, bengkel, dan seminar berkaitan hukum, kemasyarakatan, dan isu-isu semasa.

Selaras dengan kaitan unit ini dengan fatwa dan hukum, maka unit ini terlibat dengan proses Pengisytiharan Solat Jumaat bagi Pembinaan Masjid Baharu, Surau Diri Jumaat (SDJ) dan Surau Ta`adud Jumaat (STJ) dalam negeri Perak.

Beberapa Jawatankuasa berkait rapat dengan tugasan unit ini seperti Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, Jawatankuasa Kajian dan Penyelidikan Fatwa dan Anggota Haiah al-Ulama.

Unit Istinbat juga bertindak menyelaraskan Fatwa dan hukum dengan pelbagai agensi kefatwaan persekutuan dan negeri seperti Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dan Agensi Fatwa negeri-negeri.

Unit Buhuth dan Istitabah

Unit ini berfungsi melaksanakan urusan Mesyuarat Pengawasan Pengajaran dan syarahan agama negeri Perak dalam hal hal pengurusan pentauliahan kepada mereka yang berkelayakan secara terancang dan teratur.

Di samping itu, unit ini juga terlibat dalam mengurusetiakan penganjuran program-program berbentuk kursus, wacana, bengkel, seminar dan pengkaderan belia.

Di samping itu, unit ini berfungsi bagi mengendalikan program berkaitan istitabah sepertimana yang diarahkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Proses istitabah merangkumi runding cara, pembuatan laporan, pemantauan kepada klien serta penganjuran kursus kepada para panel yang terlibat.

Unit ini bertindak sebagai urus setia kepada mesyuarat pemilihan tokoh Maal Hijrah, Jawatankusa-jawatankusaa yang dianggotai oleh mufti yang bertindak sebagai ahli dalam mana-mana jawatankuasa.

Muat Turun Tugas Fatwa Muat Turun Carta

Baca selanjutnya …Fatwa

  • Hits: 1855

Piagam Pelanggan

Kami berikrar dengan izin Allah untuk :
  1. Memastikan semua kertas kerja permohonan/isu yang diterima, dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa pada suku tahun yang berkenaan.
  2. Mengurus Permohonan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perak / Tauliah Khas Penceramah Profesional / Kebenaran Mengajar Al-Quran Negeri Perak
  3. Melaksanakan perintah mahkamah syariah untuk setiap permohonan istitabah bagi menjalani 10 sesi runding cara.
  4. Menyelesaikan pengukuran arah kiblat yang lengkap permohonannya dalam tempoh 15 hari bekerja.
  5. Menyediakan takwim solat yang lengkap untuk rujukan masyarakat 2 bulan sebelum masuk tahun masehi berikutnya.
  6. Melaksanakan cerapan Hilal pada setiap akhir bulan Hijri.
  7. Menguruskan penerbitan 10 artikel ilmiah setahun.
  8. Memuat naik video rakaman program dalam media rasmi jabatan dalam tempoh 14 hari bekerja.
  9. Mengemaskini maklumat laman web jabatan dan media sosial rasmi dalam tempoh 3 hari berkerja selepas program.
Piagam Pelanggan terbaharu ini bermula 1 Disember 2025. Harap maklum.

SPLaSK Tag

  • Hits: 687

Pengenalan

Pengenalan

Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada kerajaan-kerajaan negeri untuk mentadbir hal ehwal agama Islam. Pembahagian kuasa di antara kerajaan-kerajaan negeri dan Persekutuan ini adalah selaras dengan kuasa ketua agama di dalam negeri iaitu DYMM Sultan di negeri-negeri Melayu yang beraja. Sementara bagi negeri-negeri yang tidak beraja ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Yang di-Pertuan Agong dan Sultan-sultan mempunyai kuasa tertinggi dalam hal ehwal agama Islam di dalam negeri masing-masing. Di setiap negeri juga ditubuhkan Majlis Agama Islam yang menjadi pihak yang mempunyai kuasa utama dalam hal ehwal agama Islam dan berfungsi untuk membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong dan Sultan dalam semua perkara yang berhubung dengan agama Islam di dalam negeri masing-masing.

Bagi menentukan institusi fatwa ini berfungsi sebagaimana yang sewajarnya, kerajaan-kerajaan negeri mengasingkan pentadbiran institusi ini daripada Majlis Agama Islam Negeri atau Jabatan Agama Negeri dan Mahkamah Syariah di negeri masing-masing.

Jawatankuasa Syariah Negeri Perak merupakan satu badan yang diletakkan di bawah Majlis Agama Islam Negeri Perak. Oleh yang demikian, dalam membincangkan latarbelakang Jawatankuasa Syariah Negeri Perak ini, adalah lebih baik jika kita membincangkan terlebih dahulu sejarah penubuhan Majlis Agama Islam Negeri Perak. Ini memandangkan kedua-dua badan ini mempunyai kaitan yang rapat antara satu sama lain.

Warga Jabatan Mufti berpegang kepada LIMA NILAI BERSAMA dalam melaksanakan misinya kearah pencapaian visi yang ditetapkan, iaitu:

  • M - Masu'uliyyah: Bertanggungjawab
  • U - Ubudiyyah: Pengabdian
  • F - Faqeeh: Kejituan Ilmu
  • T - Tasamuh: Toleransi
  • I - Itqan: Ketelitian

Baca selanjutnya …Pengenalan

  • Hits: 923
Adakah ruang menunggu di kaunter selesa, kemas dan bersih?

Jabatan Mufti Negeri Perak
Aras 6, Menara SSM Perak,
Jalan Basco Kepayang 1,
Basco Avenue,
31400 Ipoh, Perak.

Telefon : 05-2545332
fax : 05-2419694
Emel : muftiperak[at]perak[dot]gov[dot]my
White Text Links
Kembali ke Atas