IPOH, 19 NOVEMBER 2017 – Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk) dengan kerjasama Masjid Solatiah, Rapat Setia Baru telah mengadakan Program Penjelasan Fatwa dan Isu Semasa malam semalam. Objektifnya ialah sebagai penjelasan dan penerangan tentang fatwa, institusi fatwa dan peranannya. Program ini juga bertujuan mengupas isu-isu semasa yang berkaitan dengan umat Islam di negara ini serta hukum hakam yang berkaitan dengannya. | |
Ahli panel bagi forum ini ialah S.S. Tuan Haji Zamri Bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak, dan S.F. Dato’ Haji Asad Bin Haji Awang, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak. Manakala moderator ialah S.F. Tuan Haji Kamaruddin Bin Adam, Ketua Penolong Mufti. Antara isu yang dibincangkan ialah isu perpaduan umat Islam di negara ini, isu aqidah yang menyeleweng serta isu perundangan yang mencakupi hal ehwal agama Islam. Program ini telah mendapat perhatian yang baik dari kira-kira 200 orang jemaah yang hadir. Diharapkan program seperti ini dapat dianjurkan lagi di masjid-masjid dalam negeri Perak. |
Sumber: Unit Pusat Sumber, Bahagian Maktabah JMNPK