Program World Quran Hour Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bersama Agensi Pentadbiran Agama Islam Negeri Perak

1 IPOH, 13 APRIL 2023: Program World Quran Hour Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bersama Agensi Pentadbiran Agama Islam Negeri Perak telah berlangsung di Dewan Bankuet, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Program ini adalah kerjasama bersama Agensi Pentadbiran Agama Islam Negeri Perak seperti Jabatan Mufti Negeri Perak, Jabatan Agama Islam Perak, Jabatan Kehakiman Syariah Perak, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (Zakat Perak-MAIPk)

Program World #QuranHour yang masuk tahun ketiga dijayakan Pejabat Mufti Perak itu disertai lebih 300 pegawai dan kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Agensi Agama Islam Negeri. Hadir sama, Ketua Hakim Syarie Perak, Datuk Ab Rahman Thobroni Mohd Mansor dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Datuk Nor Sham Rahman. Penganjuran tahun ini lebih bermakna kerana dapat bekerjasama dengan pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Usaha ini akan teruskan pada tahun-tahun akan datang dalam skala lebih besar untuk membudayakan mengaji dan mengkaji ayat-ayat al-Quran di semua peringkat masyarakat negeri ini. Program berakhir sekitar jam 1 petang.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim menghuraikan pengertian surah al Insan pada sesi tadabbur sempena World #QuranHour. Berkongsi nilai Surah Al-Insan sempena program World #QuranHour di sini, beliau berkata, kuasa dan kedudukan itu hanyalah pinjaman di dunia semata-mata bagi menguji tahap keimanan seseorang mukmin terhadap ALLAH. Beliau berkata, pengertian dalam Surah Al-Insan ayat 1 hingga 31 yang dipilih pada tahun ini boleh dijadikan inspirasi paling besar bagi semua penjawat awam. Katanya, surah itu juga relevan dalam keadaan sifat kemanusiaan seperti kasih sayang dan amanah dalam pekerjaan semakin kering dan kontang. "Dari ayat pertama lagi, sekiranya penjawat awam itu berpangkat tinggi, jangan sombong. Kalau kita berpangkat biasa, kita boleh menyaingi pangkat tinggi dengan meletakkan kedudukan kita di akhirat," katanya.
1

Jabatan Mufti Negeri Perak.

Majlis Rukyah Hilal Ramadan 1444H / 2023M

1 SEGARI, 22 MAC 2023: Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk) telah menganjurkan Majlis Rukyah Hilal Ramadan 1444H / 2023M.
1 2 3

Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Kursus Kemahiran Komunikasi Dan Bahasa Badan Persuasif

1 IPOH, 10 Mac 2023: Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk) telah menganjurkan Kursus Kemahiran Komunikasi Dan Bahasa Badan Persuasif yang dihadiri oleh 18 orang panel dan 5 orang staf Jabatan Mufti Negeri Perak dikendalikan oleh Dr Syed Faizal Sitheek Rahman dan Dr Syafiqah Nadhirah Binti Iskandar dari Syed Faizal Training & Consultant

Kursus ini dianjurkan bertujuan melatih dan membimbing kemahiran komunikasi, ilmu pengaruh dan bahasa badan para panel dalam runding cara aqidah atau sesi Istitabah terhadap pemohon yang memohon pengisytiharan bukan lagi beragama Islam di Mahkamah Syariah Negeri Perak.

Semoga usaha ini sedikit sebanyak membantu para panel menjalankan dakwah atau sesi Istitabah dengan lebih efektif dan progresif pada masa akan datang, InshaAllah.

Bengkel tiga hari ini dihadiri 15 penyelaras sumber maklumat dari pelbagai bahagian JMNPk. Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dalam penyelarasan tugas setiap bahagian bagi menghasilkan bahan-bahan terbitan yang berkualiti.
1 2 3

Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Kenyataan Sebutharga

jata

Tawaran adalah dipelawa di kalangan pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang berkaitan untuk menyertai sebut harga seperti berikut:NO SEBUT HARGA: MN.PK.SH 01/2023 - PERKHIDMATAN MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAH PERKAKASAN DAN PERISIAN BAGI PEMBANGUNAN SISTEM EMUFTI, JABATAN MUFTI NEGERI PERAK. (FASA I eKiblat - 2023) dan (FASA II eFatwa - 2024)

Penyebut harga yang berminat untuk turut serta dalam tawaran sebut harga ini, dikehendaki mendapatkan dokumen sebut harga di Jabatan Mufti Negeri Perak, Tingkat 5, Kompleks Islam, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab 30000 Ipoh Perak Darul Ridzuan.

Larangan aktiviti politik di rumah ibadat

1 KUALA KANGSAR, 6 Januari 2023: Satu program Liqa' Fikri bersama Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Dan Mufti Negeri Perak telah berjaya dilaksanakan di Auditorium Universiti Sultan Azlan Shah. Salah satu intipati program tersebut adalah larangan ahli politik untuk menyampaikan ucapan atau mengadakan akiviti di masjid dan surau di Perak dilaksanakan bagi memastikan umat Islam tidak berpecah belah.

Mufti juga berkata rakyat perlu bersatu-padu untuk melupakan perbezaan politik itu ialah masjid dan surau sepertimana titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang ingin memelihara perpaduan, merapatkan semula hubungan maka dilarang politik kepartian di masjid dan surau.

Hadir sama pada program itu, Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), Datuk Nooh Gadot sebagai panel manakala Felo Pengajian Islam Oxford dan Ahli Lembaga Pengarah USAS, Datuk Afifi Al-Akiti sebagai moderator.

Sultan atau pemerintah berperanan sebagai ulil amri yang menjadi tonggak kepada usaha memelihara perpaduan negara.

Menurut ucapan Mufti Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah menitahkan larangan aktiviti politik di rumah ibadat untuk memastikan masjid dan surau menjadi medan penyatuan umat Islam. Beliau juga menekankan perbezaan dan itu pasti dilalui oleh mana-mana masyarakat Muslim. Namun selesai pilihan raya kita kena kembali kepada asal usul umat ini, kita mesti bersatu padu.
1 2 3

Jabatan Mufti Negeri Perak.

JMNPk Asah Kemahiran Melalui Bengkel

1 TAIPING, 21 Disember 2022: Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk) telah menganjurkan Bengkel Soal Jawab Info Grafik, Penyediaan Buku Laporan Tahunan 2022 dan Dokumentari Tan Sri Harussani di Hotel Novotel Taiping.

Bengkel ini dibahagikan kepada empat sesi iaitu Bengkel Asas Penulisan Berita yang dikendalikan oleh pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) (Mohd Daly Daud), Bengkel Soal Jawab Info Grafik dan Bengkel Penyediaan Buku Laporan Tahunan 2022 (Muhammad Norhafizi Ahmad Rais) dan Bengkel Dokumentari Tan Sri Harussani (Zainuddin Mohammad).

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Ketua Bahagian Maktabah JMNPk Mohd Hafiz Sulaiman. Dalam ucapannya, beliau berharap bengkel yang dianjurkan ini dapat memberi pendedahan kepada peserta dalam menentukan kaedah dan format sesuatu bahan penulisan. Tambahnya lagi, usaha menerbitkan maklumat berkualiti perlu diteruskan bagi memberi pencerahan dan bimbingan kepada masyarakat Islam khususnya di negeri Perak

Beliau turut mengemukakan analogi peristiwa Nabi Sulaiman AS dan burung hud-hud dalam menterjemahkan maklumat penting dan berguna kepada masyarakat disamping berusaha untuk meninggikan syiar Islam di negeri Perak.

Para peserta jelas berpuashati dengan input bengkel yang diperolehi dan berharap ia dapat diteruskan pada masa akan datang.

Bengkel tiga hari ini dihadiri 15 penyelaras sumber maklumat dari pelbagai bahagian JMNPk. Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dalam penyelarasan tugas setiap bahagian bagi menghasilkan bahan-bahan terbitan yang berkualiti.
1 2 3

Bahagian Maktabah, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Pelaksanaan kegiatan Multaqo Ulama Se Asia Tenggara

1 MEDAN, INDONESIA - 1 DISEMBER 2022 - Sahibus Samahah, Mufti Negeri Perak, Malaysia, Dato’ Haji Wan Zahidi Wan Teh telah diberi penghormatan untuk memberikan ucaptama pada majlis Multaqo Ulama Se - Asia Tenggara yang dianjurkan oleh Wilayah Al Jam’iyatul Washliyah Provinsi Sumatera Utara di Hotel Madani Medan.
1 2 3 3

Bahagian Pentadbiran, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Program Simposium Pendidikan Islam: Tasawuf dan Tarekat

1 MANJUNG 29 NOVEMBER 2022 - Program Simposium Pendidikan Islam: Tasawuf dan Tarekat telah berlangsung di Dewan Khatulistiwa, UniKL MIMET, Lumut Perak, anjuran Jabatan Mufti Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Manjung, UniKL MIMET, Nahdhatul Ulama' Malaysia (NA'AM) dan Akademi Warisan Nusantara (AWAN). Program ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Sohibus Samahah Dato' Haji Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak mewakili Sohibus Samahah Mufti Perak. Simposium ini juga telah disempurnakan perasmiannya oleh YDH Toh Seri Bijaya Lt. Kol (B) Dato' Shaharudin bin Haji Nazari, Orang Besar Jajahan Manjung.

Program simposium kali ini telah membincangkan tajuk-tajuk yang menarik dan menampilkan beberapa tokoh ilmuan hebat tanah air, antaranya:

  • Slot 1 - (Kepentingan Amalan Tarekat Sebagai Penyucian Hati): Prof. Madya Dr. Muhammad Khairi Mahyuddin,Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Slot 2 - (Isu-Isu Tarekat) Dr. Muhammad Ayman Al-Akiti, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Slot 3 - (Isu-Isu Kesufian) Ustaz Muhammad Iqbal bin Zain Al-Jauhari, Pembimbing Majlis Taalim Darul Mujtaba
  • Sesi Penggulungan - Tuan Guru Ahmad Ridouddin bin Abd Wahab. Rais Am Nahdhatul Ulama' Malaysia.
  • Alhamdulillah program yang telah mendapat perhatian pelbagai pihak ini juga turut disiarkan secara langsung di laman Facebook dan Youtube rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak. Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Besarlah harapan kami agar program seperti ini dapat diadakan lagi dan akan mendapat sambutan yang lebih hebat pada masa akan datang.

    1 2 3

    Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Perak.