SEGARI - 11 JANUARI 2020 bersamaan 15 Jamadilawal 1441H: Satu program cerapan Gerhana Bulan Penumbra telah diadakan bermula jam 12.00 tengah malam hingga 4 pagi di Baitul Hilal, Pantai Pasir Panjang, Segari. |
Kehadiran peserta adalah di antara Pegawai dan Kakitangan Jabatan Mufti Negeri Perak, Ahli Jawatankuasa Persatuan Peminat Ilmu Falak Islam Perak dan Ahli-ahli Persatuan Peminat Ilmu Falak Islam Perak. Di antara aturcara program adalah seperti Solat Maghrib berjemaah, Kuliah Maghrib, Taklimat Ringkas Gerhana Bulan Penumbra, Mesyuarat Penyelarasan Persatuan Peminat Ilmu Falak Islam Perak, Solat Isyak, Makan Malam, Cerapan Langit, Persiapan utk cerapan gerhana bulan penumbra, dan 4.00 pagi cerapan selesai dijalankan.
Sumber: Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak.