IPOH - 30 JANUARI 2020 5 Jamadil Akhir 1431H: Program ini dijayakan di sekolah menengah Agama Izuddin Shah Ipoh dan seramai 134 orang penerima anugerah telah hadir bagi menerima watikah tersebut. Majlis penyampaian tauliah mengajar agama Negeri Perak ini akan diadakan sebagai mengiktiraf pada penerima tauliah dan sebagai simbolik kepercayaan kepada mereka yang menyampaikan ilmu yang sahih dan berlandaskan hukum syarak. |
Ia juga menepati tuntutan agama dan mendokong perintah Allah SWT iaitu menyampaikan ilmu. Program ini turut dihadiri oleh Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Hj Harussani Bin Hj Zakaria, Mufti Negeri Perak bersama-sama berapa orang jemputan khas. Majlis ini turut diserikan dengan Tausiah Khas yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Sohibus Samahah Datuk Paduka Syeikh Muhamad Baderudin Bin Haji Ahmad Mantan Mufti Negeri Kedah Darul Aman. Acara kemuncak bagi majlis ini adalah penyampaian watikah tauliah mengajar agama yang disempurnakan oleh Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Hj Harussani Bin Hj Zakaria, Mufti Negeri Perak.
Sumber: Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Perak.