Anda di halaman http://mufti.perak.gov.my
Sila kembali ke laman utama.
Inisiatif Identiti Digital Nasional
Pengenalan
Identiti Digital Nasional merupakan Platform Pengesahan yang dipercayai yang bertujuan untuk mengesahkan identiti di internet atau identiti virtual seseorang individu di alam siber dan tidak bertujuan untuk menggantikan MyKad. Platform pengesahan Identiti Digital adalah untuk kegunaan sektor perkhidmatan Kerajaan dan swasta khususnya bagi memenuhi keperluan untuk mengesahkan identiti individu yang mengakses perkhidmatan elektronik, melaksanakan transaksi serta tandatangan digital yang disediakan oleh mereka.
Latarbelakang
Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memastikan Malaysia mempunyai ketersediaan daripada segi lanskap digital dan infrastruktur telekomunikasi. Hasilnya, pada ketika ini 90% daripada perkhidmatan Kerajaan boleh didapati secara dalam talian, manakala kadar penembusan pengguna e-dagang adalah 61.6%. Sementara itu, didapati bahawa sebanyak 62% syarikat perniagaan melanggan perkhidmatan internet. Kajian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) merekodkan penembusan jalur lebar bagi setiap 100 penduduk di Malaysia pada kadar 121.1% untuk tahun 2018 sementara kadar penembusan selular mudah alih pula mencapai 130.2% pada masa yang sama. Ketersediaan daripada segi lanskap digital dan infrastruktur telekomunikasi adalah mustahak untuk memastikan keberkesanan transformasi digital sektor perkhidmatan, menyokong pertumbuhan ekonomi digital dan menggalakkan gaya hidup digital di kalangan rakyat secara inklusif di mana pihak SKMM telah melancarkan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) sebagai antara strategi terkini untuk menyokong pencapaian aspirasi tersebut.
Pada masa yang sama, aspek ketersediaan infrastruktur ini perlu disokong dengan aspek permintaan yang berupa kepelbagaian perkhidmatan yang menggalakkan langganan kepada infrastruktur telekomunikasi. Justeru, Inisiatif Identiti Digital Nasional menjadi langkah strategik yang memberi tambah nilai kepada perkembangan dan keperluan transformasi sektor perkhidmatan masakini yang kian beralih kepada platform digital. Secara tidak langsung, ia juga boleh menyokong inisiatif seperti Government Online Services 2.0 (GOS 2.0) oleh pihak MAMPU, Financial Sector Blueprint 2011 - 2020 oleh Bank Negara Malaysia (BNM), kegunaan elektronik Know-Your-Customer> (e-KYC) oleh sektor perbankan dan juga selaras dengan Pelan Halatuju Strategik E-Dagang Kebangsaan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Sharing Economy Roadmap oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Di peringkat wilayah dan global, Malaysia mampu menerokai perkhidmatan digital berteraskan ‘cross-border’ dengan negara-negara luar menerusi sokongan ekosistem Identiti Digital yang selamat dan terjamin.
Penyataan Masalah
Pada masa kini, pemberi perkhidmatan digital Kerajaan dan swasta menyediakan sistem pengurusan pengesahan identiti digital pelanggan masing-masing secara berasingan yang menyebabkan timbulnya masalah seperti berikut:
Objektif
Pelaksanaan platform Identiti Digital Nasional akan menyokong penyampaian perkhidmatan digital Kerajaan yang lebih efisien dan menjana pertumbuhan ekonomi digital yang inklusif serta meningkatkan keyakinan kepada penyampaian perkhidmatan digital Kerajaan dan sektor swasta. Ia dijangka akan memberikan manfaat dan impak positif kepada pelbagai pihak seperti berikut:
Pihak |
Manfaat |
RAKYAT/ PENGGUNA |
|
KERAJAAN |
|
PENYEDIA PERKHIDMATAN DIGITAL |
|
Status Terkini
Menerusi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), cadangan MCMC berkenaan pelaksanaan inisiatif Identiti Digital Nasional telah dibawa kepada Mesyuarat Jemaah Kabinet dan ia telah mendapat kelulusan Jemaah Kabinet menerusi mesyuarat bertarikh 8 Mei 2019. Kelulusan ini merangkumi persetujuan untuk KKMM menjadi agensi teraju bagi mengkoordinasi inisiatif Identiti Digital Nasional dan menerusi MCMC, kajian terperinci mengenai lanskap, model pelaksanaan, analisis kos, langkah susulan dan manfaat daripada Identiti Digital Nasional akan dikemukakan. Kajian terperinci ini akan melibatkan penyertaan dari pelbagai pihak pemegang taruh utama dan pihak industri dari sektor awam dan swasta yang dikenalpasti menjadi pendokong kepada pencapaian pelaksanaan inisiatif Identiti Digital Nasional.
Sebagai input dan sokongan kepada kajian terperinci ini, sesi pembuktian konsep Proof of Concept (PoC) untuk Identiti Digital kini sedang dilaksanakan oleh Pasukan Kerja Identiti Digital yang dipengerusikan oleh MCMC di bawah naungan Kumpulan Fokus Tematik Kluster Ekonomi Digital (DEFG), KKMM. Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dipertanggungjawabkan untuk menerajui PoC Identiti Digital bagi Sektor Awam manakala Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) melaksanakan PoC bagi Sektor Swasta.
Sumber dipetik daripada Laman Web MYGOV (UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA)
BEKERJASAMA MENOLAK KECELARUAN JANTINA TERLARANG
Jabatan Mufti Negeri Perak telah dihujani dengan pertanyaan yang bertalu-talu dari rakyat negeri ini dan luar negeri ini berkenaan apakah langkah yang jabatan ini akan lakukan terhadap ura-ura sebuah syarikat yang berkaitan dengan fesyen dan kecantikan yang akan memasarkan produknya di sebuah hotel terkenal di negeri ini pada 29 hingga 30 haribulan September lalu. Kegusaran sebahagian rakyat yang prihatin dengan perkembangan semasa merujuk kepada ikon syarikat berkenaan yang telah dikaitkan dengan dengan ikon golongan yang dipanggil celaru jantina.
Jabatan Mufti telah mengutus surat kepada Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang menjaga hal ehwal agama Islam untuk mengambil tindakan yang sewajarnya dan mengikut lunas undang-undang. Begitu juga bahagian yang berkenaan di Jabatan Agama Islam Perak telah menasihati penganjur dengan peraturan-peraturan dan garis-garis panduan yang berkaitan agar mereka mematuhi peraturan sedia ada dan mengambil langkah yang sewajarnya. Semuanya telah dilakukan dengan penuh teratur, mematuhi segala peraturan yang ada dan tidak diwar-warkan kepada umum sehinggalah peribadi-peribadi terbabit seumpama membuka pekung di dada, menyalahkan pihak itu dan pihak ini sambil mengungkit bayaran zakat dan sumbangan dermanya di negeri Perak. Rakyat umum pun marasa marah seolah-olah agensi-agensi agama tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap perkara ini sehingga ada insiatif sendiri dari gerakan massa rakyat untuk berdemontrasi secara aman sebagai menzahirkan rasa tidak puas hati mereka.
Sebagai jabatan yang tugas utamanya memberi bimbingan dan irsyad kepada kerajaan dan orang ramai, melihat asas larangan mempromosi agenda kecelaruan jantina ini ialah larangan Allah SWT terhadap perbuatan menukar jantina. Ia adalah satu menifastasi mengubah kejadian Allah SWT yang dilarang oleh Allah SWT. "Dan demi sesungguhnya, aku (syaitan) akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata. (QS al Nisa’:119)
Bahkan Rasulullah SAW melaknat golongan yang mempamerkan dan menampilkan perawakan berbeza dari jantina asal ia dijadikan . Rasulullah SAW melaknat lelaki-lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki (HR al Bukhari). Dalam hadith yang lain Rasulullah SAW melaknat lelaki yang berpakaian wanita dan wanita yang berpakaian lelaki.(HR Imam Ahmad dan al Hakim)
DIPUPUK
Di dalam satu pengakuan seorang mak nyah yang telah kembali ke pangkal jalan, beliau mengakui ada lelaki-lelaki yang mempunyai naluri wanita disebabkan banyak faktor. Beliau mengakui sendiri bahawa dirinya hanya hidup dengan ibu dan kakaknya sahaja disebabkan ayahnya telah berpisah dengan ibunya sejak kecil. Apa yang menjadi masalah menurut beliau ialah naluri itu terus dilayan dan dipupuk. Beliau sendiri telah memakan ubat-ubatan yang menggalakkan hormon kewanitaan. Namun Allah telah menyayangi beliau dan menyedarkan beliau untuk kembali ke pangkal jalan. Watak-watak sebeginilah yang masyarakat wajib membantunya ke pangkal jalan dan dia terbukti bersungguh-sungguh bertaubat.
Tetapi bagi watak-watak yang tidak serius untuk berubah bahkan mempromosi kecelaruan jantina di kalangan masyarakat maka wajib disekat oleh kerajaan dan rakyat wajar memulaukannya.
Di dalam al Quran ada ayat yang menganjurkan kita bantu membantu di dalam perkara-perkara kebajikan dan melarang kita bantu membantu di dalam perkara dosa dan permusuhan. Firman Allah SWT : Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). (QS al Maidah:2)
Sesungguh jika pihak berkuasa dan gerakan massa yang Islami sama-sama berganding bahu membenteras maksiat dan kemungkaran maka rahmat kasih sayang Allah akan sentiasa memayungi negeri ini.
Hari-hari Kelepasan Am bagi Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2018 adalah ditetapkan seperti berikut :
Hari-Hari Kelepasan Am Negeri | ||||
i) | Tahun Baru 2018 | 1 Januari | 2018 | Isnin |
ii) | Hari Thaipusam | 31 Januari |
2018 | Rabu |
iii) | Hari Nuzul Al-Quran | 2 Jun |
2018 | Sabtu |
iv) | Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan | 2 November | 2018 | Jumaat |
Hari-Hari Kelepasan Am Persekutuan | ||||
i) | Tahun Baru Cina (2 hari) |
16 dan 17 Februari | 2018 | Jumaat - Sabtu |
ii) | Hari Pekerja | 1 Mei | 2018 | Selasa |
iii) | Hari Wesak | 29 Mei | 2018 | Selasa |
iv) | Hari Raya Puasa (*) (2 hari) |
15 dan 16 Jun | 2018 | Jumaat - Sabtu |
v) | Hari Raya Qurban (*) | 22 Ogos | 2018 | Rabu |
vi) | Hari Kebangsaan | 31 Ogos |
2018 | Jumaat |
vii) | Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong | 9 September | 2018 | Ahad |
viii) | Awal Muharram (Maal Hijrah) | 11 September | 2018 | Selasa |
ix) | Hari Malaysia | 16 September | 2018 | Ahad |
x) | Hari Deepavali (*) | 6 November | 2018 | Selasa |
xi) | Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W (Maulidur Rasul) | 20 November |
2018 | Selasa |
xii) | Hari Krismas | 25 Disember | 2018 | Selasa |
Catatan :
(*) Tertakluk kepada perubahan
Peringatan :
1. Jika mana-mana Hari Kelepasan Am Negeri jatuh pada hari kelepasan mingguan maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am, dan jika hari sedemikian adalah sememangnya hari kelepasan am maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am.
2. Jika Hari Kelepasan Am itu jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu itu juga adalah merupakan Hari Kelepasan Am dan tidak akan diganti pada hari-hari yang lain.
[PSUK.PK.(BKP)(S)600-3/3/7]