Accessibility Tools

Skip to main content
Program ICT: Latihan Pengguna MyGovUC 2.0 Jabatan Mufti Negeri Perak
Latihan MyGovUC 2.0

IPOH, 13 SEPTEMBER 2023 – Jabatan Mufti Negeri Perak telah menganjurkan program Latihan Pengguna MyGovUC 2.0 di Digital Hub Perak, Meru Raya Ipoh, Perak. Program ini bertujuan untuk memberikan latihan kepada pengguna dalam menggunakan sistem MyGovUC 2.0. Latihan ini diadakan bagi memastikan pengguna dapat menguasai sistem dengan baik dan memaksimumkan kegunaannya. Penceramah jemputan pada program ini adalah Mohd Fadhilizwandie Bin Sulong, pengurus projek MyGovUC Change Management di PERNEC Integrated Network SDB BHD (MyGovUCProject).

MyGovUC 2.0 adalah perkhidmatan yang disediakan oleh MAMPU dan terbuka kepada semua agensi kerajaan di Malaysia. Ia merupakan Perkhidmatan Komunikasi dan Kolaboratif Bersepadu yang diuruskan secara berpusat. Ia menggabungkan saluran komunikasi seperti e-mel, persidangan video/audio, chat, dan Sistem Pengurusan Profil Pengguna (UPMS). Antara kelebihannya:

  1. Kemudahan akses melalui pelbagai peranti seperti desktop, laptop, dan telefon bimbit.
  2. Saluran komunikasi lengkap – e-mel, persidangan, perbualan berkumpulan, penghantaran fail besar, dan lain-lain.
  3. Keselamatan tinggi kerana dilaksanakan dalam rangkaian kerajaan dan oleh pembekal terurus.
  4. Penjimatan kos melalui pengurusan berpusat untuk semua agensi sektor awam.
Adakah ruang menunggu di kaunter selesa, kemas dan bersih?

Jabatan Mufti Negeri Perak
Tingkat 5, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.

Telefon : 05-2545332
fax : 05-2419694
Emel : muftiperak[at]perak[dot]gov[dot]my
White Text Links
Kembali ke Atas