Accessibility Tools

Skip to main content
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak
Latihan MyGovUC 2.0

IPOH, 17 JANUARI 2019 – Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah diadakan semalam. Ia bertujuan membincangkan hukum-hakam bagi isu-isu yang diutarakan oleh pihak berautoriti yang memerlukan keputusan dan penjelasan hukum.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Y.Bhg. SS. Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Haji Harussani Bin Haji Zakaria, pengerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak. Ahli-ahli jawatankuasa terdiri daripada Y.Bhg. SS. Tuan Haji Zamri Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak, Y.Bhg. Dato’ Haji Mohd Yusop Haji Husin, Pengarah JAIPk, Dato’ Haji Asad Awang, Tuan Haji Mohd Suaid Din, Prof. Madya Dr. Haji Ahmad Husni Haji Hassan, Prof. Dr. Jamil Hashim, Tuan Haji Md. Dali Ghazali, Prof. Madya Dr. Mohamed Fairooz Abdul Khir dan Prof. Madya Dr. Lukman Abdul Mutalib. Ia turut dihadiri oleh Tuan Haji Kamaruddin Adam sebagai setiausaha dan ustaz Ahmad Khairul Nizam Ahmad Tarmizdi sebagai urus setia mesyuarat.

Mesyuarat bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 1.00 tengah hari. Pelbagai isu telah dibentang dan dibincangkan dengan teliti. Malah beberapa isu akan dibawa ke mesyuarat yang seterusnya. Ia adalah mesyuarat berkala yang diadakan 4 hingga 6 kali setiap tahun.

Adakah ruang menunggu di kaunter selesa, kemas dan bersih?

Jabatan Mufti Negeri Perak
Tingkat 5, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.

Telefon : 05-2545332
fax : 05-2419694
Emel : muftiperak[at]perak[dot]gov[dot]my
White Text Links
Kembali ke Atas