Accessibility Tools

Skip to main content
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 Jabatan Mufti Negeri Perak
Latihan MyGovUC 2.0

IPOH, 29 Julai 2020 – Jabatan Mufti Negeri Perak telah meraikan penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2019 di Hotel Casuarina @ Meru pada 29 Julai 2020 yang lalu. Majlis disempurnakan oleh YB SS Dato’ Haji Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak bagi mewakili YB SS Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Haji Harussani bin Zakaria, Mufti Negeri Perak yang tidak dapat hadir ke majlis tersebut. Majlis diraikan bertujuan memberi pengiktirafan kepada warga kerja Jabatan Mufti Negeri Perak yang telah melebihi tahap cemerlang dalam perkhidmatan sepanjang tahun 2019.

Pemilihan penerima anugerah pada tahun 2019 adalah berdasarkan prestasi tahunan melebihi 85%, rekod kedatangan cemerlang, berdisiplin, hubungan mesra sesama rakan sekerja, sokongan Ketua Bahagian dan seterusnya diperakukan oleh Ketua Jabatan. YB Dato’ Zamri telah berbesar hati menyampaikan sijil penghargaan kepada 3 orang warga kerja yang cemerlang iaitu Encik Mohammad Khairul Anuar bin Mat Isa (Bahagian Fatwa), Encik Nor Azaman bin Mohd Rashid (Bahagian Pentadbiran) dan 3. Puan Mahanom binti Mior Arbi (Bahagian Fatwa).

Sekalung Tahniah kepada semua penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 dan semoga terus-menerus memberikan dan mempamerkan prestasi perkhidmatan yang cemerlang buat Jabatan Mufti Negeri Perak.

Adakah ruang menunggu di kaunter selesa, kemas dan bersih?

Jabatan Mufti Negeri Perak
Tingkat 5, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.

Telefon : 05-2545332
fax : 05-2419694
Emel : muftiperak[at]perak[dot]gov[dot]my
White Text Links
Kembali ke Atas